Pembubaran PERLIMEN MALAYSIA 13 Februari 2008 - Ingat! Kini Abdullah Bukan Lagi Perdana Menteri Malaysia !

>> Friday 15 February 2008

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Pembubaran Parlimen tengahari semalam, adalah noktah kepada perkhidmatan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia sehinggalah kepada keputusan penentu pilihan raya umum ke-12, sama ada beliau kembali menjawat atau sebaliknya.

Malah Dato' Seri Najib juga bukanlah seorang Timbalan Perdana Menetri mahupun Menteri Pertahanan termasuk juga barisan kabinet yang lain yang sudah tidak menjawat porfolio masing-masing, yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

Kini beliau hanya memegang tampuk 'kerajaan sementara,' lalu segala lafaz dan janjinya kepada rakyat merupakan kata-kata yang bakal keluar daripada mulut seorang Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno yang harus diperhalusi oleh setiap individu dan tidak lagi terpedaya dengan 'permainan' media bahawa beliau masih lagi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Lazimnya dalam tempoh pembubaran ini, kerajaan sementara Abdullah dan parti pemerintah Umno-BN akan terus menggunakan Stategi 3M untuk melakukan muslihat secara besar-besaran bagi memenangi pilihan raya iaitu melalui 'Machinery' (Jentera), 'Media' (Media) dan 'Money' (Wang).

Adalah menjadi satu kesalahan untuk menggunakan dan mengumumkan belanja dana awam selama tempoh kempen dan pembubaran parlimen untuk melaksanakan projek-projek dan perancangan seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil lalu di Ijok, Selangor iaitu:-

1.Di Ijok, Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo mengumumkan peruntukan Kerajaan Negeri RM36 juta untuk dibelanjakan dalam tempoh kempen bagi membina atau membaiki kemudahan awam seperti jalan, parit, lampu jalan dan sebagainya.

2.Timbalan Perdana Menteri pula mengumumkan peruntukan yang besar jumlahnya bagi membina masjid (RM5 juta) dan membaiki masjid lama (RM800,000), serta juga kuil dan pelbagai lagi.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyalahgunakan kuasa ketika menjadi 'kerajaan sementara'(caretaker governement) menjelang hari pilihan raya umum ke-12 setelah Parlimen dibubarkan.

Malah rakyat perlu tahu apakah batas-batas kuasa yang ada bagi sebuah Kerajaan sementara sebelum sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya diperolehi.

Presiden Teras Azmi Abdul Hamid kesal kerana selama 11 kali pilihan raya umum, kerajaan sementara telah menyalahguna kuasa dengan sewenang-wenangnya sehingga semua agensi disalahguna untuk membantu kempen kerajaan yang memerintah.

"Selama ini parti pemerintah tanpa segan silu mengguna premis sekolah, masjid, TV, semua agensi dan kakitangan kerajaan untuk berhabisan-habisan membantu kempen atas nama program kerajaan.

"Peruntukan hak kerajaan diguna sepenuhnya sehingga parti lawan tidak punya peluang sama sekali untuk menyaingi kempen pihak parti yang memerintah," kata Presiden Teras Azmi Abdul Hamid dalam kenyataannya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Bagi pensyarah salah sebuah universiti swasta yang juga aktivis media, Wong Chin Huat menyifatkan sistem pilihan raya sekarang akan menjurus kepada 'electoral corruption' seperti 'campaign opportunity', 'campaign finance' dan 'voting'.

Katanya wang kempen (campaign finance), menyebabkan 'perlawanan yang tidak sama rata' antara parti pemerintah dengan pembangkang.

"Lazimnya wang kempen lebih berpihak kepada parti pemerintah kerana mereka ada dana yang banyak, sama ada secara sendiri, dibantu oleh ahli perniagaan, korporat ataupun menggunakan dana awam.Sedangkan pembangkang mengalami masalah kekurangan wang." katanya dalam satu wawancara dengan Harakahdaily tahun lalu. - mks.

0 komentar:

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP