Ramadhan Di Gaza

>> Wednesday 13 October 2010


Bismillahirahmanirahim...

Uhibukumfillah hi Habban Jami'a

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana memberi kekuatan untuk menulis bagi berkongsi sedikit catatan pengalaman sewaktu berada di Ardhu Jihad wa Ribath GHOZAH Falastin.

Maaf, kerana terlalu lama membuat anda menunggu -nunggu perkongsian setelah kepulangan ketanah air.

Adapun sebilangan daripada sahabat telah pun mendengar dan mengetahui mengenai Misi ini, suka sekali lagi untuk di kongsikan bersama agar keperihatinan kita terhadap Bumi bertuah ini terus menerus subur membajai jiwa dan naluri kita sehingga kita bertemu dengan kemenangan yang telah Allah janjikan.


Alhamdulillah, pertama sekali rasa syukur tidak terhingga sehingga kini kepada Allah yang Esa kerana telah memilih diri yang kerdil lagi hina ini untuk menyertai Misi mulia ini. Perasaan pada peringkat awal seakan-akan tidak percaya dan terduga untuk pergi bertemu dengan saudara-saudara seaqidah yang sekian lama dihimpit dan dipijak oleh puak Zionis yahudi laknatullah.
Terbayang-bayang kesengsaraan dan keperitan hidup yang mereka alami. Jiwa dan perasaan manusia manakah yang tidak memendam geram dan kemarahan terhadap tindakan tidak berperi kemanusiaan yang dilakukan terhadap umat Falastin. Isu yang telah telampau lama dan terlajak lama menimpa umat ISLAM, dengan peristiwa Deir Yassin, Shabra Shatila telah ratusan ribu nyawa disembelih sewenang-wenangnya, seolah-olah jiwa dan nyawa umat ISLAM tidak berharga. Justeru perasaan terpanggil-panggil untuk memberi sedaya mungkin bantuan dan sokongan kepada umat Falastin, lebih-lebih lagi untuk pergi dan bersama mereka merasai keperitan yang sekian lama telah mereka rasai.


Arahan awal yang diterima dari ketua kabilah MISI ini, adalah untuk memantapkan pengisian ruhiyah setiap peserta. Arahan diberi agar jangan sekali-kali bermula dari hari ini (hari pemakluman peserta yang terpilih) setiap peserta terlepas dari mengerjakan qiamulaill, agar misi ini benar -benar mendapat Nasrah dari Allah sehingga kembali ke tanah Air. Alhamdulillah dengan kudrat dan hidayah dari Allah ternyata kesemua peserta berjaya berusaha melaksanakan arahan.

Hari pertama mula bertolak memulakan perjalanan musafir, ramai yang hadir mengiringi pelepasan penerbangan dengan iringan doa dan nasihat. Perjalanan transit selama 4 jam di Queen Alia International Airport di Jordan. Di sini kami ditakdirkan berkenalan dengan seorang warga Jordan bernama Aleesa yang merupakan seorang Guru. Beliau tertarik dengan Misi ini, dan berkongsi permasalahan yang di alami oleh negara-negara Arab mengenai Isu Falastin. kata Aleesa mereka bukan hanya tidak boleh terlibat dengan apa-apa misi bantuan ke Gaza malahan untuk sekadar berfikir sahaja tentang ISU palestin mereka akan dikenakan tindakan oleh pihak kerajaan, mendengar perkongsian ini ternyata negara-negara Islam yang berada di sekeliling Falastin berada di bawah telunjuk Israel. Bahkan lebih awal dari apa yang diceritakan oleh Aleesa sewaktu Misi ini ingin mendapatkan kebenaran dari kerajaan Mesir untuk masuk ke Gaza melalui pintu Rafah. Mereka menyenaraikan syarat-syarat dan antara syarat yang di letakan adalah untuk masuk ke Ghozah Misi ini mesti mendapat kebenaran dari Israel. Ini adaalah situasi yang sebenarnya yang di hadapi dalam mendepani usaha pembebasan Falastin.

Waktu 10 pagi di cairo kami tiba di Cairo International Airport dan di sambut oleh kedutaan malaysia di Mesir dan di bawa berehat. Sesi pertemuan dengan pihak kedutaan di manfaat sepenuhnya bagi memastikan perjalanan Misi ini bergerak dengan lancar. Solat berjemaah sentiasa diutamakan, sesi pengisian tazkirah dari alim ulama' cukup membekas di hati. Setiap peserta sering kali di tekankan untuk senantiasa mengikhlaskan niat kerana di sana ada seribu kemungkinan yang bakal kami tempuhi, sama ada hidup atau pun mati ..apalah ertinya setelah bermusafir beribu-ribu kilometer, memerah keringat dan tenaga akhirnya segala pelaburan dan usaha tidak diterima Allah akibat dari memiliki hati yang tidak ihklas. Maka kami digesa untuk mengikis segala karat-karat di hati agar hati yang dibawa benar-benar suci. Tidak kira Sama ada kami berjaya masuk ke Ghozah atau pun tidak, biarlah Allah yang tentukan. Namun untuk berusaha memiliki hati yang ikhlas kita itu adalah satu kewajipan.

Hari ketiga, jam 10 pagi bertolak ke Arish, Misi menuju ke Rafah. Perjalanan kira-kira 600 km. Segala kelengkapan di pastikan cukup dan persediaan rapi dilakukan. Maka kabilah ini memulakan perjalanan, Ternyata dugaan dan cabaran telah di janjikan Allah untuk kami. kami bakal berdepan dengan kira-kira 18 check point. Setiap check point, passport akan di ambil dan di pastikan kemana pegerakan kabilah ini menghala. Alhamdulillah 3 checkpoint pertama di hadapi dengan tenang, namun setelah dari itu mulalah tekanan di berikan di Beluza kabilah di tahan selama sejam, semua passport di ambil,dalam keadaan panas kira-kira 40 darjah Celcius tiada sebarang arahan yang kami terima sama di benarkan untuk meneruskan perjalanan atau terpaksa berpatah balik. Pada mulanya kami rasakan kemungkinan besar kami akan berpatah balik, tetapi Akhirnya alhamdulillah kami di beri arahan oleh ketua kabilah untuk bersiap meneruskan perjalanan. Namun begitu perjalan ini di iringi dengan pengawasan dari Pihak Polis Mesir sehinggalah tiba di Arish. Misi hari ini gagal untuk masuk keRafah dan berhenti di Arish antara pada jam 5 hingga 6 petang.

Hari Kempat kami bersiap dengan perancangan kumpulan dan Misi Bantuan, persiapan diri dari segi fizikal dan mental dipastikan, terutama sekali menghadapi cuaca yang agak panas. Ruh jihad semakin pantas berderu mula menyelubungi meresap. Safety Drilling menghadapi serangan Israel sentiasa di praktikan. Minda dan fizikal peserta di asak dengan latihan aturan keselamatan. Pada setiap saat dan keadaan kami di uji. Sehinggalah semua pegerakan keselamatan menjadi sebati. Setelah penat menjalani latihan dan perancangan setiap peserta di benarkan berehat dan bersiap untuk berqiamulial.Malam ini adalah malam terakhir kami dapat berqiamulail bersama sebelum memasuki Ghozah. Selepas ini , apa nasib diri di Ghozah hanya Allah yang Maha mengtahui. Barangkali ini adalah pertemuan terakhir kami, justeru setiap peserta saling berpelukan dan bermaafan. air mata bercucuran dengan saling doa mendoakan. Ini adalah nikmat ukhuwwah yang Allah kurniakan pada setiap peserta.

Hari kelima, hari pelepasan oleh pihak kedutaan M'sia di Mesir. Di maklumkan pihak kedutaan telah bersiap dengan plan evacuation 24 jam. Jika berlaku sebarang kemungkinan arahan dari kedutaan Misi ini akan di keluarkan sesegera mungkin dari Ghozah. Udara Romadhon mula harum mewangi mengiringi perjalan untuk masuk ke Ghozah, Insya'Allah kami di maklumkan malam ini kami akan mula menghirup udara Romadhan di BuMi Ghozah. hati bedebar-debar menyambut Romadhon di Ghozah.

40 km dari Arish, kami tiba di sempadanan Rafah, di maklumkan setelah Syahidnya 9 orang Mujaheed Freedom Flotila Mavi Mavara sempadan ini serta merta di buka. dan sehingga pada tarikh kami tiba di Rafah difahamkan seramai 56 000 warga Ghozah telah keluar masuk melalui pintu Rafah. Sempadan ini dipisahkan dengan tembok setinggi 12 meter dari tanah dan sedalam 22 meter kedalam tanah. Setelah sejam di situ barulah kami dapat masuk ke Hudud Dauli bagi menguruskan peyemakan imigrasi, stage pertama adalah item verification, stage kedua imigrasion dan ketiga final check point pembayaran urusan imigrasi. Setelah hampir tiga jam berada di Hudud Dauli baru lah kami dapat melepasi persempadanan Mesir untuk masuk ke Ghozah, di beritakan itu adalah masa yang baik dan cepat kerana ada rakyat Ghozah terpaksa menunggu beberapa hari dan sehingga ada yang seminggu untuk mendapat kebenaran masuk Ke Ghozah begitulah halangan yang di beri oleh Mesir kepada Rakyat Falastin di Ghozah.


kira-kira Jam 1.45 petang Alhamdulillah kami berjaya menjejakan kaki di Ghozah, ramai yang tidak percaya Allah mentakdirkan diri untuk berada di Bumi Jihad ini. Laungan takbir berkumandang mesyukuri nikmat untuk masuk ke Ghozah, ada yang tidak dapat menahan air dari mengalir setelah menyembah bumi untuk bersujud syukur pada Allah. Kami di sambut dengan pelukan saudara seaqidah di Ghozah, kehangatan ukhuwwaah ternyata terasa meskipun diri tidak pernah mengenali diri mereka. Nyata ini mesti menjadi satu detik yang tidak akan di lupakan oleh setiap peserta. Ucapan aluan di berikan oleh kerajaan HAMAS kepada kabilah ini, kehadiran kami di raikan oleh mereka dengan hati yang gembira dan semangat mereka semakin bertambah untk terus mempertahankan bumi ini dan mereka tidak akan sekali-kali meninggaklkan bumi ini walau seinchi pun. Ucapan balas di berikan oleh ketua Misi menegaskan MISi ini adalah misi rakyat M'sia. misi ini membawa hasrat umat ISLAM dari negara yang jauh di nusantara. Tidak cukup untuk kami sekadar mengirimkan doa dan bantuan dari jauh, tidak cukup hanya kami berdemostrasi membantah kekejaman yang dilakukan Israel, kami hadir di sini untuk menyatakan kami bersama Palestin. Tidak sama seorang anak mengirimkan wang kepada ibu di kampung dengan anak yang pulang untuk bertemu dengan ibunya dan memberikan wang. walaupun kita jauh namun kita di ikat dengan Aqidah yang kuat. Kita adalah saudara Se ISlam.


Hari- hari di Falastin,

Menjadi tetamu kerajaan Hamas- Hari pertama di palestin, perjalanan menuju ke tempat peginapan di Commodore Hotel, Gaza city, melalui beberapa bandar2 utama di Ghozah, antaranya; Rafah, Khan Yunus, Dir bilair, Gaza City dan jabaliyah. Sepanjang perjalanan kami di beri maklumat dan penerangan mengenai palestin oleh saudara Abu Hassan (teman kepada Pedana menteri Ismail Haniyeh sewaktu di penjara oleh pihak Israel). Jumlah penduduk di Ghozah ketika ini adalah 1.8 juta orang penduduk. daripada jumlah itu 1 juta adalah penduduk tetap Ghozah dan 800 ribu adalah pelarian yang terbahagi kepada 8 buah kem pelarian. Sewaktu melihat suasana di sekiling di Rafah banyak kelihatan bendera Hamas bekibar di setiap rumah dan bangunan. Poster2 Syuhada memenuhi ruang2 dinding di bangunan, dinding2 rumah dan bangunan di tulis dengan perkataan2 jihad dan lukisan-lukisan. Salah satu perkataan yang menarik minat adalah perkataan : Al-Quran adalah peluru-peluru yang membebaskan bumi Falastin, dan pelbagai perkataan yang membangkitkan ruh jihad. Sepanjang perjalanan, sememangnya banyak bangunan yang menunjukan kesan serangan dan bom oleh Israel sememangnya tidak terkira jumlah bangunan yang terkena serangan samada ada kecil atau pun yang besar. Namun apa yang mengejutkan banyak tapak2 bangunan runtuhan mula dibina semula sungguhpun di serang teruk oleh Israel. mereka tetap tinggal di tempat yang sama dengan menbina semula rumah dan bangunan mengunakan bahan binaan yang dikitar semula. bagunan-bangunan yang hancur akan di hantar ke pusat memproses bahan binaan untuk di hancurkan dan seterusnya menghasilkan bahan binaan yang baru. menhampiri bandar gazah city, keadaan semakin sesak dengan kenderaan bermotor ataupun kenderaan menggunakan tenaga binatang. pemBangunan di Gaza City agak maju dengan kelihatan pusat-pusat perkhidmatan awam seperti hospital, sekolah, bank , universiti dan lain2. Namun kelihatan juga bagunan-bangunan awam yang rosak teruk akibat serangan bom Israel.

Setelah ditiba di Hotel, mengusruskan hal penginapan kami diberi taklimat tentang perjalanan sepanjang berada di Ghozah, segala aturan dan perancangan perjalan adalah tertakhluk kepada wakil Hamas yang menjaga kami. Kira-kira jam 5 petang kami di bawa melihat sekitar kawasan Gaza City yang di serang teruk. Antaranya ilah tiga buah kementerian yang di bom 3 hari berturut-turut. bagunan parlimen, perumahan penduduk, penjara, kompleks makamah hopital dan masjid. kesemua kemusnahan yang berlaku hasil serangan kejam Israel sepanjang 22 hari bermula di penghujung 2008 sehingga awal januari 2009..

Menjelang maghrib, kami terlebih dahulu singgah di kawasan di Mana Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin sewaktu beliau di bunuh dengan peluru berpandu oleh jentera Appache.. di maklumkan hampir 5 orang terkorban akibat serangan yang kejam itu. Suasana saat berada di situ bertukar sedih seketika menggenagkan syahidnya seorang Murrabi dan mujahidd yang Istiqomah memerjuangkan Islam sehingga akhir hayatnya. Selesai sahaja, kami beredar ke Masjid Abdullah Azam untuk Solat berjemaah disana. Layanan baik diberikan oleh masyarakat sekitar, apa yang menarik dan menggagumkan suasana di masjid di penuhi oleh anak-anak Muda dan kanak- kanak. Masjid menjadi tempat bermain dan berlari pada anak-nak kecil. Di maklumkan 70 % dari keseluruhan penduduk Falastin adalah remaja yang berusia 18 tahun kebawah dengan 60% adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Kami disambut dengan penuh rasa gembira lebih-lebih lagi bermulanya kami menyambut Romadhon 1431 H di Ghozah. Romadhon Kareem.. Allahu akram. Sambil menyantuni rakyatnya yang mengalu-alukan kedatangan kami sedikit buah tangan di hulurkan kepada anak-anak kecil. Terukir senyuman dan keceriaan di wajah anak-anak bertuah ini.

Senja semakin di selubungi dengan kegelapan malam, lebih -lebih lagi Ghozah mengalami pencatuan peggunaan elektrik 8 jam Sehari. hanya segelintir kawasan yang bercahaya dan berlampu. Namun jalan raya tetap sesak dengan masyarakat yang mula berpusu ke Masjid. Alhamdulillah hari pertama kami bersolat terawikh di Masjid Al-Umari, Masjid yang tertua di Ghozah, berusia 1500 tahun masjid ini dahulunya adalah merupakan sebuah gereja tetapi bertukar menjadi Masjid setelah Hadirnya Sollahudin Al-Ayubi memerintah Falastin. Walaupun masjid ini masih mengalami beberapa masalah dan kekurangan, tetapi Seperti mana keadaan yang sebelumnya masjid ini juga dpenuhi oleh anak-anak.suasana agak berlainan sedikit kerana masjid ketika kami hadir kelihatan anak-anak kecil ini sedang berada dalam halaqah, meghafal Al-quran dalam keadaan berpakaian T-shirt dan seluar yang melepasi paras lutut di awasi oleh tenaga pengajar muda yang berusia awal 20an. Di maklumkan Di Ghozah dalam masa setahun mereka menghasilkan 25000 para hufaz. dan apa yang mengejutkan mereka cuma mengambil tempoh masa 2 bulan bagi menghafal 30 juzuk Al-Quran. Subhanallah inilah wajah pentarbiyah di Ghozah. Solat terakwikh pertama kami laksanakn dengan penuh kesyahduan, kelunakan suara imam yang mengalun ayat-ayat suci al-quran sangat menyentuh kalbu, selesai 4 rakaat pertama terakwikh di adakan sesi tazkirah sebelum menyudahkan 4 rakaat yang berbaki. Suasana Ilmiah dan peringatan hidup subur di Falastin. Selesai solat kami pulang ke Hotel untuk berehat.

Keesokan pagi kami memulakan perjalanan, melawat kawasan-kawasan di sekitar kem pelarian. suansana panas nyata menguji hari pertama berpuasa di ghozah. kami di bawa meninjau di sekitar utara Ghozah, kawasan jabaliyah di mana Israel pernah menbunuh tenteranya sendiri kerana tenteranya di Tawan oleh Pejuang Hamas. Serangan itu turut mengorbankan mujahid Hamas. Keluasan Ghozah adalah kira-kira 360 kmpersegi. hanya besar sedikit jika ingin di bandingkan Negeri Perlis yang berkeluasan kira-kira 320 km persegi. Mereka Di sekat bukan sahaja di darat malah di laut dan di udara. Lapangan terbang di Bom dan di musnahkan, Nelayan hanya boleh bergerak 3 nautika dari dari darat di katakan kira-kira 2 km dari pesisiran pantai. sekiranya lebih dari had yang di tetapkan Israel mereka akan si serang dan di bunuh. Melewati di sekitr pantai Ghozah yang mendepani Laut Mediterinan terdapat banyak rumah bangunan yang musnah di bom oleh Israel. Antaranya adalah bangunan American International School. Namun itu tidak cukup mengejutkan kami, apabila di bawa melewati kawasan yang di penuhi basikal yang membawa tong, Yang mana tong -tong itu berisi najis untuk di kumpulkan di pusat operasi Beach Sanitation Office. Di situlah segal sisa-sisa kumbahan di bawa dan di kumpulkan dan di singkirkan ke laut. Ini berlaku kerana malasah bekalan elektrik yang tidak mencukupi di Ghozah. Setiap sistem operasi pembentungan gagal berfungsi setelah bekalan elektrik terpaksa di catu dan di bekalkan kepada pusat-pusat kesihatan yang lebih memerlukan bagi menyelamatkan nyawa. juga akibat daripada tiadanya kerja pembaikan dan peyelengaraan pada sistem menyebabkan banyak sistem pembentungan yang rosak. Semua ini tidak dapat di baiki kerana segala bekalan bantuan yang ingin masuk ke Ghozah di sekat oleh Israel sejak tahun 2006 sewaktu Hamas memenangi pilihanraya umum Falastin. Barulah kami sedar bahawasanya hotel yang kami duduki juga mengalami sistem pengurusan pembentungan yang sama. Tidak cukup dengan itu sistem bekalan air juga terganggu, juga turut berpunca daripada kekurangan bekalan elektrik setelah plant janakuasa elektrik di Bom oleh Israel. Air di Gaza adalah air yang berpunca dari bawah tanah dan air yang di ambil dari laut. Menuruti satu persatu perjalanan kami meyelami keperitan dan kepayahan perjuangan rakyat Falastin di Ghozah. Setelah sekian lama mereka di nafikan hak sebagai manusia tetapi mereka tetap bertahan dan meneruskan perjuangan pembebasan bagi mengembalikan kemuliaan pemerintahan Islam dan menghancurkan kekufaran Yahudi terlaknat.

Kira-kira jam dua petang kami di bawa untuk bertemu dengan barisan pemerintah menteri-menteri Hamas Di Ghozah. Disitulah kami di temukan dengan wajah-wajah mulia suci dan bersih barisan pimpinan Hamas yang mentakbir Kerajaan di Ghozah. Ucapan aluan diberikan kami diperkenalkan satu-persatu pimpinan kerajaan Hamas. Rasa kagum apabila dapat bersalaman dan berpelukan dengan batang tubuh insan-insan perjuang-pejuang Islam. Lebih-lebih lagi bersalaman dengan Pedana Menteri Yang Cukup Mesra dan tenang Ismael Haniyeh yang sentiasa mengukir senyuman dan berbau harum. rata-rata kesemua peserta memperkatakan perkara yang sama. Suasana menjadi lebih menganggumkan apabila Pedana Ismael Haniyeh memulakan Ucapan. Antara pesanan-pesanan yang masih tersimpan di kotak memori ini adalah, Pedana Menteri Ismail haniyeh menyatakan tentang perasaan gembira beliau meyambut kami, lebih-lebih lagi pada kedatangan kami ini adalah kedatang di awal Romadhon, bulan ukhuwwah bulan jihad bulan yang menyatukan seluruh umat Islam di dunia. Kata Beliau, kerajaan Hamas adalah kerajaan yang terbentuk hasil dari proses demokrasi yang di pilih oleh rakyat. " Kami adalaha kerajaan pilihan Rakyat". Kami menentang Israel kerana mereka adalah pendatang dan penjajah yang merampas hak kami dan mencemarkan kemuliaan Masjid Al-Aqsa. Maka penentangan Terhadap Israel tidak akan berhenti. Kami akan tetap berada di Ghozah bersama-sama rakyat kami sehingga kami menang atau pun Syahid di sini, dan kami tidak akan berundur. Kami mengharamkankan untuk mana-mana individu untuk melawat masjidil Aqsa melalui pintu Israel. Ini secara tidak langsung mengiktiraf kerajaan Haram Israel. Demikianlah antara beberapa kata-kata yang masih lagi berbekas di ingatan. ternyata rata-rata peserta teramat teruja dengan pesanan dan petermuan ini. "we are extremly inspired''. kami meninggalkan pejabat rasmi pedana menteri Falastin dengan di beri cenderahati yang di sampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Ismael Haniyeh. Perlukan dan kalungan yang mebuak-buakan hati. Ini adalah sebahagian dari kenangan yang kami tidak dapat lupakan.


Menjelang waktu berbuka kami di bawa ke kawasan bernama Muhararah- iaini antara kawasan yang di bebaskan dari jajahan Israel. Disini pendatang yahudi di halau keluar tanpa menumpahkan darah mereka. kemuliaan Islam tetap di pelihara oleh saf mujahiddin Hamas. Kami berkumpul bersama-sama lebih 15 buah negara yang turut hadir bersama di Ghozah antaranya, Scotland, South afrika, England, Ireland, Bahrain, turki dan beberapa wakil dari negara lain. Suasana mesra berlangsung dengan ceria, berkenal-kenalan bersama dengan setiap delegasi asing turut serta. Ini adalah bentuk penyatuan Dunia yang menunjukan bibit-bibit kembalinya kegemilangan Islam menuju Ustaziyatul Alam. Selesai malam itu kami pulang untuk berehat.


Hari ketiga perjalanan masih di teruskan di sekitar kem pelarian dan pusat-pusat kegiatan masyarakat, seperti badan -badan NGO dan pusat kesihatan. Antara orginasi yang kami lawati adalah di pejabat Muslims Girls Society, Arrahmah Jamiiah, Khan Yunus Mayor Office, Elwafa Rehab. Hospital dan beberapa tempat yang lain, Di semua tempat ini kami mengumpul maklumat berkaitan keperluan dan bantuan yang amat di perlukan oleh setiap organisasi. Bantuan sememangnya amat di perlukan bagi melancarkan operasi setiap organisasi, sebagai contoh di Ghozah kebanyakan tenaga pembantu di Hospital adalah tenaga tidak terlatih dan tidak menerima bayaran gaji. Mereka adalah sukarelawan yang menginfakan tenaga sedaya mungkin untuk membantu pesakit di hopital. keperluan peralatan di hospital juga turut tidak mencukupi Justeru setiap sesi lawatan segala persoalan di kemukan dan maklumat di kumpul untuk di bawa pulang. Hasil lawatan ini beberapa kerjasama persetujuan temetrai bagi mengusahakan bantuan kepada rakyat Ghoza. Antaranya ialah pembinaan Hospital pediatrik, pembinaan taman rehiblisasi kanak-kanak, pembinaan jalan raya, dan penubuhan pusat latihan pembantu perubatan dan kesihatn. Ini adalah kerjasama yang di persetujui untuk di usahakan bagi membantu memperbaiki permasalahan di Ghozah. Selesai dari dari lawatan kami berbuka puasa di Kem pelarian Khan Yunus setelah memberi sedikit bantuan makanan di sekitar kawasan pelarian.

hari keempat hari terakhir kami menjalankan kerja-kerja bantuan dan kerjasama di Ghozah, Sawal pagi kami bergegas ke majlis perasmian perletakan batu Asas pembinaan Hospital pediatrik Di Gaza City. Majlis mendapat liputan media di Falastin. Majlis di Rasmikan oleh menteri kesihantan belia dan sukan Falastin. Suasana yang meriah dan membawa amanah yang besar kepada ketua kabilah yang menyampaikan ucapan. kesemua peserta juga turut merasai amanah yang di pikul untuk di bawa pulang. Selesai majlis kami bergerak ke Masjid Hasyim untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat. Di sana ketua kabilah di beri peluang untuk berucap dan menyatakan kekaguman kami terhadap perjuangan umat Islam Falastin. Di Falastin ssesorang itu di lihat berkerja sebagai, doktor, peguam, guru,pelajar, perniaga dan nelayan di siang hari tetapi di malam hari mereka adalah mujahiddin yang menjaga sempadan dari serangan Israel. Mujahiddin dilegkapi persenjataan yang dibeli dengan wang sendiri. Tiada sebarang balasan duniawi yang di tagih hanya yang di ingini adalah Syahid Di Jalan Allah. Selesai solat jumaat pertemuan dengan kementerian wakaf diadakan. Kami di beri maklumat mengenai perancangan pembanguna Islam Di Ghozah , sama ada secara fizikal mahupun aktiviti-aktiviti ilmiah.Di Ghozah pengajian agama adalah percuma, lebih 3000 peceramah di sediakan di setiap sekolah, hospital, penjara dan beberapa jabatan kerajaan. Program- Hufaz turut di jalankan di beberapa pusat kerajaan, turut terlibat sama adalah banduan penjara. dari tahun kesetahun peningkatan jumlah para hufaz semkin bertambah. terdapat lebih 167 masjid yang di Bina di Ghozah, akbat dari serangan Israel, 32 masjid musnah dan hncur teruk 80 separuh rosak dan masih di gunakan. Kami juga turut berkesempatan melawat salah sebuah masjid yang di Bom oleh Israel di situ masih terdapat serpihan misil peluru berpandu yang mencatat nama USA. Jumlah dana yang amat besar di perlukan bagi membina semual masjid-masjid yang di musnahkan oleh Israel ini. Turut di sediakan aktiviti-aktiviti latihan kemahiran kepada ibu-ibu dan isteri-isteri para syuhada bagi menampung kehidupan mereka.

Menjelang Berbuka puasa, kami ke selatan Ghozah di Rafah melawat pelajar tahfiz di Darul Qurran dan Sunnah yang merupakan sebuah masjid yang menjalankan aktiviti pengajian menghafal Al-quran.Sungguh pun masjid ini juga turuk rosak teruk akibat di serang dengan bom seberat 6000 kg. Aktiviti pengajian Hufaz tetap di jalankan. kelunakan alunan bacaan al-quran dan kelancaran hafalan yang di tunjukan oleh salah seorang pelajar di situ amat membungakan hati. Sungguh mengasyikkan dan mententeramkan walaupun keadaan di sekeliling amat daif dan tidak mengambarkan keselesaan untuk suasan pengajian dan penghafalan. Inilah antara punca dan tunjang kekuatan umat Islam di Ghozah. Tambahan pula apabila di bawa melihat kawasan terowong bawa tanah. terowong yang digunakan untuk membawa bekalan bangunan makanan dan sumber perubatan masuk ke Ghozah. terowong sedalam 22 meter menembusi kawasan pesempadanan mesir. di katakan lebih 1000 terowong telah disiapkan hasil usaha sinag dan malam para pemuda palestin yang tidak henti-henti mengali sungguhpun tindakan itu membahayakan nyawa dan kesihatan mereka.

Selesai berbuka kami di aturkan untuk solat terawikh bersama Pedana Menteri Ismael Haniyeh. sewaktu tiba, kami agak lewat dan ketinggalan untuk mengikuti solat terakwih bersama. Namun kami bergegas segera untuk solat bersama, kemerduan bacaan imam nyata mengamit hati untuk khusyuk dalam solat. Setelah selesai solat terakwih amat lah terkejut dan memeranjatkan apabila yang mengimamkan solat adalah pedana menteri Ismael Haniyeh, kemerduan suara beliau cukup mengangumkan, di fahamkan beliau juga seorang hufaz dan megusai 7 jenis Ilmu Qiraat. dan rata -rata pimpinan hamas adalah para hufaz. kehadiran kami di sitiu sambut dengan laungan takbir. Para jemaah meraikan kahadiran kami, semangat dan sahutan jemaah yang hadir meniup semangat ruh jihad kepada tetamu. Sejurus itu kami di bawa ke kediaman pedana menteri, amat memeranjatkan kediaman pedana menteri adalah di dalam kawasan kem pelarian. Tiada sekelumit seri perdana di kediaman Ismael Haniyeh. Malah setiap pimpinan Hamas juga di arah kekal untuk tetap berada di kediaman asal mereka. Sungguhpun rata-rata kesemuapimpinan kerajaan adalah golongan cendiakawan yang memiliki tahap pengajian tertinggi PHD. namun gaya kehidupan mereka adalah seperti rakyat biasa dan zuhud. Di tangan mereka sentiasa bersama tasbih. yang kerap di petik oleh jari jemari. Quran berada di dalam Poket baju. Inilah akhlak para pejuang yang tetap teguh mempertahankan Islam. Kami di maklumkan di kem pelarian itlah 25 tahun dahulu tertubuhnya Hamas dan di situ jugalah Asyahid Syeikh Amat Yassin dan Asyahid Abdul Rantisi di Lahirkan.


Malam terakhir di Ghozah berakhir dengan penuh makna. Wajah-wajah mulia para pimpinan Hamas menutup tirai malam terakhir kami di Bumi Jihad wa Ribath. Seeokannya kami bersiap pulang untuk meninggalkan Ghozah, bibit kesedihan mula terpancar dar setiap peserta sewaktu menutup pintu bilik meninggalkan Hotel. Suasana hiba sewaktu berada Di sempadan. Sungguh pun hanya seketika namun pengalaman dan detik saat yang di lalui di Ghozah amat meninggalkan kesan. Linangan air mata menbasahi pipi sewaktu berpelukan dan bersalaman dengan sahabt-sahabat d Gozah. Antara perkataan yang mereka ucapkan oleh mereka "I do not know wheter i can see u again or not. Please pray for us, without u we are nothing. ". Ini adalah perkataan yang amat menghibakan kami. Kami meninggalkan GHozah dengan amanah dan tanggungjawap. Semoga segala usaha kami di sini deterima Allah.

Begitulah sedikit catatan yang dapat di kongsikan bersama, di harapkan perkongsian pengalaman ini mampu mewujud titik tolak perubahan di dalam hidup kita ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya tiada apa yang ingin dibanggakan dari perkongsian ini, melainkan rasa kecil dan rendah diri untuk di bandingkan apa yang dilakukan oleh umat Islam di Falastin. Ruh jihad mereka ternyata subur dan membara mekar di dalam setiap tubuh para pejuang. Inilah yang harus kita teladani bagi mendapani halangan-halangan penjuangan yang mendatang. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca.

Sekian. Wallahu'alam

Ramadhan di Gaza
Misi di teruskan kemenangan Semakin Hampir

Read more...

Prevention is Better Than Cure

>> Tuesday 5 October 2010






Bermula dengan pendedahan oleh menteri di jabatan pedana menteri mengenai status terkini jumlah kelahiran bayi luar nikah yang direkodkan tanpa nama bapa bermula dari tahun 2000 sehingga akhir 2008 di jabatan pendaftaran negara, angka bayi yang tidak berdosa akibat perbuatan manusia yang menunjangkan nafsu sarakah semata amat mengoncangkan kerisauan masyarakat negara.Tambahan pula jumlah yang direkodkan ini juga tidak termasuk kelahiran yang tidak di rekod seperti kes pembuangan bayi , penguguran dan kes penzinaan yang tidak mendatangkan kelahiran. Inilah wabak yang melanda masyarakat yang semakin hari bertambah parah.Lebih-lebih lagi daripada jumlah kelahiran sebanyak 257,000.. umat Islam adalah Juara yang melahirkan anak hasil daripada perbuatan zina berbanding dengan penganut agama lain.

Permasalahan yang timbul ini meyebabkan masyarakat mula bertanya apakah Islam tidak mempunyai cara penyelesaian atau kaedah yang dapat memungkinkan daripada pekara ini terus bermaharajalela menjadi barah dalam masyarakat di Malaysia. Islam yang suci mula dipalitkan dengan penganutnya seolah-olah tidak mampu melahirkan manusia yang berakhlak.

Sesungguhnya permasalahan yang timbul disini bukan datang dari kekurangan Islam. Ternyata Islam yang di turunkan Allah kepada Rasulullah S.A.W , adalah Islam yang syumul, sempurna ajaran dan perananya. Tiada sebarang cacat cela yang terkandung dalam ajaran Islam. Justeru Islam tidak boleh di dipersoalkan kesumpurnaanya.

Apa yang perlu di persoalkan disini adalah sejauh mana umat ISLAM melaksanakan apa yang terkandung dalam ajaran ISLAM. Sudahkah ISLAM di aplikasikan sebagai cara hidup umat mansusia. Jika sudah, sesempurna manakah Umat Islam melaksanakanya dan sejauh manakah usaha umat Islam berusaha untuk melaksanakan Islam yang sumpurna dalam kehidupan mereka khususnya pada setiap umatnya dan lebih-lebih lagi pemerintah yang mengakui pemerintahan ini adalah pemerintahan negara Islam.


Meneliti punca gejala maksiat ini berlaku ,Semua persoalan ini sebenarnya sudah pun terjawap, ternyata akibat lahirnya individu-individu muslim yang tidak beriman. Mereka hanya muslim pada kad pengenalan diri bukan pada keperibadian diri. Islam tidak di mahami dan di hayati dalam kehidupan. Hal ini bukan sahaja berlaku pada masyarakat bawahan, malah golongan-golongan cendiakawan pemerintah yang jauh dari mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam yang mulia.

Lihat sahaja pemasahan pembuangan bayi yang kini sangat dan terlalu amat berleluasa. Penyelesaian yang kini di ambil jauh sekali dari apa yang di ajar dan di perintahkan oleh Islam. Mereka kini bukan untuk mencegah dari berlakunya penzinaan tetapi membela penzinaan yang berlaku dengan menyediakan tempat kepada individu-individu yang megandung hasil dari perbuatan ZINA. Natijahnya perzinaan tidak di sekat ,malah dipertingkat dengan cara menyediakan ruang bagi mereka yang terpalit hasil perbuatan zina. Apa yang dibimbangkan disini pengwujudan rumah harapan akan menjadi tempat keluar masuk setiap individu-individu penzina, sama seperti kewujudan pusat pemulihan dadah sekiranya tidak menjalankan penyelesaian daripada punca masalah ini bermula.

Allah menyeru agar umatnya jangan medekati ZINA, sesungguhnya zina itu satu perbuatan keji dan satu jalan yang mungkar( Al-Isra'; 32). ISlam terlebih dahulu menghalang daripada berlakunya perbuatan zina daripada merawatnya. Sesungguhnya bentuk ajaran ISLAm adalah mendidik umatnya menjauhi perkara yang membawa kepada permaslahan zina. Ada pun demikian sekiranya berlaku, penawar bagi barah itu adalah hukuman yang mendidik persalah dan masyarakat yang melihat, agar pempelajari natijah hasil perbuatan mungkar supaya tidak berulang.












Apa yang berlaku kini, masyarakat tidak mahu kembali kepada ajaran ISLAM yang menjadi penyelesaian permasalahan umat manusia. Mereka ternyata sombong bongkak dan angkuh dari kembali megikuti ajaran ISLAM. apa yang menyedihkan kini kedengaran ada individu yang ingin mempelajari dari golongan kufar bagaimana mewujudkan sistem penjagaan bayi luar nikah dan individu-individu penzina yang hamil sebagai penyelesaian permasalahan. Ini ternyata mengenepikan ISLAM sebagai tunjak panduan kehidupan umat ISlam. Tindakan ini jelas memaparkan wajah hodoh mereka yang cuba menempelkan Islam secara kosmetik dalam kehidupan dan pemerintahan mereka. Ini lah yang perlu di sedari oleh Masyarakat Islam Di Malaysia.










Sesungguhnya kerosakan akhlak dan gejala yang berlaku kini adalah berpunca akibat dari manusia yang mencari jalan selain dari ISLAm. sejauh manapun mereka merantau mencari penawar, sebanyak manapun wang dibelanjakan permasalahn ini tidak akan berakhir selagi mana ISlam tidak di jadikan panduan, ikutan dan cara hidup dalam memacu segenap kehidupan manusia. Hanya ISLAM yang menjanjikan Penyelesaian yang Hakiki,

Walllahu'alam

Misi Diteruskan, Kemenangan Semakin Hampir



Read more...

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP