Iman kami

>> Thursday 18 June 2009


Ada Ulama mengatakan iman seseorang itu boleh bertambah dan adalkalanya ia berkurang.

Iman bertambah dengan amal soleh dan
kuatnya seseorang itu bergantung kepada tuhan. Sebaliknya ia menjadi kurang apabila seseorang itu tidak beramal dengan amalan yang soleh di samping melakukan kerja-kerja maksiat.

Akhirnya iman terhakis sedikit demi sedikit sehingga membawa akibat terjejasnya iman setelah amalan tersebut berkekalan di lakukan oleh orang yang berkenaan.


Oleh kerana itu kita sebagai orang yang beriman mestilah menjaganya dengan baik supaya iman kita kekal dari dunia sehingga akhirat.


Jauhilah , hindarilah dan bebaskanlah diri dari menjadi seperti iman orang munafiq di mana keimanan mereka hanya sementara waktu di atas dunia dan untuk di tujuk-tunjuk kepada manusia sahaja, bukan iman yang sebenar yang lahir dari hati yang ikhlas dan penuh keyakinan kepada Allah S.W.T


Firman Allah ,

"Wahai manusia! Sembahlah akan tuhan kamu yang telah menjadikan kamu yang menjadikan orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa pada Allah".


" Yang menjadikan kepada kamu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai binaan serta di turunkan air daripada langit maka ia mengeluarkan denganya yang menjadi rezeki bagi kamu maka janganlah kamu jadikan bagi Allah itu sekutu-sekutu padahal kamu mengetahui.


Surah Al-Baqarah ayat 21-22.


Sabda Rasullullah S.A.W, yang maksudnya: "Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya.



Dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya.



Dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya."




(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya kekuatan iman itu dinilai pada sejauh mana seseorang itu dapat membendung hasutan nafsunya serta menjauhi bisikan-bisikan jahat yang menggodanya.



Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama menandakan ketidaksempurnaan iman di jiwanya.




Oleh itu amat penting bagi setiap mukmin sentiasa menjaga pergaulannya agar tidak terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat yang berlaku di sekitarnya.




Sesungguhnya Allah telah memerihalkan pada kita bahawa syaitan itu musuh kita yang nyata, di jadikan lebih dahulu dari kejadian manusia tidak akan pernah mati sehingga ke hari pembalasan dan tidak akan putus-putus penkaderanya untuk menyesatkan manusia.


Sedarkanlah diri kita ketika asakan dan godaan datang menyerang, sentiasa la berdoa pada setiap masa dan ketika, mohonlah perlidungan dari Allah agar iman padaNya tetap utuh terpelihara.


Pada hadis yang lain juga apabila seorang sahabat datang bertemu Rasullullah dan berkata,


" Wahai Rasullullah ,ajarkanlah padaku satu ucapan tentang Islam yang aku tidak perlu lagi aku bertanya pada orang lain selain mu''. Lalu Rasullulah bersabda, "


Ucapkanlah ''aku beriman kepada Allah" dan kemudian hendaklah kamu beristiqamah.

(Hadis Riwayat Muslim.)


Inilah satu jawapan yang komprehensif dari kekasih Allah. Berimanlah pada dan beritiqamah lah.

Ya Allah kami memohon padaMU
Agar Engkau peliharalah Iman kami,
Ikhlaskanlah Hati kami padaMU,
Lindungilah kami dari godaan nafsu dan syaitan.


Ya Allah Yang Maha mebolak-balikan hati,
Tetapkanlah diri kami di dalam Islam dengan penuh ketaatan,
Janganlah Ya Allah Engkau balikan hati ini kedalam kekufuran,
Setelah Engkau kurniakan Keiman,
Ya Allah Engkaulah Rabb kami,
kepadaMu kami beserah,
KepadaMu kami memohon perlindungan.
Ameen Ya Rabbal A'lamin

Maraji'
Kuliyyah
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah Al-Baqarah
Ayat 1-54,
siri 1- " Petunjuk Golongan Muttaqin"



0 komentar:

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP