'' PETUNJUK JALAN DAKWAH ''

>> Thursday 23 October 2008



23/10/08 , 1535 pm, Dalam selang masa ke Asar lebih kurang 30 minit ,saya hanya mampu melewati & singgah di laman 2 teman di sesawan http://www.epilogrijal.blogspot.com/, tujuan hanya sekadar nok update @respon balik mana yg blh bg menjalin ruang silaraturrahim.


Hasilnya=> suatu yg boleh dikongsi bersama

Antara perkara yang perlu diingat oleh para pendakwah, ustaz dan penceramah bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w bukan hanya berkembang dengan syarahan semata. Dalam erti kata lain apabila diundang ke majlis ceramah, ingatkan dalam hati bahawa kedatangan ke majlis tersebut bukan hanya untuk bersyarah tetapi lebih utama dari itu ialah muamalah atau pergaulan. Nabi s.a.w telah menunjukkan bagaimana melalui pergaulanlah Islam dalam menerobos ke pelusuk hati musuhnya. Baginda akan duduk bersama, bercerita, berbual, memberikan sentuhan-sentuhan fizikal yang sekaligus mencetuskan kekaguman kepada sahsiah baginda s.a.w. Kecenderungan sesetengah pendakwah mempertajamkan kemahiran pidato tetapi mengabaikan aspek kemahiran muamalah boleh memberikan impak negatif kepada dakwah itu sendiri. cuba lihat sekeliling kita, kedapatan para pendakwah yang tidak mesra pergaulan, tidak mesra jiran, garang, berkata kasar, cepat menghukum, besar diri, sukar di dampingi dan sebagainya.Firman Allah Taala:

159فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك . آل عمران
Maksudnya: (( Maka disebabkan rahmat dari Allah-ah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berkeras hati, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu )).
Alangkah eloknya jika seorang pendakwah itu, di samping hebat berpidato, ia juga mudah mendekati remaja-remaja lepak, senang menghadiri aktiviti gotong-royong, cepat menziarahi orang-orang sakit, bersedia memberikan nasihat, prihatin kepada golongan susah, terbuka dalam mendekati bukan Islam dan sebagainya. Pastinya dengan muamalah hasanah seperti ini dakwah Islam akan lebih cepat berkembang! Moga kita semua sentiasa berpandukan cara Nabi s.a.w dalam dakwahnya.
Ibnu Asakir berkata: "Berbuat baiklah kepada manusia, nescaya kamu dapat memperhambakan hatinya...."

Read more...

Salam 'Idulfitri buat semua

>> Friday 3 October 2008




Assalamualaikum , pertamanya lagi & lagi saya bersyukur serta memuji diatas pengurniaan pelbagai nikmat dari tuan punya dunia.Kalau sebelum & hari ini nikmat keberadaan kita dapat merasai serta berada di dalam bulan ramadhan ,di mana satu bulan khusus yang dijanjikan dengan pelbagai balasan @rebat bagi mereka berada dan mendambakannya , dan pada hari ini sekali kita dikurniakan olehNya untuk membesarkanNya (Allahuakhbarullah3) .

Dikesempatan ini, saya serta unit ICT laman serasi ingin mengucapkan salam 'idulfitri @ maaf & batin buat semua warga alumni serasi & pengunjung2 . Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menghidupkan amalan kunjung mengunjung bagi mengeratkan ikatan silaraturrahim ahli keluarga serta sanak saudara.

Dan jugak Selamat pengantin Baru buat, sahabat2 & biah yang ingin mengadakan Walimas sempena dengan musim cuti ini @perayaan ini.


salam Lebaran

Ikhlas Dari
Mohamad Ri
PT , Kota Bharu Kelantan

Read more...

Permakluman : Al-Fatihah & Kelahiran

>> Sunday 21 September 2008




21 ramadhan/21 sept 2008 , Saya mewakili pihak ICT Komuniti serasi ,merakamkam salam takziah buat keluarga warga serasi, Pn Zaleha diatas permergian bonda tercinta bagi menyahut seruan Ilahi pada 20 ramadhan/20 sept 2008 jam 0530 pagi, sama2 kita sedekahkan Al-fatihah buat allahyarhamah bondanya, agar ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang soleh/hah serta dipermudahkan.Al-fatihah
Sebarang sumbangan boleh berhubung dengan pihak kebajikan serasi @ Kak fifah
Dan juga pemakluman tentang kelahiran dalam serasi, alhamdulilah, pn zaleha selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.1 kg,tambah lagi pejuang2 dalam serasi,
sayang saya dok berpeluang nak dukung pada hari melawat di rumahnya, felda jengka 16,sapa yang berkesempatan boleh laa berkunjung ke sana.
Wassalam

Read more...

'' Kutipan Derma ''

>> Saturday 13 September 2008


13 Ramadhan, Tuan/puan, Memohon sumbangan derma bagi menyiapkan sepenuhnya Pembinaan masjid Pinang Merah, No.Akaun : 013-044-01-002053-6

Read more...

.:. Majlis Berbuka Puasa Zon Timur .:.


12 Ramadhan, Teratak Ajwad - Alhamdulillah satu pertemuan yang dirancang sebelum ini dapat berjalan dengan izinNYa.Di kesempatan pada ramadhan pada kali ini pihak SERASI zone Timur (SZT) telah berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan ahli-ahli zon & Teman-teman dari IES .Selain berifta' , solat magrib.isya',terawih ,bertadarus berjemaah bersama antara ahli 2 & teman2 IES ,majlis yang seumpama ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkuat & menzahirkan ikatan ukhwan & silaraturrahim antara ahli2 zon ,walaupun kita berbeza geografi,daerah & negeri sempadan tetapi hakikatnya kita masih lagi boleh bersama & bersatu keranaNya dan atas dasar merencanakan VISI & MISI serasi "WE MUST MOVE TOGETHER AS ONE ''.
Kalungan jutaan kasih buat teman2 serasi khususnya dari SZT atas komitmen & cakna diri anda bagi melangsungan perjalanan serasi selama ini & tidak lupa juga pada empunya ''Teratak Ajwad '' sdr fairuzah ,Abe sodiq & kak fifah sekeluarga yang tidak jemu & kekok (bahasa kalate ) untuk mengkhidmatkan ''Teratak'' ini sebagai tempat pertemuan & merencana gerak kerja zon/ies selama ini..moga2 dengan kedatangan kami allah swt limpahkan dengan seribu nur rahmat & keberkatan insyallah.

Read more...

'' Seputar Ramadhan ''

>> Monday 8 September 2008




Bismillahirrahamanirrahim.


Saya memuji Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana berpeluang menulis pada kali ini dalam Laman serasi.Moga-moga diberikan kesempatan dan nikmat sebegini berterusan
......................... Putaran Ramadhan ................................................

Ramadhan,rasanya semacam baru semalam bersahur bagi Ramadhan kali ini,tapi ditanpa boleh disangka kita seluruh umat islam di seluruh dunia & umumnya di Malaysia sudah memasuki usia seminggu berada dan menjalani ibadah puasa di dalam bulan ramadhan yang terkenal sebagai Karnival @pesta ibadah,Inilah ia dinamakan HARGA Nilai & Waktu dalam kehidupan Muslim serta kitaran alam sejagat yang sentiasa berjalan dan berputar tanpa boleh diundur lagi.



‘’Dan Dia (pula) yang menjadika malam dan siang silih berganti bagi Orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur.’’(al –Furqan : 62)


’Demi Masa .Sesungguhnya manuasia itu benar-benar berada dalam kerugian.’’( al-Ashr: 1-2)


=> moga kita sama-sama mengambil pengambil peringatan dan penekanan bersama mengenai tanggungjawab terhadap masa di hadapan Allah .


Bulan Ramadhan juga merupakan anugerah Allah swt kepada umat manusia khususnya umat islam bagi mengandakan lagi amalannya di samping di bulan-bulan yang lain,dan ianya juga sebagai action force medan latihan bagi menguatkan dan melengkapi jati diri (muslim idaman) sebenar bagi menghadapi bulan-bulan mendatang (11 bulan lagi) agar kita tidak mudah atau terus tewas rebah dengan cubaan DUNIA, Dunia yang perlu kita lihat dalam sudut dan dimensi kaca mata muslim sebagai kebun ke akhirat yang kekal dan Dunia yang bersifat fatamogana’ di belakangnya adalah tharut’ dan syaitan yang telah bersaksi dengan Allah untuk meyesatkan & menarik umat manusia berpaling dari jalan Allah swt dan berpihak pada jalan mereka
Di mana dalamnya (Ramadhan),syaitan dibelenggu (Tidak banyak godaan seterusnya manuasia kembali kepada fitrah asal suka beribadat kepada Allah swt), dilibat gandakan ganjaran pahala bagi mereka yang mengerja amalan kebajikan,sehingga 70 kali ganjaran bagi setiap amalan.Amalan sunat pahalanya sama dengan amalan fardu di bulan-bulan yang lain.Bonus yang pling besar ialah adanya ‘’Lailatul Qadar di mana pahalanya sama dengan 1,000 bulan.



‘’Pada bulan ini pula tuhan tutup pintu neraka dan buka pintu syurga.Tuhan perintahkan kepada syurga supaya menghiaskan diri untuk orang –orang lslam yang berpuasa.Begitu juga bidadari bersiap menyambut orang yang berpuasa’’


Sempena dengan Putaran Ramadhan kali ini dan ramadhan yang pasti ada dan akan berlaku pada masa mendatang yang didatangkanNya,Cuma Kita yang belum pasti lagi untuk kedatangan ramadhan akan datang,marilah kita mengambil kesempatan sepenuhnya untuk ramadhan kali ini,untuk meningkatkan TAQWA padaNYa.yang diterjemahkan melalui amalan-amalan yang kita lakukannya.’’sesungguhnya amalan yang baik adalah melinkungi ‘’ Amal Makruf Nahi mungkar’’ Atau menegakkan serta menjunjung tinggi syariat Allah swt serta meninggalkan larangannya.
Sinonimnya di bulan Ramadhan di galakkan untuk beramal ibadah dengan boleh dilakukan dengan mengerjakan ibadat tarawih,qiamullai dan menderma,’’ Baginda Rasullullah saw pada bula puasa menderma seperti ibarat air yang mengalir dari punca’’.Ya rasullah engkaulah Rasul kami dan ikutan kami.

Wassalam
Salam Ramadhan
Paka,Terengganu




Read more...

Salam Ramadhan Kareem

>> Tuesday 2 September 2008

Selamat Berpuasa buat semua warga SERASI=)

Read more...

''Apabila MUFTI Perlis Berpantu''

>> Sunday 31 August 2008



Salam.
FYI

Edisi 3/copy paste
.........................................................................................................................................
Penulis tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dimuatkan di laman webnya, drmaza.com. Kepada siapakah beliau tujukan pantun ini?

..............................................................................................................................................

Ada Sapa-sapa Warga SERASI yang mahu membeli pantun ini atau membuat ulasan/pandangan peribadi.
Ruang seluas-luasnya untuk semua.

pengumuman:

Sebarang Artikel/pengumuman /perkongsian ilmiah sila alamatkn kepada : www.alumniserasi@yahoo.com

Read more...

KALAU TAK SUKA PULANGKAN





Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. 'Horey! Papa balik!'Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. 'Tepi! Bahaya tau tak?' Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. 'Aimin bawa adik ke belakang.' Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut din gin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. 'Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,' pujuk Laila. Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun. 'Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!' Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. 'Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?' sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. 'Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.' Balas isterinya lembut. 'Fail saya kat depan tu mana?' 'Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.' 'Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.' Rungutnya sekalipun di hatikecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. 'Laila' Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa. ---------------------------------------------------------------------------- 'Saya nak ke out station minggu depan.' 'Lama?' Soal Laila. 'Dalam seminggu.' 'Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?' 'Budak-budak? ' 'Ikut jugalah.' 'Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&' 'Masa tu Amirul kecik lagi.' Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ' Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.' 'Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,' Muktamad! Demikianlah sepertikata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. 'Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!' 'Manalah saya ada masa..' 'Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkanbalik!' Dia tersentak dari khayalannya. 'Kalau tak suka pulangkan balik!' Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. 'Mizi, makan!' Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. 'Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.' ---------------------------------------------------------------------------------- 'Papa! Makan!' Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. 'Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?' Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur. 'Awak masak apa?' 'Mama masak sup tulang dengan sambal udang!' jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. 'Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!' 'Papa nak ke mana?' Soal isterinya perlahan. 'Keluar!' 'Mama dah masak Pa!' 'Awak saja makan!' 'Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!' Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. 'Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?' Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. 'Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.' 'Abang tak suka tengok papa marah-marah. .''Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?' Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa? Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong. 'Laila..' serunya 'Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.' Kata ibunya yang muncul tiba-tiba. 'Sunyi pulak rumah ni mak,' 'Lama-lama kau biasalah.' Airmatanya menitis laju. 'Kalau tak suka pulangkan!' Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat. ---------------------------------------------------------------------------------- 'Papa beli apa untuk Aiman?' Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya. 'Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.' 'Tak ada lah?' 'Ingat papa ni cop duit?' Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudianrumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. 'Awak tak sihat ke?' Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan. 'Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.' Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. 'Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!' Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. 'Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!' Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminyaterhadap anak-anak. 'Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ' Ujar Laila perlahan 'Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?' Omelnya kembali. Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukanterhadap mereka. ----------------------------------------------------------------------------------- 'Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.' Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. 'Celakabetul!' Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. 'Abang!''Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!' Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak. 'Pak Ngah, Eddie nak balik!' Shamizi terpana. Dia mengangguk. 'Kak Longbalik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.' Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan merekaLaila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapatgred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. 'Laila' ---------------------------------------------------------------------------------------------------- 'Papa nak ke mana hensem-hensem gin i?' Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. 'Wangi-wangi lagi. Dating ye?' 'Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.' Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya. 'Ikut boleh?' 'Dia tak ajak family. Staff only!' Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. 'Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.' 'Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ' 'Papa pesanlah..' 'Nantilah besar sikit.' Dalihnya. 'Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.' 'Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,' Laila terdiam. 'Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.' 'Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.' 'Mama tanya sikit boleh?' Dia mengangguk 'Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?' Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. 'Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,' ujar Mr. Kwai, tuan rumah. Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan. 'Kalau tak suka pulangkan!' Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula dis usu li dengan perkelahian. 'Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ' Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. S usu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. 'Kalau tak suka pulangkan,' Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulangselepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal danberlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah keretalain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Read more...

Salam Ramadhan Hadir mu Kami Nanti

>> Tuesday 26 August 2008




Ramadhan Kareem,

'' May ALLAH `Azzawajalla make us among the ones who worship HIM sincerely and with a pure heart, the ones who do everything for HIS sake only''.

Assalamualaikum, buat semua warga serasi

Bismillah & Alhamdulillah, Pertama-tamanya setinggi kesyukuran pada Tuan punya dunia diatas taufik dan hidayatNya.kesempatan dan diberi kekuatan bagi meneruskan perjuangan ini,perjuangan yang menuntut kepada kekuatan untuk gerak kerja menentasi siang dan malam,dan moga-moga gerak kerja yang kita lakukan selama ini diterima dan dikira sebagai amalan yang baik .Insyallah.
Merdeka,Merdeka,Merdeka......
Ramadhan,Ramadhan,Ramadhan....''Selamat Menyambut Bulan Al Mubarak''
Bersempen dengan posting edisi kali ini kami dari warga publisiti& ICT mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke -51 dan ''Selamat menyambut bulan ramadhan buat semua warga SERASI & IES.''.moga-moga ramadhan pada kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya dengan pelbagai amalan yang menjanjikan ganjaran terbaik dariNya.
New Structure & Friendly SERASI WebPage
Dikempatan dan bersempena dengan Structure dan image webpage Serasi ini, Pihak ICT ingin mengajak kembali dan membuka ruangan seluas-luasnya pada semua warga serasi untuk bersama-masa kita active kan kembali ruangan ini agar ini bermanfaat untuk semua dan berkonsepkan friendly pada pengunjung maya.
"Sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang"Berdakwahlah walau dengan cara apa sekalipun sesuai mengikut kemampuan masing-masing. Bercakap, menulis, menyumbang harta dan tenaga, akhlak yang baik, dan niatkan kerana Allah. Kerana walau sekecil hama sekalipun Allah pasti membalasnya. Moga Allah memudahkan jalan kita untuk ke syurgaNya.Allahu a'lam...
Merdeka,Merdeka,Merdeka......
Ramadhan,Ramadhan,Ramadhan............Bukan Hanya Sebutan.
epilogrijal
26/08/2008

Read more...

Himpunan 1 juta rakyat bertempat di Padang Timur PJ, 6 Julai

>> Friday 27 June 2008

Posted on 19 June 2008

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi (LRT PUTRA TURUN DI TAMAN JAYA).

Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.

Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.

Beliau juga meminta satu juta rakyat yang akan mengikuti perhimpunan itu memakai baju berwarna merah sebagai identiti rasmi membantah kenaikan harga minyak.

Oleh itu, katanya Protes kali ini dengan slogannya ‘Protes Satu Juta Rakyat Turun’ akan terus menyatakan siri bantahan terhadap kerakusan kerajaan di seluruh negara.

Ketika ditanya sebab Padang Timur dipilih sebagai lokasi perhimpunan, Dr Hatta berkata Protes mengambil kira keselesaan peserta himpunan dan ia berdekatan dengan sebuah tasik rekreasi.

“Orang ramai boleh datang dari beberapa arah tanpa kesesakan seperti dari lebuh raya persekutuan dan boleh menggunakan kemudahan awam LRT yang berhenti di Taman jaya,” katanya kepada wartawan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Jelasnya, dalam perhimpunan itu pemimpin Pakatan Rakyat turut berucap kemudian diikuti tayangan media tentang senario kenaikan harga minyak yang akan memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat.

“Di samping itu, kita akan menjemput beberapa artis serta mengadakan persembahan teater bergerak untuk menaikan semangat kepada para penyokong bantahan itu,” katanya.

Apa yang penting Hatta menegaskan, perhimpunan itu sebagai satu mesej penting kepada Abdullah Badawi untuk menurunkan harga minyak.

Katanya, orang ramai pula tidak perlu risau dengan keselamatan di padang itu, kerana pihak penganjur akan menyediakan seramai 3,500 petugas keselamatan untuk mengawal cubaan provokasi oleh pihak tertentu.

Beliau juga menegaskan tidak berhasrat untuk memohon sebarang permit daripada pihak polis untuk perhimpunan itu.

Merujuk hari perhimpunan yang berubah, Hatta berkata hari Ahad cuti umum dan tidak ramai yang berniaga dan keadaan lalu lintas agak lengang.

“Jika tidak ada di kalangan peniaga merungut mereka kerugian ribu ringgit kerana perhimpunan oleh Protes,” katanya.

Menjawab kenapa tidak membuat di tempat yang diputuskan sebelum ini iaitu KLCC, Hatta berkata, sasaran perhimpunan kali ini agak besar dan di kawasan padang berkenaan amat sesuai di samping memudahkan pihak keselamatan mengawal.

Semasa ditanya apa kemucak perhimpunan tersebut, Hatta berkata mereka akan membuat satu ‘pengisytiharan’ bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apa pengisytiharan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga penyelaras Protes berkata, himpunan itu juga sebagai satu insiatif Pakatan Rakyat bahawa mereka amat serius dalam menangani masalah rakyat.

Bagaimanapun, katanya untuk menggerakkan satu juta rakyat turun sama-sama membantah kenaikan minyak adalah satu cabaran yang besar.

“Kita tunjuk kepada kerajaan kita akan menggunakan hak demokrasi untuk mengubah nasib kita sendiri,” katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama menyertai perhimpunan itu sebagai satu platform menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan.

“Mereka mewakili golongan muda untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan memanipulasi isu minyak,” katanya.

Seorang lagi penyelaras Protes S. Arultcelvan pula berkata, pada 6 Julai nanti rakyat telah membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka menyahut cabaran Perdana Menteri untuk terus mengadakan perhimpunan bantahan. - mns_

Peta terperinci untuk ke perhimpunan : http://www.wikimapia.org/#lat=3.104898&lon=101.646632&z=17&l=0&m=h&v=2

Panduan LRT : Gunakan Putra LRT dan turun di Taman Jaya.

Zemanta Pixie

Read more...

MANIFESTO ~ NEGARA BERKEBAJIKAN 08

>> Thursday 21 February 2008


8 Hadiah Pak Lah Dari 2004

Pertama: Kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat

Kedua: Keselamatan rakyat yang mengancam kehidupan

Ketiga: Tanggungjawab terhadap rakyat yang semakin terabai

Keempat: Jurang antara kaya dan miskin yang semakin melebar

Kelima: Khidmat kesihatan dan pendidikan diperniagakan untuk keuntungan

Keenam: Penyelewengan kuasa dan rasuah menjadi parah dan membarah

Ketujuh: Khazanah dan kekayaan negara terus dibolot oleh kroni

Kelapan: Prinsip demokrasi dicabuli dan hak asasi rakyat dinafikan

Tawaran Manifesto PAS dlm PRU-12

1.Membela Kebajikan rakyat serta kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra- alam.



2.Melindungi Keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.



3.Mengembalikan amalan Demokrasi Tulen dan pilihanraya bebas, adil & bersih.



4.Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.



5.Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang- undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman.



6.Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN.

Read more...

Bekas Adun BN di Bachok sertai PAS

>> Tuesday 19 February 2008

MD Hakimi
Mon | Feb 18, 08 | 6:32:59 pm MYT

BACHOK, 18 Feb ((Hrkh) – Ketika Umno menghala serangan ke arah PAS di Kelantan, tiba-tiba dikejutkan apabila bekas wakil rakyat Umno di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.

Mohamad Hassan, 63 pernah menjadi wakil rakyat mewakili Barisan Nasional (BN) di Dun Jelawat, Bachok selama dua penggal pada 1978 dan 1984. Beliau juga pernah menewaskan Dato’ Omar Mohamed (Adun Perupok sekarang).

ImageTurut menyertai PAS malam tadi bekas penceramah terkenal Umno, Abdul Ghani Abdul Kadir, 66. Selain itu bekas ahli Umno Ismail Mamat bersama dengan 70 pengikutnya turut menyertai PAS.

Mereka menyerah borang kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Datuk Omar yang juga Yang Dipertua PAS Bachok, Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussin dan bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato’ Abdul Razak Salleh.

Mohamad yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok sekitar tahun 1970-an dan 1980-an melahirkan keyakinan BN tidak mampu untuk merampas balik Kelantan pada pilihan raya umum ini.

“Selagi Umno diketuai pemimpin yang bermasalah seperti yang ada sekarang impian mereka mahu merampas tampuk kerajaan Kelantan daripada PAS tidak mungkin menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerah borang menyertai PAS pada ceramah di Kampung Baru Hujung Repek dekat sini, malam tadi.

Malah katanya, rekod cemerlang dan imej bersih wakil-wakil rakyat PAS menjadi satu kelebihan kepada parti itu bagi menghadapi Umno dan BN.

Abdul Ghani pula berjanji menyumbangkan tenaga dengan menggunakan pengalamannya dalam kempen membantu PAS pada pilihan raya ini.

“Umno bukan lagi satu wadah perjuangan bangsa sebaliknya menjadi batu lonjatan dalam mengumpulkan pengaruh dan kekayaan. Kuasa yang ada tidak digunakan bagi membela bangsa dan agam,” katanya bersemangat.

Ismail pula merupakan bekas pendokong kuat Umno di Kampung Baru Hujung Repek turut berazam bekerja keras bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, fahaman mengasingkan agama dengan politik yang dibawa Umno merupakan punca segala masalah dalam negara hari ini.

“Apabila politik diasingkan daripada agama ertinya kita telah mengenepikan persoalan dosa dan pahala dalam mengurus tadbir negara, hasilnya jenayah seperti rasuah, rompak, bunuh dan sebagainya semakin menjadi-jadi,” katanya. - mj


Read more...

Pembubaran PERLIMEN MALAYSIA 13 Februari 2008 - Ingat! Kini Abdullah Bukan Lagi Perdana Menteri Malaysia !

>> Friday 15 February 2008

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Pembubaran Parlimen tengahari semalam, adalah noktah kepada perkhidmatan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia sehinggalah kepada keputusan penentu pilihan raya umum ke-12, sama ada beliau kembali menjawat atau sebaliknya.

Malah Dato' Seri Najib juga bukanlah seorang Timbalan Perdana Menetri mahupun Menteri Pertahanan termasuk juga barisan kabinet yang lain yang sudah tidak menjawat porfolio masing-masing, yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

Kini beliau hanya memegang tampuk 'kerajaan sementara,' lalu segala lafaz dan janjinya kepada rakyat merupakan kata-kata yang bakal keluar daripada mulut seorang Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno yang harus diperhalusi oleh setiap individu dan tidak lagi terpedaya dengan 'permainan' media bahawa beliau masih lagi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Lazimnya dalam tempoh pembubaran ini, kerajaan sementara Abdullah dan parti pemerintah Umno-BN akan terus menggunakan Stategi 3M untuk melakukan muslihat secara besar-besaran bagi memenangi pilihan raya iaitu melalui 'Machinery' (Jentera), 'Media' (Media) dan 'Money' (Wang).

Adalah menjadi satu kesalahan untuk menggunakan dan mengumumkan belanja dana awam selama tempoh kempen dan pembubaran parlimen untuk melaksanakan projek-projek dan perancangan seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil lalu di Ijok, Selangor iaitu:-

1.Di Ijok, Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo mengumumkan peruntukan Kerajaan Negeri RM36 juta untuk dibelanjakan dalam tempoh kempen bagi membina atau membaiki kemudahan awam seperti jalan, parit, lampu jalan dan sebagainya.

2.Timbalan Perdana Menteri pula mengumumkan peruntukan yang besar jumlahnya bagi membina masjid (RM5 juta) dan membaiki masjid lama (RM800,000), serta juga kuil dan pelbagai lagi.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyalahgunakan kuasa ketika menjadi 'kerajaan sementara'(caretaker governement) menjelang hari pilihan raya umum ke-12 setelah Parlimen dibubarkan.

Malah rakyat perlu tahu apakah batas-batas kuasa yang ada bagi sebuah Kerajaan sementara sebelum sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya diperolehi.

Presiden Teras Azmi Abdul Hamid kesal kerana selama 11 kali pilihan raya umum, kerajaan sementara telah menyalahguna kuasa dengan sewenang-wenangnya sehingga semua agensi disalahguna untuk membantu kempen kerajaan yang memerintah.

"Selama ini parti pemerintah tanpa segan silu mengguna premis sekolah, masjid, TV, semua agensi dan kakitangan kerajaan untuk berhabisan-habisan membantu kempen atas nama program kerajaan.

"Peruntukan hak kerajaan diguna sepenuhnya sehingga parti lawan tidak punya peluang sama sekali untuk menyaingi kempen pihak parti yang memerintah," kata Presiden Teras Azmi Abdul Hamid dalam kenyataannya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Bagi pensyarah salah sebuah universiti swasta yang juga aktivis media, Wong Chin Huat menyifatkan sistem pilihan raya sekarang akan menjurus kepada 'electoral corruption' seperti 'campaign opportunity', 'campaign finance' dan 'voting'.

Katanya wang kempen (campaign finance), menyebabkan 'perlawanan yang tidak sama rata' antara parti pemerintah dengan pembangkang.

"Lazimnya wang kempen lebih berpihak kepada parti pemerintah kerana mereka ada dana yang banyak, sama ada secara sendiri, dibantu oleh ahli perniagaan, korporat ataupun menggunakan dana awam.Sedangkan pembangkang mengalami masalah kekurangan wang." katanya dalam satu wawancara dengan Harakahdaily tahun lalu. - mks.

Read more...

JANGAN LUPA BORANG HARAM SPR 10(A)

>> Wednesday 13 February 2008

Somebody has forward this important messege to us.

Mesy PAS dgn SPR Selangor + SPR Pusat 6-Feb-2008 baru2 ni, satu borang HARAM diperkenalkan. .. Borang 10(A)...!

Pada 4-Feb-2008, semua akhbar + media menerangkan dengan gambar sekali untuk PRU-12 akan diwajibkan (dikuatkuasakan) penggunaan DAKWAT yang (hanya) akan dicalit pada atas kuku jari telunjuk tangan kiri.

Memang diakui, dakwat tak hilang selama 48jam, dah test oleh pimpinan kita 6-Nov-2007 dulu. TAPI kalau di KIKIS dengan "pisau cukur" sekali pun, dalam beberapa saat terus terhakis. Itu isu no satu....! Yang kita mintak adalah CELUP bukan CALIT, so that bila kena kulit tak hilang, tak ada orang waras nak kikis kulit jari sendiri.

Isu kedua, dlm mesy dengan SPR tersebut, selepas ditanya barulah kita tahu rupanya sekali lagi rakyat Malaysia di TIPU hidup2... Penggunaan dakwat akan dikuatkuasakan, tapi kalau ada yang tak mahu juga guna dakwat, mereka diminta isi Borang 10(A), atau borang declaration bahawa "saya" adalah pengundi sebenar dan bukan menipu, lebih kurang kandungan Borang 11. Borang 10(A) baru dibuat oleh SPR utk PRU-12 ini...

Saya terus bangkit menyatakan bahawa kalau diberi pilihan saya-lah yang pertama tak mahu dicalit kuku...! Buat apa kita nak kotorkan jari jika ada pilihan utk isi borang sahaja! Kita tanya sebab & ratioanale Borang 10(A) tersebut, tak ada jawapan yang mampu diberi oleh SPR, selain mereka menyatakan itu adalah arahan Rashid sendiri..! SPR Negeri pun tak tahu apa sebab.

Lainya ~ juga pasal UNDI POS, pun negeri tak mampu utk menerangkan apakah janji yg Rashid katakan nak izinkan parti pembangkang pantau proses tersebut, dia dok minta kita tanya terus pada SPR Pusat, pd Rashid.

Dan ketiganya isu orang yang dah MATI dlm rekod JPN pun dah MATI (umur >109 tahun) berjumlah 24,000 di seluruh Malaysia, tapi masih AKTIF sebagai pengundi dalam DPI yang digazetkan. Kita nyatakan bahawa SPR tak pernah bersungguh2 bak buang, walau dalam PRESS STATEMENT mereka menipu rakyat kata DPI kita dah BERSIH setelah SPR link-kan database SPR dengan JPN menggunakan Sistem ALIS Kerajaan Malaysia (8-Jan-2008) .

Ternyata SPR memang menipu!. It's too much Rat-Shit...!

PAS beri ultimatum sehingga 12-Feb-2008 utk isu ini diberi jawapan rasmi. Cukup rakyat tak sanggup DITIPU hidup2...

Wallahu'alam,
assayuti - s/alam


Read more...

Ke Arah Menafikan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat

>> Tuesday 12 February 2008

Dipetik dari site Roslan SMS

Semalam TV3 menyiarkan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan Rabu ini sempena hari mesyuarat Kabinet. Jika demikian berkemungkinan Pilihan Raya Umum ke 12 diadakan sewal 1 Mac, 2008. Namun siaran TV pro BN itu turt meramalkan dua tarikh lain. Apa pun tidakkah kita kini menjadi bahan gelak ketawa dunia luar, kita mengaku sebuah negara demokrasi namun tarikh pilihan raya terus dimanipulasi untuk kepentingan parti pemerintah.

Semalam Junta tentera Myanmar mengumumkan akan mengadakan pilihanraya pada tahun 2010. Sebuah negara yang dikuasai tentera yang tidak akur kepada kehendak dunia itu pun boleh mengumumkan tarikh pilihanrayanya tetapi kita yang mendakwa serba maju dan terkehadapan, berterusan bermain-main dengan tarikhnya.

Biarlah 13 Febuari atau bila sekalipun tarikh pembubaran Parlimen, yang pentingnya rakyat perlu mempergunakan kesempatan ini untuk menaikkan pemimpin dan parti yang benar-benar dapat memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat dan negara. Jangan lagi kita terus dihimpit oleh kos hidup yang menyusahkan, jenayah yang membimbangkan dan keruntuhan moral yang diluar kawalan. Negara ini perlu maju dan dalam waktu yang sama bersih dan adil untuk semua.

Dalam keghairahan Umno dan BN menonjolkan dirinya sebagai juara dan bakal terus meneraju negara, hakikatnya kebimbangan dan kesangsian terus bermain di kepala mereka. Apakah pengundi Cina akan terus menyokong mereka? Apakah pengundi India yang penting khasnya di Pantai Barat Semenanjung akan terus bersama mereka? Apakah pengundi Melayu khasnya di kawasan bandar akan setia pada mereka?

Umno dan BN menang atas sokongan kelompok ini, jika sekadar bersandar pada pengundi Melaytu tradisional yang taksub pada partinya semata-mata belum tentu Umno dan BN dapat bertahan, lantas jika berlaku swing dari kelompok ini kepada pembangkang, Umno akan melalui transformasi politik diluar dugaan mereka!

Dalam NST hari ini perancang strategik DAP, yang juga Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang mensasarkan kemenangan di 38 kerusi Parlimen. DAP diberitakan akan bertanding di 54 kerusi Parlimen dan mampu menang di 38 iaitu 7 masing-masing di Pulau Pinang dan Perak, 6 di Sarawak, 5 di Wilayah Persekutuan, 4 masing-masing di Selangor dan Sabah, 2 masing-masing di Negeri Sembilan dan Johor dan 1 di Melaka.

Sementara itu Kit Siang berharap PKR dan PAS akan dapat memenangi antara 40 ke 50 kerusi.
Jika senario ini berlaku bermakna pembangkang akan menang antara 78 ke 88 kerusi iaitu cukup untuk menafikan BN dua pertiga majoriti. Memang ianya tampak terlalu baik untuk pembangkang, tetapi bagi saya ianya tidak mustahil kiranya masalah yang berlaku disekeliling kita serta reaksi rakyat terhadapnya berlarutan sehingga ketarikh pembubaran Parlimen.

Penipuan dan salahgunakuasa serta rasuah politik mungkin boleh mencederakan harapan kita tetapi ia tidak akan mampu membunuh semangat kita kiranya kita bekerja dengna istiqomah, pintar dan tidak putus dari mengharapkan keridhaan dan bantuan Allah swt.

Kita bersama boleh melakukannya, kita bersama mampu mengubahnya.

Read more...

PAS Lancar Dana Pilihan Raya Umum, Rakyat Dijemput Beri Sumbangan

>> Saturday 2 February 2008

Dipetik dari Harakahdaily.net

AMPANG, 31 Jan (Hrkh)- Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang hari ini melancarkan Dana Pilihan Raya Umum ke-12 bagi menggerakkan jentera PAS menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama PAS, ahli perniagaan dan kumpulan bukan kerajaan (NGO).

Image








Dalam majlis itu PAS mendapat sumbangan hampir RM 315,000, yang diterima daripada individu, korporat, syarikat serta sayap parti pada majlis tersebut.

Antara pimpinan tertinggi yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS , Mohamad Sabu dan Ustaz Ahmad Awang serta Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali.

Ustaz Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya mengharapkan pihak yang memberi sumbangan tidak 'terpedaya dengan bisikan syaitan' kerana terdapat kalangan penyumbang yang berprasangka dana tersebut akan digunakan untuk tujuan lain jika sekiranya PAS mencapai kemenangan.

"Sebagai mana yang dinyatakan dalam Al-Quran, seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul tidak ragu dan berjihad bersungguh-sungguh ke jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga.

Image








"Oleh itu sumbangan ke jalan Allah amat besar. Ia satu hikmah yang besar kenapa Allah memberi pahala tujuh kali ganda kepada orang yang memberi sumbangan ke jalan Allah" katanya.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Md Hatta Mohd Ramli yang juga pengarah program tersebut dalam ucapan alu-aluannya mengharapkan jumlah dana meningkat di kawasan dan negeri.

"Jika di negara lain seperti Amerika Syarikat program 'fund raising' untuk membiayai pilihan raya agak meriah sebagai satu cara berkempen.

Malahan ia mendapat sokongan masyarakat di semua peringkat apabila terdapat 'fund raising' seperti ini.

"Pihak pembangkang di negara tersebut tidak menghadapi masalah untuk berkempen bagi mengumpul dana dan berani mengisytiharkan derma mereka.Tetapi keadaan ini berbeza di Malaysia, jika terdapat pihak yang menunjukkan sokongan terbuka kepada pembangkang, aktiviti serta karier mereka pasti terhad," katanya.

Image







Katanya, sumbangan yang diterima sebahagiannya akan digunakan untuk dibayar kepada petugas parti, walaupun mereka bertugas secara sukarela.

Tambahnya, bukan hanya sumbangan dari segi kewangan, PAS juga bersedia sumbangan berbentuk material seperti membekalkan poster, termasuk menyumbangkan petrol untuk kegunaan hari mengundi.

Jelas Hatta lagi, pelancaran untuk mengumpul dana di kalangan orang ramai akan dibuat secara terbuka di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar pada waktu yang akan ditentukan nanti.

Pada majlis tersebut turut diadakan persembahan multimedia dana pilihan raya serta penyerahan sumbangan.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya melalui nombor akaun Bendahari, 1402 3010 0008 85 (BIMB) atau 1449 0000 0171 04 (CIMB). Sumbangan juga boleh diserahkan secara terus di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dan menghubungi 03-2692 5000.


Read more...

PAS Siap Sedia Perkasakan e-Media Bantu Kempen Pilihan Raya

>> Thursday 31 January 2008

Dipetik dari sumber..HarakahDaily.


Semua lapisan jentera penerangan parti disaran menerbitkan penerbitan masing-masing yang menjurus kepada maklumat tempatan menerusi media elektronik atau internet terutamanya berita-berita mengenai PAS dan negeri Kelantan.


Malah portal akhbar seperti Harakahdaily.net perlu diperluas kandungannya bagi menjadi alat kempen paling penting kepada PAS untuk dicetak dan diedarkan, kata Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat PAS Pusat (JITP), Zuhaimi Embong.


Zuhaimi membentangkan kertas kerja bertajuk "Pemerkasaan e-media PAS ke arah pemantapan gerak kerja ICT untuk penerangan dan dakwah" pada Bengkel Pemerkasaan e-Media Untuk PRU-12 di Dewan Dato Fadzil Mohd Nor, Markaz Tarbiah PAS Pusat, pagi tadi. Bengkel sehari itu dihadiri wakil Lajnah ICT PAS dan Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS peringkat pusat, negeri dan dewan-dewan. Ia dirasmikan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS merangkap Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin. Zuhaimi yang juga Ketua ICT Lajnah Penerangan PAS Pusat menambah, ICT boleh membantu mencapai pemerkasaan kempen penerangan PAS pada kempen pilihan raya dengan memanfaatkan sepenuhnya media elektronik.


"PAS sebenarnya telah melaksanakan beberapa pendekatan memanfaatkan teknologi ICT bagi mencapai kemajuan dalam pengurusan pilihan raya kita. "Tetapi JITP disaran mempertingkatkan lagi penguasaannya supaya kita dapat mendekatkan jurang dengan pihak lawan dalam konteks penyampaian maklumat secara pantas kepada ahli dan pengundi," ujarnya. Beliau menambah, terdapat cadangan supaya satu skuad pemantau e-media yang beroperasi 24 jam sehari bagi memantau dan menyebarkan maklumat pantas menggunakan konsep e-media.


Bengkel itu turut mendengar pembentangan isu-isu terpilih pilihan raya umum ke-12 yang disampaikan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.


Pada sebelah petangnya berlangsung sesi percambahan minda tentang pembentukan skuad siber dan penyediaan pelan induk integrasi e-media bersepadu PAS untuk pilihan raya umum ke-12, yang dimudahcarakan oleh Setiausaha Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki dan Ahli Lajnah ICT PAS Pusat, Ahmad Jamal.


Majlis perasmian penutup disempurnakan Timbalan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Dato Takiyuddin Hassan. - tajdid

Read more...

Komik Alwan: Minna Lana: Daripada Kita Untuk Kita

>> Friday 18 January 2008


PROMOSI...=)

JOM REHATKAN MINDA JAP...PAKAT BACA KOMIK NIE...FREE JER...XPERLU SUSAH-SUSAH KUARKAN DUIT ..DOWNLOAD SAJE DI:


http://www.alwancomics.com

"menjadi seseorang yang tidak berpengetahuan tidaklah seteruk menjadi seorang yang tidak mahu belajar"

Read more...

>> Tuesday 15 January 2008

KUALA LUMPUR - Ekoran dari laporan akhbar Harian Metro hari ini, Jabatan Amal Malaysia akan mengerahkan anggota Unit Amal bagi membantu mengesan adik Sharlinie Mohd Nashar dengan menjejaki di kawasan yang berdekatan dengan lokasi tempat dilapor hilang sambil mengedar poster kepada orang.

Seperti kes yang berlaku keatas Allahyarham Adik Nurin Jazlin, Jabatan Amal Malaysia tidak mahu ianya berulang terhadap adik Sharlinie dan berharap orang ramai peka dan memberikan bantuan sekadar yang termampu dalam usaha mencari adik Sharlinie ini.

M.S ABU SAHID
Setiausaha
Jabatan Amal Malaysia DPPP
http://jabamal. wordpress. com

Read more...

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP