Dimana Malu?

>> Thursday 28 May 2009





Dari Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al Badhri R.A. : Telah bersabda Rasulullah
SAW:


“Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai

(hingga ke hari ini) ialah: Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu”


(Riwayat Al- Bukhari)



Hadith yang merupakan lebih kepada sindiran daripada tegahan, yakni suatu sindiran yang mengandungi ancaman.Sifat malu adalah pokok akhlak mulia dan budipekerti yang tinggi.Membezakan antara manusia dan haiwan.Peliharalah sifat malu agar mulia disisi agama dan Allah Taala.


Para ulama sepakat bahawa malu adalah sebaik-baik sifat yang harus disifati oleh manusia.Hakikat dunia, ada yang malu dan tak malu. Bilangan yang malu pastinya lebih ramai dari yang malu.Senario terkini, sedikit yang tak malu ini telah mempengaruhi seluruh dunia pada pelbagai lapisan masyarakat.



Sabda nabi


“Sifat malu itu segala-galanya baik. Sifat malu itu mendatangkan yang baik semata-mata”



MALU MACAM MANA YANG BAIK?



MALU MACAM MANA YANG TAK BAIK?



MALU KERANA MENJAGA TATATERTIB & SOPAN SANTUN



Menjaga tatatertib, bersopan dalam percakapan, dalam kelakuan,

gerak-geri, dan pergaulan.Juga tidak bergurau senda yang keterlaluan

tanpa mengira tempatdan suasana.Juga tidak bergaul bebas antara

lelaki dan perempuan


MALU KERANA BERBUAT YANG MUNGKAR



Menyedari diri telah melakukan kesalahan, malu diketahui masyarakat dan keluarga.

Malu dikatakan rendah akhlak, tidak bermaruah

Malu atas maksiat yang orang lain lakukan.

Adanya sifat malu menandakan adanya iman, kerana malu adalah sebahagian dari iman.

Malu hendak mencegah perkara mungkar yang berlaku di hadapan atau belakang kita.

Malu kerana keakraban, ketinggian pangkat, kedewasaan, kedudukan dalam masyarakat.

Malu dikatakan cuba berlagak alim dan tunjuk baik.

Malu kerana kita pun sebahagian daripada mereka. Bahaya!!


Buat maksiat berdosa! Malu menegur pun berdosa!



MALU KERANA BELAJAR HUKUM AGAMA ATAU ILMU YANG TIDAK TAHU


Malu hendak bertanya hukum atau yang tak tahu atau

Malu dikatakan bodoh, bebal, dan lembab.

Malu mengakui kesalahan atau kekurangan pada diri.

Tapi Ingat!

Menyebarkan keburukan dan kelemahan orang adalah HARAM!

Malu sebegini membawa kepada dosa, ibadat tidak diterima, rugi di akhirat.


HAKIKAT MALU


Malu yang khusus (paling mulia) adalah malu kepada ALLah SWT

Allah yang memberikan nikmat yang pelbagai, naik kedudukan,

pangkat, darjat ilmu, kesenangan dsb.

Adakah patut kita kufur kepada nikmat ALLah?Patuhi segala suruhan,

tegah dan jauhi segala larangan. Sebagai Muslim, kita harus

mempunyai rasa malu yang tinggi terhadap ALLah dan juga

manusia.Malu terhadap ALLah dengan menjaga segala suruhan

dan menjauhi dan mencegah segala larangan.

Malu terhadap manusia dengan menjaga segala akhlak dalam

pergaulan dan muammalah sesama insan.



Maraji’’


a)Malu - MOHD FADZIL ABDUL RAHIM

b)Hadith 40, susunan dan ulasan: Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional Singapura, 1991


Read more...

Antara Kucing dan Manusia

>> Wednesday 27 May 2009



"Kesempurnaan iman tidak akan berlaku kecuali apabila seseorang mengasihi saudaranya yang beriman sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Al- Hadis


Sempadan Gaza- Rafah kini 3 tahun berturut-turut dalam sekatan. lebih 2 juta nyawa terhalang dari segala bentuk bekalan. Mereka umpama makhluk kurungan di dalam tanah lapang .


Jika Allah SWT sudah memasukkan seorang perempuan ke dalam neraka kerana tindakannya mengurung seekor kucing, maka apakah agaknya balasan orang yang mengurung 2 juta penduduk yang disekat daripada memperoleh rawatan, makanan dan menuntut ilmu?


Read more...

Ucapan Perasmian

>> Tuesday 26 May 2009




TEKS UCAPAN PERASMIAN BLOG



Bismillahirahmanirahim… segala puji dan syukur kepada Allah taala diatas peluang dan kesempatan yang diberikan kepada kita untuk terus bergerak kerja dalam memartabatkan agama Islam.


Terima kasih dan tahniah kepada tuan moderator, kerana berjaya membuat transformasi kepada blog kita ini, sumbangan masa, idea, dan tenaga bagi mencanggihkan lagi blog ini, moga-moga diperhatikan oleh Allah taala sebagai kerja dakwah yang diredhoi Nya.


Dalam dunia moden hari ini, terdapat pelbagai method-method dakwah yang berkesan untuk kita laksanakan, termasuk juga dalam bentuk maya seperti, blog, laman web, facebook, friendster, yahoo messenger, email dan sebagainya. Medium-medium yang tersedia ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya bagi menarik minat golongan –golongan belia terutamanya, untuk dekat dengan Islam.


Sebagai sebuah pertubuhan yang meletakkan Islam sebagai landasan utama, dan meletakkan matlamat, mengislamisasikan masyarakat, dan dengan locality ahli yang bertebaran diseluruh semenanjung Malaysia dan Malaysia timur, kewujudan blog seperti ini, dapat memberi peluang kepada ahli-ahli kita, menyumbang idea, menimbulkan persoalan dan berkongsi maklumat. Kewujudan blog ini juga , menjadikan kita lebih dekat dengan masyarakat dan tidak hanya terkongkong didalam kelompok kita sahaja, seperti didalam yahoo group.


Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama memenuhi tuntutan masa kini, untuk terus mendidik masyarakat, tidak kira jenis medium ataupun pendekatan dakwah, selagi tidak bercanggah dengan syariat. Kepada sahabat semua, marilah kita bersama-sama memenuhi setiap kekosongan dan kelompangan didalam pengisian blog ini. Kepada tuan moderator, diharap dapat mengup-load artikel yang bermanfaat dan memenuhi aspirasi kita, dan sahabat-sahabat boleh turut sama menyumbangkannya.


Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan moderator, sahabat-sahabat kepimpinan dan semua warga serasi ini, atas pengorbanan yang di beri, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim… saya merasmikan BLOG SERASI ini…



Assalamualaikum….

Read more...

Sayyidul Istighfar


Ibnu Umar radhiyallahu’anhuma berkata: “Sesungguhnya kami benar-benar menghitung dzikir Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam dalam satu kali majlis (pertemuan), beliau mengucapkan 100 kali (istighfar dalam majlis): “Ya Rabb, ampunilah aku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat dan Maha Penyayang.” (HR Abu Dawud 1295)



Ketenteraman Nabi shollallahu ’alaih wa sallam dan orang-orang beriman muncul ketika sedang mengingat Allah. Dan Allah menyuruh orang-orang beriman untuk mengingat Allah sebanyak mungkin. Tidak seperti orang-orang munafik yang tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali. Mereka tidak merasa perlu untuk sering apalagi banyak mengingat Allah. Mereka mengerjakan sholat dengan kemalasan dan dengan niyat untuk dilihat dan dipuji manusia. Pada hakikatnya orang-orang munafik kalaupun mengingat Allah, maka mereka hanya dzikir dengan jumlah yang sangat sedikit dan tidak bererti.



Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka mengingat Allah kecuali sedikit sekali.” (QS AN-Nisa ayat 142)



Lalu Nabi shollallahu ’alaih wa sallam merupakan hamba Allah yang gemar memohon ampunan Allah dan bertaubat kepadaNya. Nabi shollallahu ’alaih wa sallam ingin mendidik ummatnya agar selalu menghayati bahwa manusia selalu dalam keadaan banyak berbuat dosa. Sehingga manusia selalu mengharapkan ampunan Allah. Manusia selalu dalam keadaan cenderung menyimpang dari jalan yang lurus. Sehingga manusia perlu untuk selalu bertaubat (kembali) kepada Allah dan jalan Allah.



Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah kamu berkata: (Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada ilaha selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sedar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Karenanya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).” Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni surga.” (HR Bukhary 5831)



Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang gemar mengingatMu, gemar memohon ampunanMu dan gemar bertaubat (kembali) ke jalanMu. Amin ya Rabb.-



Maraji'' -- EraMuslim--

Read more...

Mengenal Erti Perjuangan

>> Friday 22 May 2009


Assalamu'alaikum Warahmatullah

Uhubukum Fillahi Haban Jami'a

Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang masih memberi ruang waktu untuk menulis,
Syukur juga di rafaqkan kerana berita tentang tpf yang baru berakhir dengan jayanya
Sekalung tahniah dari kami komuniti serasi di atas penglibatan dan pengorbanan yang anda curahkan.

Sungguh Allah tidak akan meyepikan jalan-jalan perjuangan dengan terhenti mata rantai Islam
dari terus sambung dan menyambung sehingga bertemu nikmat kemenangan Hakiki.

Justeru Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 54 mebuktikan perjuangan kalimah tauhid tidak akan sampai bila-bila akan terpadam sehingga datang ketentuan dariNYA.


"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."


Mengenal Erti melahirkan Generasi Murabbi

Sungguh usaha- usaha menyebarkan kefahaman ISLAM pada ummat masyarakat yang jauh dari pergertian ISLAM perlu diteruskan bagi mengenal RabbNYA . Bermula dari sekecil-kecil kelompok sehingga sebesar-besarnya, pentarbiyah demi pentarbiyah perlu dan terus perlu sampai ke setiap pelusuk masyarakat.

Kilauan-kilauan permata perjuangan yang dilahirkan akan memancar sinarnya pada setiap perosok ruang yang kosong dengan kegelapan taqwa, membawa kepada pencahayaan Ilahi.

Maka setiap permata akan melahirkan pemata yang baru, pencahayaan iman akan terus meyuburi ruang-ruang kegelapan. Maka tidak akan terhentinya itu sekiranya setiap pemata perjuangan yang digilap akan mengilap permata perjuangan yang yang baru.

Pesan Asyahid Imam Hassan Al- Banna

" Tegakanlah Islam dalam diri mu nescaya akan tertegaklah ISLAM pada masyarakat"

Justeru pentarbiyahan perlulah berlaku secara dua hala seiring, serentak dan senada sama seperti para sahabat dan tabi' tabiin.

Murabbi perlu melahirkan murabbi
Jangan berhenti selagi nyawa tidak di jemput pulang


Sekadar memberi peringatan

Wallahu'alam

Read more...

Wabak dan Bala

>> Thursday 21 May 2009




Diantara amalan menolak wabak dan bala ialah baca ayat 128 dan 129 surah al Taubah sebanyak 7 kali setiap kali selesai soalt fardhu.


Mutakhir ini, kita menyaksikan semakin banyak wabak yang menular dan bala yang menimpa umat manusia. Tidak selesai dengan malaria, taun, denggi, Japanese B Encephalitis (JE) dan selesema burung, datang pula wabak selesema babi dan sebagainya. Begitu juga dengan bala yang diturunkan oleh Allah seperti jerebu, Thunami, Katrina dan lain-lain lagi.


Semua manusia mahukan dirinya terlepas daripada kemudharatan ini. Pelbagai ubat dan peralatan canggih telah dicipta oleh ahli profesional untuk mengubati dan menghindarinya. Tiada sesiapa yang dapat memastikan dirinya terselamat kerana yang menentukan, berkuasa dan menyembuh adalah Allah.


Apa yang pasti, kita diberi peluang berikhtiar dan berusaha untuk mencegah dan mengubati penyakit kerana setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati dan hanya kepada Allah tempat meminta pertolongan, keamanan dan penyembuhan.


Wallahu'alam

Read more...

Ruhul Jadid

>> Wednesday 20 May 2009

Assalamu’alaikum Warahmatullah


Uhibukum Fillahi Habban Jami’a



Alhamdulillah petamanya setinngi-tinggi kesyukuran kami rafaqkan kehadrat Ilahi yang menciptakan manusia dan sekalian alam kerana berkat inayah dan kekuatan yang diberi kini Komuniti blog serasialumi berwajah baru dengan semangat baru bagi meneruskan langkah perjuangan menyelusuri medan da’wah Islamiyah.

Sebagai medium perantara dikalangan kumuniti dan masyarakat maya laman blog ini adalah satu wadah bagi mendekati ummah secara amnya dan mengikat kembali ikatan ukhuwwah Islamiyah di kalangan komunity serasi secara khasnya




Komuniti serasi mendokong perjuangan Islam.



Islam adalah Ad Deen sebagai cara hidup yang syumul meliputi segenap hal dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besarnya.Dari segi bahasa Islam bermakna taat, menyerah, damai, aman dan tidak ada kecacatan baik dari segi zahir mahupun batin. Dengan sebab inilah agama ini diberi nama Islam. Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya:


"Dan siapakah yang lebih baik Deennya dari orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikut Deen Ibrahim dengan hanaya cenderung kepada Allah." (Surah An-Nisa':125)



Berpandukan kepada ayat ini, Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan keikhlasan hati. Bahkan inilah intipati seluruh makna Islam. Islam dengan makna induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi merangkumi segala kejadian di alam semesta seperti firman Allah:



"Apakah selain dari agama Allah yang mereka masih tercari-cari sedangkan segala yang ada di langit dan di bumi telah Islam (menyerh diri) kepadaNya dengan relah hati dan terpaksa. Dan kepadanyalah mereka dikembalikan." (Surah Aali-Imran:83)



Firman Allah:


"Dan kepada Allah sujud segala yang ada di langit dan bumi dengan rela hati dan terpaksa, dan juga bayang-bayang mereka setiap hari pada tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Ar-Ra'd:15)



Dari kedua-dua ayat ini maka dapat disimpulkan bahawa pengertian Islam tersimpul pula dalam penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan yang setepat-tepatnya di antara hubungan manusia dengan penciptanya ialah sujud kepada Allah dengan penuh kepatuhan ketundukan. Oleh itu jelas sekali di antara ketiga-tiganya; Ad-Deen Islam dan sujud mempunyai kaitan dan jalinan makna yang erat dan tabi'i.



Kewajipan menghayati Islam



Islam kini menghadapi cabaran yang sangat hebat, bukan sahaja musuh dari luar tetapi juga musuh dari kalangan ummat Islaam sendiri. Tidak ganjil Islam menghadapi cabaran, kerana memang sejak ia dilahirkan lagi perkara ini telah berlaku. Walau bagaimana pun yang ganjil ialah kerjasama yang dilakukan oleh penganutnya sendiri dengan musuh dari luar laknatullah. Itulah ujian pahit yang dihadapi oleh gerakan Islam dan para Mujahidin di seluruh dunia pada waktu ini. Dikepung dari segenap penjuru oleh musuh. Umat islam berada di dalam kebingungan dengan apa yang sedang berlaku pada waktu ini.




Terdapat di kalangan ummat Islam yang bertanya mengapa terdapat di kalangan ummat Islam yang aktif di medan politik lebih daripada di medan ibadah? Mereka ragu dengan kebangkitan harakah Islamiyyah yang menyeluruh kononnya tiada hubungan dengan pengertian Islam dan organisasinya yang berbentuk sedemikian rupa.


Islam tidak pernah membezakan orang yang beribadat di masjid sambil mengeluarkan air mata yang khusyu dan tawadhu kepada Allah dengan mereka yang mengalirkan dakwat penanya yang menulis kerana Islam, dan juga peluh dan darah yang meleleh dari badan para Mujahid di medan peperangan kerana menegakkan kalimah Allah. Al-Imam Abdullah Bin Al-Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang beriktikaf dengan meninggalkan tugas berjihad di medan peperangan:



Wahai sahabat yang sedang beribadat di tanah suci, kalau saudara melihat kami, saudara akan tahu bahawa saudara hanya bermain dengan ibadah, siapa yang pipinya berlumuran air mata, maka leher kami berlumuran dengan darah. Kalau kudamu penat di dalam kebatilan makan kuda kami akan penat di medan perang.



Sesungguhnya membezakan orang yang beriktikafdi masjid dan berjuang menegakkan masyarakat dan Negara Islam dengan mangatakan bahawa yang pertama sebagai orang dakwah yang menghayati Islam dan kedua dipanggil orang politik berjuang untuk duniawi, adalah perbezaan yang ditunjukkan oleh musuh Islam dan menunjukkan betapa jahilnya orang Islam yang terpengaruh dengan fahaman sesat ini.




Tidakkah para Rasul merupakan ahli ibadah yang sangat tekun. Di samping itu, berjuang menentang thaghut yang menjadi pemerintah di zaman mereka? Tidakkah Saidina Abu Bakr yang menangis kerana taqwanya itulah yang melancarkan serangan hebat menetang orang murtad yang menentang Negara Islam. Begitulah Islam dikelirukan sehingga terkeluar dari apa yang sepatutnya. Sebenarnya kita memerlukan penjelasan sebagai Ad-Deen dan memahami kewajipan menghayatinya.


Kesimpulannya Islam adalah Ad-Deen (cara hidup) untuk dihayati dan dipraktikkan, bukan hanya sebagai suatu teori yang boleh dicabar dan diuji kebenarannya. Sesungguhnya Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah.

Kembalilah kepada Rabbmu yang menciptakan kamu dari segumpal darah



AL HAYA BIL ISLAM HIL ISLAM



Maraji':



1. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya


Ciri- ciri Khusus Islam

Kem Motivasi Kempipinan Islam

KEMIS 98



2 Abdul Majid Aziz Al- Zandani


Tauhid Pendekatan Saintifik

Bahagian Hal Ehwal Islam

Jabatan Pedana Menteri 1992



3 Abu Urwah Risala Usrah












Read more...

Lelaki Acuan Al-Quran

>> Monday 11 May 2009

Sunnatullah dan Syariatullah


Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya.

Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya.

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum.

Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan.

Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaAllah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

Uswah hasanah seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga. Amanah (tanggungjawab) Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.



Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.

Matlamat seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.

Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya.

Didikan seorang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah institusi keluarga.



Kesimpulan

S - Sunnatullah & Syaratullah
U - Uswah hasanah
A - Amanah
M - Matlamat
I - Istiqamah

Sama-sama kita mengambil pengajaran. Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kalian, dan dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian. (Ape2 pun...tepuk dada, tanya iman.)

Sama-sama muhasabah diri. Jangan difikir tentang hidup berkeluarga jika hanya mahu hidup berdua, tetapi fikirkan juga yang ketiga dan seterusnya. Pengolahan dibuat berdasarkan kefahaman penulis terhadap isu-isu masyarakat.

(penulis masih lagi belum berkeluarga)

Read more...

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP