Jodoh & Pertemuan

>> Friday 5 June 2009


Assalamu'alaikum warahmatullah

Uhubukum Fillahi Haban Jami'a

Firman ALLAH S.W.T yang Maksudnya:


“(Tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.”
-

Surah Ar-Rum: 30




Alhamdullilah setinggi-tinggi syukur di rafaqkan kepada Allah S.W.T kerana masih lagi di pertemukan lagi di laman serasi ini walaupun sibuk dengan tugasan dan tanggungjawap yang ada. Syukur juga di atas khabar yang mengembirakan tentang penikahan beberapa warga serasi yang sedang berlangsung dan akan berlangsung tidak lama lagi. Sesungguhnya penikahan itu menyempurnakan sebahagian dari agama hanya tinggal sebahagian lagi untuk pasangan sama-sama sempurnakan.


Justeru kami di komuniti serasi ingin merakamkan ucapan :


بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير


"moga-moga Allah menberikan keberkahan kepadamu dan keberkahan untukmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan''


Semoga ikatan penikahan yang di bina atas dasar aqidah membawa diri semakin hampir pada yang Esa dan melahirkan permata-permata perjuangan Islam yang berkualiti.

Selamat berbahagia dan sentiasa sabar dan tabah menempuh cabaran dan dugaan.

Wallahu'alam

0 komentar:

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP