Memberi Penumpuan dan perhatian
>> Wednesday, 29 September 2010
Adapun soal memberi penumpuan dalam sebarang pekerjaan mahupun perkara yang kita lakukan sering di peringatkan, suka kami komuniti serasi untuk bersama berkongsikan beberapa perkara menarik yang boleh di ambil iktibar agar kita menjadi orang yang memberi sepenuh perhatian terhadap setiap perkara yang sedang kita usahakan.
Mengikut kaedah tatabahasa bahasa melayu , perkataan lawan bagi perhatian adalah tidak memberi perhatian. Dari segi istilah yang tidak diiktiraf, tidak memberi perhatian akan berlaku pada seseorang yang melakukan perkerjaan dengan tidak menumpukan dua biji matanya pada pekerjaan yang sedang mereka usahakan, dengan erti kata lain panca indera peglihatannya tidak melihat kepada apa yang sedang di perbuat tetapi pada masa yang sama , mata itu melihat atau memerhati sesuatu yang luar dari pekerjaan yang sedang mereka lakukan.
Apa yang di maksudkan disini adalah ketika situasi tidak memberi perhatian berlaku sebenarnya seseorang itu juga sedang memberi perhatian, namun pemerhatian yang mereka lakukan adalah pada perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang mereka perlu lakukan.
Justeru itu pemahaman tentang perkara tidak memberi perhatian tidak boleh di tafsirkan berlaku sekiranya mereka tidak memberi penumpuan penglihatan tetapi perlu di jelaskan penumpuan peglihatan mereka di arahkan kepada perkara yang tidak mereka perlu perhatikan.
Pada sudut pemahaman yang lain, tidak memberi perhatian juga boleh berlaku berdasarkan singkronasi antara penglihatan, penumpuan minda dan anggota badan. Seseorang itu boleh dianggap tidak memberi perhatian kepada perkerjaan yang mereka sedang lakukan walaupun penglihatan mereka tidak beganjak pada perkara yang sedang di lakukan. Ini berlaku sekiranya tiada sigkronasi antara ketiga-tiga elemen yang di sebutkan sebelum ini. Perkara ini sering anda dapat lihat dalam pelbagai situasi di sekeliling pesekitaran anda secara sengaja mahupun tidak sengaja. Hatta secara individu mahupun berkelompok(berjemaah). Hatta pada orang lain ataupun diri anda sendiri.
Antara situasi yang boleh kita kongsikan di sini bersama:
Situasi yang selalu di alami oleh para pelajar tidak kiralah kanak-kanak mahupun remaja. Berada di dalam kelas, pembelajaran sedang berlaku, guru dihadapan, buku di atas meja, pelajar duduk tegap di atas kerusi, mata tertumpu ke arah guru yang mengajar. Kelihatan menelaah dengan penuh keazaman. Namun apabila di panggil atau di soal oleh guru, Pelajar yang tekun itu menjawap: Hah!! Apa dia Cikgu? Cikgu tanya apa? Boleh tolong ulang soalan.
"Nah tuu dia... mengelamun ke Yob! udoh sampey mane kamu teghobang?" jawap guru menyindir pelajar yang tidak memberi perhatian.
Situasi teka -teki dalam kereta berkemungkinan ini kisah benar, pemandu sedang memandu jauh membawa keluarga pergi beraya, banyak rumah yang telah di ziarah, lalu pemandu berasa keletihan, penumpang kelihatan bosan, lalu pemandu memikirkan idea untuk menceriakan suasana bagi menggelakan pemandu berasa mengantuk dan tertido semasa memandu kerana memandu memerlukan perhatian dari tubuh yang cergas . Lalu pemandu bertanya kepada penumpang" Antara Sekilo Kapas dan Sekilo Batu mana yang lebih berat? Penumpang dengan penuh yakin menjawap" Batu lah Yob! takkan itu pun x reti kapeh dengan batu, batu lagi berat''. Pemandu ketawa dan memberi jawapan, " Salah tu... mana ada yang lebih berat, sama- sama sekilo.. sama berat la"penumpang terpingga-pingga dan berfikir. tersenyum tersipu.. mengakui kesalahan jawapan yang diberi. Pemandu memberi pengajaran dari soalan yang diberi.. jangan anggap mudah pada sesuatu perkara setiap benda perlukan perhatian.
Situasi terakhir, seorang pemuda baru membeli kereta mewah keluaran syarikat pemotoran luar negara, kereta sports, teknologi terkini, edisi terhad, hanya ada dua pintu sisi, tempahan yang mengambil masa 7 bulan untuk sampai ke tanah air. Beliau sangat ghairah untuk memiliki kereta ini sejak melihat pelancaran model kereta terkini dari syarikat pemotoran berkenaan. Akhirnya hajat dan impian tertunai juga. Apabila di maklum melalui telepon akan ketibaan keretanya, beliau begitu tidak sabar untuk pergi melihat dan memandu kereta baru idaman...terus di terjah ditatap dengan penuh rasa gembira senyum lebar tidak terhingga. Masa untuk memandu sudah tiba akhirnya enjin di hidupkan.. pemanduan bermula dengan penuh bergaya. Tidak sampai di hujung pagar, Polis hadir memberhentikan kenderaan.. terkejut, lalu bertanya: Apa Cerita? Ada masalahka, encik polis... Polis dengan selamber menjawap memang ada masalah: Rumah hang dah hanguih.... dapuq hang meletop. Teringat pemuda sewaktu menjawap telepon dari syarikat kereta dan terus bergegas keluar mengambil kereta beliau sebenarnya sedang meperghangat kari kepala ikan di dapur, akibat terlalu ghairah dan teruja perhatian kepada makanan di dapur telah terlupa. Kini tiada lagi kepala ikan... yang ada kepala yang pening penuh dengan bebanan dan kesedihan.
Sesungguhnya, Islam lebih awal mengajar dan melatih individu muslim dalam perkara memberi perhatian dan penumpuan. Di dalam Solat yang dilakukan. Soal khusyuk amat dititik beratkan bagi menperoleh kesempurnaan solat dan kenikmatan ibadah. Solat Fardu lima waktu sehari semalam adalah diwajibkan bagi setiap individu muslim.
Justeru setiap muslim akan menjalani latihan penumpuan dan perhatian secara kosisten setiap hari. Seorang hamba menghadap Rabb Yang Maha Pencipta menyerahkan seluruh jiwa dan ruh bagi mengharap keredhoaan dariNya. Kesanya lahirlah individu-individu yang tenteram jiwa mereka dalam kehidupan.
Kisah salah seorang amirul mukminin –khulafa’ Arrasyiddin yang terkena tikaman susur panah pada tubuhnya menghalang daripada para sahabat dari merawatnya untuk menggeluarkan tikaman susur panah di tubuhnya melainkan dalam keadaan beliau sedang Solat. Kerana pada ketika itu penumpuan hidup dan matinya hanya pada Allah. Nyata sekali selesai sudah beliau solat beliau bertanya sudahkan susur panah di cabut dari tubuhnya. Kerana beliau tidak sedar, sedangkan susur itu sudah pun di cabut ketika beliau sedang solat.
Inilah salah satu bahagian dalam kehidupan yang perlu kita beri tumpuan. Tumpuan Seorang hamba pada Rabb yang menciptakannya. Yang menjadi Agenda utama setiap individu muslim. Hidup manusia penuh dengan pelbagai perkara yang perlukan perhatian, dari soal Negara, Masyarakat,Keluarga mahupun diri sendiri perlu di beri perhatian. Hal ini menuntut setiap insan memainkan peranan yang berkesan dalam memberi perhatian yang sewajarnya dalam setiap perkara dan urusan.
Begitulah beberapa situasi yang boleh kami dikongsikan bersama, apa pun bentuk situasi, cerita , benar atau pun rekaan.... apa yang perlu di fahami kepentingan seseorang individu memberi perhatian pada perkara yang sedang beliau kerjakan. Walupun pelbagai perkara dan tanggungjawap yang bertambun berturut-turutan. Perhatian perlu di beri sepenuhnya pada hal yang sedang di usahakan. Perkara yang akan datang dan akan di lakukan perlu di lenyapkan seketika dari kotak pemikiran.. beri penumpuan pada perkerjaan yang sedang dilakukan.
Berhati- hatilah dan beri perhatian kerana sekiranya tiada perhatian mungkin boleh mengundang kecelakaan dan kekecewaan.
Akhirkata , berusaha dan berilah penumpuan moga -moga Allah mengurniakan kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Insya’Allah
Sekian moga memperoleh manfaat
terima kasih atas penumpuan dan pemerhatian anda pada kami di KomunitiSerasi
0 komentar:
Post a Comment