Kisah Doa & Taqwa

>> Thursday 4 June 2009


ALLAH berfirman,

Maksudnya :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” - Al-Baqarah : 186.


Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya :

“Maka ingatlah kamu kepadaku, nescaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal nikmatKu.” -Al-Baqarah : 152.


Sesungguhnya Allah swt sentiasa membantu hamba-hambanya yang soleh daripada bahaya dan kejahatan melainkan apa yang ditetapkan sebagai ujian kepada mereka untuk menambahkan kedudukan dan darjat mereka.



Diriwayatkan oleh Abi Hurairah ra dan juga Ibnu Umar ra bahawa baginda nabi pernah menceritakan dengan maksudnya : “ Terdapat tiga orang lelaki yang berjalan pada suatu hari lalu kerana hujan maka mereka pun berteduh di dalam sebuah gua yang terdapat disebuah bukit. Sewaktu mereka masuk ke dalamnya tiba-tiba terjatuh batu dari gunung yang menutup pintu gua sehingga mereka terkurung lalu berkatalah mereka di antara satu sama lain lihatlah apakah amalan kamu yang baik yang telah kamu lakukan lalu doalah pada Allah dengannya.


Berkatalah seorang daripada mereka : “Wahai Allah sesungguhnya engkau mengetahui bahawa aku mempunyai dua orang tua dan isteri serta anak-anak kecil yang berada di bawah peliharaanku dan aku sentiasa memulakan memberi minuman kepada ibubapaku terlebih dahulu daripada anakku.




Sesungguhnya suatu hari anakku menyeru dahaga tetapi tidaklah aku mendatanginya sebelum aku menghampiri kedua ibubapaku dan lalu aku mendapati mereka sedang nyenyak tidur lalu aku pun memegang gelas cawan air susu yang ku bawa di sisi kepala mereka dengan berhati-hati bimbang mereka akan terjaga sedangkan di kakiku anak kecilku merengek kelaparan namun tidaklah aku merendahkan tanganku memberi air susu kepada anakku sehinggalah subuh menanti terjaganya orang tuaku untuk diberi minum dan sesungguhnya jika engkau mengetahui bahawa aku melakukan ini demi mencari redha engkau maka lepaskanlah kami dari gua ini sehingga dapatlah kami melihat langit”. Maka digerakkan oleh Allah akan batu yang menutup pintu gua itu sedikit namun belum boleh muat untuk mereka keluar.


Maka berkatalah pula yang keduanya di antara mereka : “ Wahai Allah sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan pakcikku (sepupu) dan aku sangatlah mencintainya sepertimana cintanya seorang lelaki kepada perempuan dan aku pun mengajaknya untuk memberikan dirinya kepadaku tetapi dia menolak sehinggalah dia mengalami kesusahan dan aku berjanji untuk membantunya dengan memberikan seratus dinar emas lalu aku pun berusaha mengumpulkan wang sehingga berhasil lalu aku pun memberikannya dan mendatanginya serta sudah pun berada di atas dua kakinya lalu dia pun berkata kepadaku


“Wahai hamba Allah takutlah kepada Allah dan janganlah memasukkan sesuatu ke dalam cincin melainkan dengan cara yang halal lalu aku pun segera bangun daripadanya dan meninggalkannya dengan seratus wang dinar emas tersebut dan sekiranya engkau mengetahui bahawa aku berbuat demikian hanyalah semata-mata kerana hendak mencari redha engkau maka lepaskanlah kami daripada kurungan di dalam gua ini maka dibukakan oleh Allah akan sedikit pintu gua tersebut dengan mengerakkan batu yang menutupi pintu tersebut sedikit lagi namun belum mampu muat untuk mereka keluar.



Maka kemudian berkatalah yang terakhir di antara mereka : “ Wahai Allah sesungguhnya aku telah mengupah seorang pekerja dengan gaji beberapa benih tanaman (padi) dan apabila telah selesai kerjanya maka aku pun mahu membayarkan upahnya dan dia enggan mengambilnya ketika itu lalu aku pun menanam padi tersebut sehingga menghasilkan tanaman dan aku menjualkannya lalu membeli pula lembu sehingga aku menternaknya menjadi berkembang biak. Lalu datangnya pekerja tersebut meminta gajinya dengan berkata : bertaqwalah kamu kepada Allah dengan tidak menzalimiku serta berikanlah hak gajiku lalu aku pun berkata kepadanya :


Pergilah engkau kepada lembu-lembu yang ada serta hasil ternakannya dan ambillah
maka dia pun membalas kepadaku dengan berkata janganlah mempermainkan aku atau bergurau kepadaku dan takutlah kepada Allah. Maka aku pun memberitahunya bahawa ianya benar dan menyuruhnya supaya memngambil semua haknya itu dan sekiranya apa yang aku lakukan ini merupakan semata-mata mengharap redha engkau ya Allah maka lepaskanlah kami dari gua ini maka ketika itu juga bergerak sedikit lagi batu penutup pintu gua itu sehingga terbukalah semuanya dan terlepaslah mereka dari kurungan di dalam gua tersebut.”


Hadis Sahih, riwayat Bukhari dan Muslim.

0 komentar:

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP