Bersedia Dua Puluh 4 Jam

>> Thursday 30 September 2010


Alhamdulillah pujian yang tidak terhingga hanya selayaknya di ucapkan kepada AllaH Azzawajalla yang mengurniakan usia hidup hingga ke saat ini untuk menunaikan amanah dan tanggungjawap sebagai seorang hamba kepadaNya di muka bumi ini. detik masa yang berlalu hasil dari kitaran bumi di atas paksinya dan mengeliligi matahari menjadikan kita berpeluang merasai nikmat malam dan siang.


Cuba bayangkan sekerinya siang berlalu terus tanpa hadir nya malam, sudah tentu bumi dan penghuninya pasti kepenatan bekerja tanpa ada waktu rehat untuk berhenti. Dan sekiranya malam terus berlalu tanpa hadirnya siang sudah tentu manusia akan berkeluh kesah menanti waktu siang untuk bekerja mencari rezeki sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.




Begitulah Adilnya Allah dalam menetapkan peredaran masa di alam ciptaaNya. Sifat ArRahman dan ArRahiim Allah tidak terhitung dari sebesar-besar nikmat sehingga sekecil-kecil yang kita peroleh dalam kehidupan sementara di muka Bumi ini.
Hidup adalah peluang dan ujian yang Allah berikan kepada setiap makhluknya.


Manusia di turunkan kemuka bumi dengan memikul amanahkan untuk Bertanggungjawap memakmurkan muka bumi,berdasarkan Peraturan dan undang-undang syariat yang telah termaktub di dalam Al-Quran.
Segalanya telah diperjelaskan di sampaikan oleh Allah kepada RasulNya Rasulullah S.A.W, yang menjadi utusan dimuka bumi ini untuk menyeru dan mengajak ummat manusia mentauhidkan Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.


Sungguhpun begitu manusia ternyata seorang insan, iaini perlupa dan sering teralpa dengan kenikmatan hidup dunia yang sementara. Terkadang manusia terperdaya dengan pujukan dan rayuan dunia yang melambai-lambai menyambut ketibaan maraikan keseronokan melalui cara dan perbuatan yang menyimpang. Kekadang manusia tersasar dari matlamat asal tujuan hidup di dunia.





Bumi adalah tempat hidup dan menetapnya Manusia bagi melakukan segala amal ibadah di dunia. Di Akhirat.. Syurga dan Neraka adalah tempat yang ditetapkan bagi membalas segala kerja buat manusia sewaktu mereka berada di alam dunia. ternyata manusia tahu akan tujuan Hidup mereka di bumi ini.




Namun demikian, tahu tidak cukup untuk menghasilkan tindakan yang sejajar dengan matlamat. Tahu yang hadir tanpa keinginan dan kemahuan menjadikan matlamat sekadar agenda kosong tanpa manifetasi. Justeru perlu ada rasa keinginan dan kemahuan yang kuat untuk membawa manusia ke Arah matlamat hidup yang telah Allah ungkapkan dalam surah azzariyat- Tidak aku jadiakn manusia dan jin melainkan untuk beribadah.




Manusia perlu mengenali Allah. Sekiranya manusia gagal mencari jalan mengenal Allah. Nyata manusia akan sesat dan tersasar jauh ke lembah hina dan dina. Allah yang mencipta kan manusia bermula dari alam roh. Setiap roh yang Allah jadikan di Soal siapakah tuhan mereka, dan roh patuh mengakui keEsaan Allah.




Roh kemudian di pindah kealam Rahim.. alam yang kini mereka menpunyai jasad. Namun masih dalam tumpangan seorang wanita bernama Ibu yang bakal melahirkan mereka. Hidup berada dalam 3 kegelapan, bayi dalam kandungan memejamkan mata ternyata gelap dan kelam, di dalam perut ibu juga gelap dan kelam dan tiba di waktu malam melengkapkan hari seorang bayi berada dalam 3 kegelapan. Namun Allah tetap menjanjikan rezeki, setiap roh kini sudah begelar bayi dalam kandungan.. menerima segala Zat makanan melaui ibu yang menjamah rezeki kurniaan Allah. nyata rezeki ibu itu adalah untuk rezeki si bayi yang dalam kandungan, dan Allah tidak menyekat rezeki setiap manusia.



Sehingga lah manusia melaui fasa selama 9 bulan 10 hari...bertukar dari sekecil2 penciptaaNya kepada seorang bayi yang sempurna sifatnya. Si bayi yang dulu di dalam kandungan ibunya kini bersedia menempuh alam baru iaitu Alam dunia.




Alam dunia di menyambut kehadiran bayi kemuka bumi, mereka di Azan dan Di Qamat di kedua-dua telingga kanan dan kiri. Membesarkan Allah memanjatkan pujian dan rasa syukur Atas Anugera yang tidak terhingga. Kini bayi memasuki alam sebenar, alam untuk bekerja dan beramal untuk di nilai oleh Allah.



dan Pada Fasa inilah kita kini berada...
Justeru kemana arah dan Fasa kita selepas ini?


Alam yang akan menanti kita nanti adalah Alam barzakh dan Alam Akhirat. Dan manusia yang boleh berpindah ke alam ini melalui kematian. Janji Allah setiap yang hidup pasti akan mati.
Tidak di kabarkan bilakah tarikh dan waktu kematian. namun sekiranya ia sampai ia tidakan akan dilewatkan mahupun dipercepatkan.


Justeru perlulah manusia hidup bersedia dengan sepenuhnya pada setiap masa untuk berpindah ke Alam seterusnya..
sudahkah kita bersedia?


Fikir-Fikirkan dan marilah kita merenungya bersama..
Sesungguhnya orang mukmin yang yakin dengan janji Allah sentiasa bersedia menanti jemputan dari Allah untuk meninggalkan dunia yang sementara.

Bersama mempersiapkan diri



Sekian Wassalam Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang -orang mukmin


-Misi Di Teruskan Kemenangan Semakin Hampir-
Allahu Akbar.


22 Syawal 1431 Hijriah

Read more...

Memberi Penumpuan dan perhatian

>> Wednesday 29 September 2010


Adapun soal memberi penumpuan dalam sebarang pekerjaan mahupun perkara yang kita lakukan sering di peringatkan, suka kami komuniti serasi untuk bersama berkongsikan beberapa perkara menarik yang boleh di ambil iktibar agar kita menjadi orang yang memberi sepenuh perhatian terhadap setiap perkara yang sedang kita usahakan.


Mengikut kaedah tatabahasa bahasa melayu , perkataan lawan bagi perhatian adalah tidak memberi perhatian. Dari segi istilah yang tidak diiktiraf, tidak memberi perhatian akan berlaku pada seseorang yang melakukan perkerjaan dengan tidak menumpukan dua biji matanya pada pekerjaan yang sedang mereka usahakan, dengan erti kata lain panca indera peglihatannya tidak melihat kepada apa yang sedang di perbuat tetapi pada masa yang sama , mata itu melihat atau memerhati sesuatu yang luar dari pekerjaan yang sedang mereka lakukan.


Apa yang di maksudkan disini adalah ketika situasi tidak memberi perhatian berlaku sebenarnya seseorang itu juga sedang memberi perhatian, namun pemerhatian yang mereka lakukan adalah pada perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang mereka perlu lakukan.


Justeru itu pemahaman tentang perkara tidak memberi perhatian tidak boleh di tafsirkan berlaku sekiranya mereka tidak memberi penumpuan penglihatan tetapi perlu di jelaskan penumpuan peglihatan mereka di arahkan kepada perkara yang tidak mereka perlu perhatikan.

Pada sudut pemahaman yang lain, tidak memberi perhatian juga boleh berlaku berdasarkan singkronasi antara penglihatan, penumpuan minda dan anggota badan. Seseorang itu boleh dianggap tidak memberi perhatian kepada perkerjaan yang mereka sedang lakukan walaupun penglihatan mereka tidak beganjak pada perkara yang sedang di lakukan. Ini berlaku sekiranya tiada sigkronasi antara ketiga-tiga elemen yang di sebutkan sebelum ini. Perkara ini sering anda dapat lihat dalam pelbagai situasi di sekeliling pesekitaran anda secara sengaja mahupun tidak sengaja. Hatta secara individu mahupun berkelompok(berjemaah). Hatta pada orang lain ataupun diri anda sendiri.


Antara situasi yang boleh kita kongsikan di sini bersama:

Situasi yang selalu di alami oleh para pelajar tidak kiralah kanak-kanak mahupun remaja. Berada di dalam kelas, pembelajaran sedang berlaku, guru dihadapan, buku di atas meja, pelajar duduk tegap di atas kerusi, mata tertumpu ke arah guru yang mengajar. Kelihatan menelaah dengan penuh keazaman. Namun apabila di panggil atau di soal oleh guru, Pelajar yang tekun itu menjawap: Hah!! Apa dia Cikgu? Cikgu tanya apa? Boleh tolong ulang soalan.

"Nah tuu dia... mengelamun ke Yob! udoh sampey mane kamu teghobang?" jawap guru menyindir pelajar yang tidak memberi perhatian.


Situasi teka -teki dalam kereta berkemungkinan ini kisah benar, pemandu sedang memandu jauh membawa keluarga pergi beraya, banyak rumah yang telah di ziarah, lalu pemandu berasa keletihan, penumpang kelihatan bosan, lalu pemandu memikirkan idea untuk menceriakan suasana bagi menggelakan pemandu berasa mengantuk dan tertido semasa memandu kerana memandu memerlukan perhatian dari tubuh yang cergas . Lalu pemandu bertanya kepada penumpang" Antara Sekilo Kapas dan Sekilo Batu mana yang lebih berat? Penumpang dengan penuh yakin menjawap" Batu lah Yob! takkan itu pun x reti kapeh dengan batu, batu lagi berat''. Pemandu ketawa dan memberi jawapan, " Salah tu... mana ada yang lebih berat, sama- sama sekilo.. sama berat la"penumpang terpingga-pingga dan berfikir. tersenyum tersipu.. mengakui kesalahan jawapan yang diberi. Pemandu memberi pengajaran dari soalan yang diberi.. jangan anggap mudah pada sesuatu perkara setiap benda perlukan perhatian.


Situasi terakhir, seorang pemuda baru membeli kereta mewah keluaran syarikat pemotoran luar negara, kereta sports, teknologi terkini, edisi terhad, hanya ada dua pintu sisi, tempahan yang mengambil masa 7 bulan untuk sampai ke tanah air. Beliau sangat ghairah untuk memiliki kereta ini sejak melihat pelancaran model kereta terkini dari syarikat pemotoran berkenaan. Akhirnya hajat dan impian tertunai juga. Apabila di maklum melalui telepon akan ketibaan keretanya, beliau begitu tidak sabar untuk pergi melihat dan memandu kereta baru idaman...terus di terjah ditatap dengan penuh rasa gembira senyum lebar tidak terhingga. Masa untuk memandu sudah tiba akhirnya enjin di hidupkan.. pemanduan bermula dengan penuh bergaya. Tidak sampai di hujung pagar, Polis hadir memberhentikan kenderaan.. terkejut, lalu bertanya: Apa Cerita? Ada masalahka, encik polis... Polis dengan selamber menjawap memang ada masalah: Rumah hang dah hanguih.... dapuq hang meletop. Teringat pemuda sewaktu menjawap telepon dari syarikat kereta dan terus bergegas keluar mengambil kereta beliau sebenarnya sedang meperghangat kari kepala ikan di dapur, akibat terlalu ghairah dan teruja perhatian kepada makanan di dapur telah terlupa. Kini tiada lagi kepala ikan... yang ada kepala yang pening penuh dengan bebanan dan kesedihan.



Sesungguhnya, Islam lebih awal mengajar dan melatih individu muslim dalam perkara memberi perhatian dan penumpuan. Di dalam Solat yang dilakukan. Soal khusyuk amat dititik beratkan bagi menperoleh kesempurnaan solat dan kenikmatan ibadah. Solat Fardu lima waktu sehari semalam adalah diwajibkan bagi setiap individu muslim.

Justeru setiap muslim akan menjalani latihan penumpuan dan perhatian secara kosisten setiap hari. Seorang hamba menghadap Rabb Yang Maha Pencipta menyerahkan seluruh jiwa dan ruh bagi mengharap keredhoaan dariNya. Kesanya lahirlah individu-individu yang tenteram jiwa mereka dalam kehidupan.

Kisah salah seorang amirul mukminin –khulafa’ Arrasyiddin yang terkena tikaman susur panah pada tubuhnya menghalang daripada para sahabat dari merawatnya untuk menggeluarkan tikaman susur panah di tubuhnya melainkan dalam keadaan beliau sedang Solat. Kerana pada ketika itu penumpuan hidup dan matinya hanya pada Allah. Nyata sekali selesai sudah beliau solat beliau bertanya sudahkan susur panah di cabut dari tubuhnya. Kerana beliau tidak sedar, sedangkan susur itu sudah pun di cabut ketika beliau sedang solat.


Inilah salah satu bahagian dalam kehidupan yang perlu kita beri tumpuan. Tumpuan Seorang hamba pada Rabb yang menciptakannya. Yang menjadi Agenda utama setiap individu muslim. Hidup manusia penuh dengan pelbagai perkara yang perlukan perhatian, dari soal Negara, Masyarakat,Keluarga mahupun diri sendiri perlu di beri perhatian. Hal ini menuntut setiap insan memainkan peranan yang berkesan dalam memberi perhatian yang sewajarnya dalam setiap perkara dan urusan.



Begitulah beberapa situasi yang boleh kami dikongsikan bersama, apa pun bentuk situasi, cerita , benar atau pun rekaan.... apa yang perlu di fahami kepentingan seseorang individu memberi perhatian pada perkara yang sedang beliau kerjakan. Walupun pelbagai perkara dan tanggungjawap yang bertambun berturut-turutan. Perhatian perlu di beri sepenuhnya pada hal yang sedang di usahakan. Perkara yang akan datang dan akan di lakukan perlu di lenyapkan seketika dari kotak pemikiran.. beri penumpuan pada perkerjaan yang sedang dilakukan.

Berhati- hatilah dan beri perhatian kerana sekiranya tiada perhatian mungkin boleh mengundang kecelakaan dan kekecewaan.

Akhirkata , berusaha dan berilah penumpuan moga -moga Allah mengurniakan kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Insya’Allah


Sekian moga memperoleh manfaat

terima kasih atas penumpuan dan pemerhatian anda pada kami di KomunitiSerasi

Read more...

28 Tahun - Shabra Shatila

>> Friday 17 September 2010


Tarikh:

18/11/1403 H bersamaan 16/09/1982 M dan berlanjutan sehingga 18/09/1982.

Lokasi: Shabra dan Shatil, iaitu kem pelarian Palestin yang terletak di barat di Lubnan.

Gambar(arkib yahoo): Sebahagian dari mangsa Palestin yang dibunuh oleh pengganas.

Pengganas: Rejim zionis dan militan Lubnan(kristian)

Slogan: "tanpa kemanusiaan"

Jumlah korban: 800 orang dari kalangan lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Namun, dalam kajian mengatakan jumlah korban meningkat ke 3500 mangsa serangan kejam.

Tindakan dunia: Hanya mengecam dan mengkritik.

Kronologi penyembelihan: Tentera rejim zionis disokong militan pelampau kristian Lubnan mengepung terlebih dahulu kem pelarian Shabra dan Shatila pada 15/09/1982. Pada awalnya, rejim zionis khuatir untuk menyerang ke dalam kawasan-kawasan kerana serangan-serangan gerila, namun zionis meminta militan pelampau kristian Lubnan mengepum kem pelarian.

Situasi penyembelihan:

Kes yang dipetik dari seorang ibu yang terselamat dari penyembelihan ganas rejim zionis dan militan kristian Lubnan.

Ummu Ghaza Yunus Madhi, "kami tidak mendengar sebarang tembakan(05.30 pagi, 16/09/1982). Mereka(pengganas) hanya menggunakan terlebih dahulu kapak dan parang..kebanyakan mangsa serangan ganas dikambus hidup-hidup oleh jentolak zionis..susulan itu barulah tembakan..kami cuba melepaskan diri, namun suami dan 3 anakku telah disembelih. Suami dibunuh dalam bilik tidur, seorang anakku dibakar setelah mereka mematahkan kakinya, seorang lagi anakku dibunuh tanpa belas dan seorang lagi menghembuskan nafas dalam keadaan perutnya terburai."

Kata-kata syaitan:

1. Ariel Sharon membawa slogan, "tanpa kemanusiaan".

2. Komander militan pelampau kristian Lubnan berkata kepada pemberita sebuah media dari Amerika, "kami(pengganas) telah menanti waktu yang lama untuk merempuh masuk ke kem pelarian Palestin di barat Beirut, sebab itu kami dipilih oleh rejim zionis kerana kami lebih hebat dari rejim zionis dalam bentuk serangan rumah ke rumah."

Ketika ditanya tentang tawanan, komander ini hanya menjawab, "operasi bentuk ini bukannya yang perlu mencari tawanan."

Menukil lagi dari sumber, bahawa operasi penyembelihan ini turut melalui 3 bentuk yang dilakukan oleh militan kristian Lubnan dan dibantu rejim zionis:

Pertama: Kumpulan pembunuh dan pencabul

Mangsa penyembelihan di arah berbaris dalam sebuah stadium, lalu mereka dibunuh tanpa belas. Lebih tragis, sebilangan besar dari kalangan wanita telah dirogol. Seperti yang diceritakan dalam satu kejadian, sekumpulan wanita dan kanak-kanak mengangkat bendera putih sebagai menyerah diri, namun mereka dibunuh beramai-ramai.

Kedua: Serang hospital

Para pengganas menyerang hospital Gaza dan Aka yang terletak dalam kem pelarian tersebut. Doktor dan jururawat tidak dibiarkan hidup, mereka telah dibunuh. Seramai 40 jururawat dipaksa menaiki trak, kemudian jejak mereka tidak lagi ditemui.

Ketiga: Roboh rumah

Jentolak pengganas telah merobohkan beberapa buah rumah, kemudian menghala ke bahagian selatan di kem Shatila, lantas dengan sokongan bantuan rejim zionis, mereka menggali sebuah tanah perkuburan bertujuan untuk pembunuhan beramai-ramai. Penyembelihan tersebut sempena menyambut tahun baru Ibrani, Yahudi.

Artikel Asal

Read more...

Panduan Di Satu Syawal

>> Wednesday 8 September 2010



Aidil Fithri sering disebut sebagai hari kemenangan. Menang dalam memerangi berbagai godaan selama puasa sebulan. Rasulullah saw. mengajarkan hal-hal berikut dalam ber-Aidil Fithri :



Disunnahkan mandi dan mengenakan pakaian yang terbaik dari yang dimiliki. Khusus laki-laki disunnahkan memakai wangian. Sedangkan bagi wanita, memakai wangi-wangian/berhias di luar rumah diharamkan, karena akan menimbulkan fitnah. Hasan Ash-Shibit berkata : "Rasulullah memerintahkan kami agar pada hari 'idain (Aidil Fithri dan AidilADha) mengenakan pakaian yang terbagus, memakai wangian yang terbaik, dan berkurban (pada Aidil Adha) dengan haiwan yang paling berharga." (diriwayatkan oleh Al-Hakim). Ibnul Qayyim mengatakan, pada kedua hari raya itu, Rasulullah biasa mengenakan pakaian yang terbaik. Bahkan beliau menyediakan satu stel pakaian khusus untuk hari raya dan shalat Jum'at.





Disunahkan makan dahulu sebelum berangkat ke tempat shalat. Berkata Anas bin Malik, "Sesungguhnya Rasulullah tidak berangkat (ke tempat shalat) pada hari Aidil Fithri sebelum memakan beberapa butir kurma dengan jumlah yang ganjil."(HR Ahmad dan Bukhari).




Disunnahkan seluruh kaum muslimin beserta keluarganya untuk hadir di tempat shalat. Khusus bagi wanita yang sedang haid tidak ikut mengerjakan shalat, jadi hanya datang. Ummu 'Athiyyah menjelaskan, "Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita yang haid pada kedua hari raya agar mereka dapat menyaksikan kebaikan hari itu dan mendapatkan do'a dari kaum muslimin. Hanya saja wanita-wanita yang haid meninggalkan tempat shalat (di saat orang lain shalat)." muttafaq 'alaih




Menempuh jalan yang berbeda ketika berangkat dan pulang (jika memungkinkan). "Adalah Nabi saw. pada hari raya menempuh jalan yang berlainan (HR. Bukhari)




Ketika bertemu sesama muslim dianjurkan untuk saling mendo'akan. Do'a yang sering diucapkan oleh para shahabat radhiyallahu'anhum adalah : taqabballahu minna wa minkum (semoga Allah menerima (ibadah) dari kami dan dari Anda).




Selain adab-adab khusus di atas, kita juga harus memperhatikan adab-adab yang telah berlaku secara umum :



tidak berlaku boros dan membazir. Ingatlah di tempat lain masih banyak saudara-saudara kita yang kesulitan mencari sesuap nasi. Allah menegaskan bahwa orang-orang yang berlaku boros adalah saudara syaithan.(QS Al-Israa': 26-27)


tidak berlaku israf (berlebih-lebihan) bersabda Rasulullah ,"Makan, minum, berpakaian, dan bersedekahlah kamu dengan tidak berlebihan dan tidak sombong."


tidak ikhtilat (campur baur dengan bukan mahram). Suasana hari raya sangat kondusif/mendukung untuk terciptanya "ikhtilat". Namun demikian seorang muslimah harus dapat menjaga diri. Sebab yang dilarang Allah bukan hanya zina, tetapi termasuk mendekatinya. Bahwa kaum muslimah diwajibkan berjilbab bukanlah legitimasi untuk berbaur dengan laki-laki yang bukan mahram. Rasulullah saw memperingatkan kaum pria dengan sabdanya,"Hindarilah olehmu untuk bercampur dengan kaum wanita." Seorang laki-laki bertanya,"Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu tentang alhamwu (kerabat isteri/suami)?" Berkata Rasulullah, "Alham-wu adalah kematian!" muttafaq 'alaih


Termasuk dilarang adalah bersalaman dengan yang bukan mahramnya. Sering terjadi, karena alasan bermaaf-maafan, seorang laki-laki menyalami (berjabat tangan) dengan wanita yang bukan mahram. Berkata Rasulullah saw. : "Sesungguhnya saya tidak pernah bersalaman dengan wanita."


Rujukan majalah Ummi No. 11/V 1414 H - 1994 M
rfk1416H

Read more...

Ramadhan 1431 Hijrah kini Diperhujungnya

>> Sunday 5 September 2010

Bismillahirahmanirahimm..


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Uhibukumfillahi haban Jami'a

Alhamdulillah summa Alhamdulillah, pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah azzawajalla di atas kesempatan dan keupayaan yang dikurniakan kepada kita untuk kita kesekian kalinya menghirup dan merasai Rahmat kasih sayangNya pada kita di Bulan Pernuh Barakah bulan Ramadhan Al- Mubarak.

Peluang untuk hidup dan meneruskan amal ibadah sungguh amat bermakna kerana kita Yakin dan percaya akan ganjaran dan tawaran yang Allah berikan kepada setiap hambaNya yang melakukan kebajikan dan amal ibadat pada bulan ini tidak dapat diperolehi oleh kita pada 11 bulan mendatang selepas dari Ramadhan ini.

Tiba detik menjejakan diri di bulan Mulia ini, lubuk hati manusia tersentak dari panggilan selawat dan salam kepada Banginda S.A.W tatkala bilal menyeru memanggil memuji Banginda sewaktu Solat Terawikh. Syaitan mula dirantai selama sebulan, Pintu syurga Di bukakan dan Pintu Neraka Ditutup serapat-rapatnya. Dan Pintu Syuraga Ar-Rayyan menanti- nanti ahlinya mengumpul pahala puasa mereka untuk melayakan mereka melangkah masuk ke Syurga melalui pintu itu.

Alhamdulillah Ramadhan yang kita lalui penuh dengan usaha pengisian amalan dan kerja buat sesempurna mungkin mencontohi seperti mana yang dilakukan oleh Baginda dan para sahabat.

Ada pun di situ masih ada ruang lopong yang gagal diisi dengan sebaiknya akibat rantaian nafsu yang masih kuat meninggalkan bekas di dalam diri manusia. Ini lah yang mengusarkan fikiran manusia di saat Ramadhan semakin melabuhkan tirainya pada tahun 1431 H ini.

Istiqomah Adalah satu perkataan yang cukup baik untuk kita selalu perkatakan dan tanamkan di dalam setiap tetamu Ramadhan.

Inilah ujian yang Sangat Sukar sekali untuk terus di pikul oleh mereka yang telah melalui pengisian Ramadhan. Didikan bangun malam dan bsahur, menjaga fikiran tuturkata, penglihatan, pendengaran dan anggota badan yang meluruskan diri. Asuhan bersedekah, bertadarus, bersolat berjemaah melakukan amalan sunat yang menyucikan dan membina peribadi. Semuanya ini akan terhenti sekiranya momentum arus gelombang Ramadhan tidak diniatkan untuk dikekalkan mendepani Bulan -bulan yang kemarau daripada memperoleh ganjaran pahala seperti Ramadhan.


Justeru di saat Ramadhan di penghujungnya ini marilah kita merafaqkan Doa bermunajat kepadaNya agar dikurniaakan Hati yang suci bersih untuk terus ikhlas dan Istiqomah melakukan segala amal kebaikan sepanjang Ramadhan ini. Mohon agar Allah mengurniakan kekuatan dan perlindungan bagi mendepani hasutan Syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan diri.

Moga -Moga Allah terima segala amal ibadat yang kita usahakan di Ramadhan ini dan Mohon Allah mengurniakan peluang Ramadhan lagi di hayat usia ini bagi kita memperbaiki segala kelemahan kita di Kesempatan Ramadhan 1431 H ini.

Mudah-mudahan peringatan ini bermanfaat bagi orang-orang mukmin.

Insya'Allah.

Salam Ramdhan 1431 Hijrah.

Ramadhan Misi Diteruskan, Kemenangan Semakin Hampir.

26 Ramadhan 1431 Hijrah



Read more...

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP