Bekas Adun BN di Bachok sertai PAS

>> Tuesday 19 February 2008

MD Hakimi
Mon | Feb 18, 08 | 6:32:59 pm MYT

BACHOK, 18 Feb ((Hrkh) – Ketika Umno menghala serangan ke arah PAS di Kelantan, tiba-tiba dikejutkan apabila bekas wakil rakyat Umno di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.

Mohamad Hassan, 63 pernah menjadi wakil rakyat mewakili Barisan Nasional (BN) di Dun Jelawat, Bachok selama dua penggal pada 1978 dan 1984. Beliau juga pernah menewaskan Dato’ Omar Mohamed (Adun Perupok sekarang).

ImageTurut menyertai PAS malam tadi bekas penceramah terkenal Umno, Abdul Ghani Abdul Kadir, 66. Selain itu bekas ahli Umno Ismail Mamat bersama dengan 70 pengikutnya turut menyertai PAS.

Mereka menyerah borang kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Datuk Omar yang juga Yang Dipertua PAS Bachok, Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussin dan bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato’ Abdul Razak Salleh.

Mohamad yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok sekitar tahun 1970-an dan 1980-an melahirkan keyakinan BN tidak mampu untuk merampas balik Kelantan pada pilihan raya umum ini.

“Selagi Umno diketuai pemimpin yang bermasalah seperti yang ada sekarang impian mereka mahu merampas tampuk kerajaan Kelantan daripada PAS tidak mungkin menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerah borang menyertai PAS pada ceramah di Kampung Baru Hujung Repek dekat sini, malam tadi.

Malah katanya, rekod cemerlang dan imej bersih wakil-wakil rakyat PAS menjadi satu kelebihan kepada parti itu bagi menghadapi Umno dan BN.

Abdul Ghani pula berjanji menyumbangkan tenaga dengan menggunakan pengalamannya dalam kempen membantu PAS pada pilihan raya ini.

“Umno bukan lagi satu wadah perjuangan bangsa sebaliknya menjadi batu lonjatan dalam mengumpulkan pengaruh dan kekayaan. Kuasa yang ada tidak digunakan bagi membela bangsa dan agam,” katanya bersemangat.

Ismail pula merupakan bekas pendokong kuat Umno di Kampung Baru Hujung Repek turut berazam bekerja keras bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, fahaman mengasingkan agama dengan politik yang dibawa Umno merupakan punca segala masalah dalam negara hari ini.

“Apabila politik diasingkan daripada agama ertinya kita telah mengenepikan persoalan dosa dan pahala dalam mengurus tadbir negara, hasilnya jenayah seperti rasuah, rompak, bunuh dan sebagainya semakin menjadi-jadi,” katanya. - mj


0 komentar:

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP