Ramadhan 1431 Hijrah kini Diperhujungnya

>> Sunday, 5 September 2010

Bismillahirahmanirahimm..


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Uhibukumfillahi haban Jami'a

Alhamdulillah summa Alhamdulillah, pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah azzawajalla di atas kesempatan dan keupayaan yang dikurniakan kepada kita untuk kita kesekian kalinya menghirup dan merasai Rahmat kasih sayangNya pada kita di Bulan Pernuh Barakah bulan Ramadhan Al- Mubarak.

Peluang untuk hidup dan meneruskan amal ibadah sungguh amat bermakna kerana kita Yakin dan percaya akan ganjaran dan tawaran yang Allah berikan kepada setiap hambaNya yang melakukan kebajikan dan amal ibadat pada bulan ini tidak dapat diperolehi oleh kita pada 11 bulan mendatang selepas dari Ramadhan ini.

Tiba detik menjejakan diri di bulan Mulia ini, lubuk hati manusia tersentak dari panggilan selawat dan salam kepada Banginda S.A.W tatkala bilal menyeru memanggil memuji Banginda sewaktu Solat Terawikh. Syaitan mula dirantai selama sebulan, Pintu syurga Di bukakan dan Pintu Neraka Ditutup serapat-rapatnya. Dan Pintu Syuraga Ar-Rayyan menanti- nanti ahlinya mengumpul pahala puasa mereka untuk melayakan mereka melangkah masuk ke Syurga melalui pintu itu.

Alhamdulillah Ramadhan yang kita lalui penuh dengan usaha pengisian amalan dan kerja buat sesempurna mungkin mencontohi seperti mana yang dilakukan oleh Baginda dan para sahabat.

Ada pun di situ masih ada ruang lopong yang gagal diisi dengan sebaiknya akibat rantaian nafsu yang masih kuat meninggalkan bekas di dalam diri manusia. Ini lah yang mengusarkan fikiran manusia di saat Ramadhan semakin melabuhkan tirainya pada tahun 1431 H ini.

Istiqomah Adalah satu perkataan yang cukup baik untuk kita selalu perkatakan dan tanamkan di dalam setiap tetamu Ramadhan.

Inilah ujian yang Sangat Sukar sekali untuk terus di pikul oleh mereka yang telah melalui pengisian Ramadhan. Didikan bangun malam dan bsahur, menjaga fikiran tuturkata, penglihatan, pendengaran dan anggota badan yang meluruskan diri. Asuhan bersedekah, bertadarus, bersolat berjemaah melakukan amalan sunat yang menyucikan dan membina peribadi. Semuanya ini akan terhenti sekiranya momentum arus gelombang Ramadhan tidak diniatkan untuk dikekalkan mendepani Bulan -bulan yang kemarau daripada memperoleh ganjaran pahala seperti Ramadhan.


Justeru di saat Ramadhan di penghujungnya ini marilah kita merafaqkan Doa bermunajat kepadaNya agar dikurniaakan Hati yang suci bersih untuk terus ikhlas dan Istiqomah melakukan segala amal kebaikan sepanjang Ramadhan ini. Mohon agar Allah mengurniakan kekuatan dan perlindungan bagi mendepani hasutan Syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan diri.

Moga -Moga Allah terima segala amal ibadat yang kita usahakan di Ramadhan ini dan Mohon Allah mengurniakan peluang Ramadhan lagi di hayat usia ini bagi kita memperbaiki segala kelemahan kita di Kesempatan Ramadhan 1431 H ini.

Mudah-mudahan peringatan ini bermanfaat bagi orang-orang mukmin.

Insya'Allah.

Salam Ramdhan 1431 Hijrah.

Ramadhan Misi Diteruskan, Kemenangan Semakin Hampir.

26 Ramadhan 1431 Hijrah



0 komentar:

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP