MANIFESTO ~ NEGARA BERKEBAJIKAN 08

>> Thursday, 21 February 2008


8 Hadiah Pak Lah Dari 2004

Pertama: Kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat

Kedua: Keselamatan rakyat yang mengancam kehidupan

Ketiga: Tanggungjawab terhadap rakyat yang semakin terabai

Keempat: Jurang antara kaya dan miskin yang semakin melebar

Kelima: Khidmat kesihatan dan pendidikan diperniagakan untuk keuntungan

Keenam: Penyelewengan kuasa dan rasuah menjadi parah dan membarah

Ketujuh: Khazanah dan kekayaan negara terus dibolot oleh kroni

Kelapan: Prinsip demokrasi dicabuli dan hak asasi rakyat dinafikan

Tawaran Manifesto PAS dlm PRU-12

1.Membela Kebajikan rakyat serta kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra- alam.



2.Melindungi Keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.



3.Mengembalikan amalan Demokrasi Tulen dan pilihanraya bebas, adil & bersih.



4.Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.



5.Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang- undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman.



6.Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN.

Read more...

Bekas Adun BN di Bachok sertai PAS

>> Tuesday, 19 February 2008

MD Hakimi
Mon | Feb 18, 08 | 6:32:59 pm MYT

BACHOK, 18 Feb ((Hrkh) – Ketika Umno menghala serangan ke arah PAS di Kelantan, tiba-tiba dikejutkan apabila bekas wakil rakyat Umno di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.

Mohamad Hassan, 63 pernah menjadi wakil rakyat mewakili Barisan Nasional (BN) di Dun Jelawat, Bachok selama dua penggal pada 1978 dan 1984. Beliau juga pernah menewaskan Dato’ Omar Mohamed (Adun Perupok sekarang).

ImageTurut menyertai PAS malam tadi bekas penceramah terkenal Umno, Abdul Ghani Abdul Kadir, 66. Selain itu bekas ahli Umno Ismail Mamat bersama dengan 70 pengikutnya turut menyertai PAS.

Mereka menyerah borang kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Datuk Omar yang juga Yang Dipertua PAS Bachok, Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussin dan bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato’ Abdul Razak Salleh.

Mohamad yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok sekitar tahun 1970-an dan 1980-an melahirkan keyakinan BN tidak mampu untuk merampas balik Kelantan pada pilihan raya umum ini.

“Selagi Umno diketuai pemimpin yang bermasalah seperti yang ada sekarang impian mereka mahu merampas tampuk kerajaan Kelantan daripada PAS tidak mungkin menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerah borang menyertai PAS pada ceramah di Kampung Baru Hujung Repek dekat sini, malam tadi.

Malah katanya, rekod cemerlang dan imej bersih wakil-wakil rakyat PAS menjadi satu kelebihan kepada parti itu bagi menghadapi Umno dan BN.

Abdul Ghani pula berjanji menyumbangkan tenaga dengan menggunakan pengalamannya dalam kempen membantu PAS pada pilihan raya ini.

“Umno bukan lagi satu wadah perjuangan bangsa sebaliknya menjadi batu lonjatan dalam mengumpulkan pengaruh dan kekayaan. Kuasa yang ada tidak digunakan bagi membela bangsa dan agam,” katanya bersemangat.

Ismail pula merupakan bekas pendokong kuat Umno di Kampung Baru Hujung Repek turut berazam bekerja keras bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, fahaman mengasingkan agama dengan politik yang dibawa Umno merupakan punca segala masalah dalam negara hari ini.

“Apabila politik diasingkan daripada agama ertinya kita telah mengenepikan persoalan dosa dan pahala dalam mengurus tadbir negara, hasilnya jenayah seperti rasuah, rompak, bunuh dan sebagainya semakin menjadi-jadi,” katanya. - mj


Read more...

Pembubaran PERLIMEN MALAYSIA 13 Februari 2008 - Ingat! Kini Abdullah Bukan Lagi Perdana Menteri Malaysia !

>> Friday, 15 February 2008

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Pembubaran Parlimen tengahari semalam, adalah noktah kepada perkhidmatan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia sehinggalah kepada keputusan penentu pilihan raya umum ke-12, sama ada beliau kembali menjawat atau sebaliknya.

Malah Dato' Seri Najib juga bukanlah seorang Timbalan Perdana Menetri mahupun Menteri Pertahanan termasuk juga barisan kabinet yang lain yang sudah tidak menjawat porfolio masing-masing, yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

Kini beliau hanya memegang tampuk 'kerajaan sementara,' lalu segala lafaz dan janjinya kepada rakyat merupakan kata-kata yang bakal keluar daripada mulut seorang Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno yang harus diperhalusi oleh setiap individu dan tidak lagi terpedaya dengan 'permainan' media bahawa beliau masih lagi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Lazimnya dalam tempoh pembubaran ini, kerajaan sementara Abdullah dan parti pemerintah Umno-BN akan terus menggunakan Stategi 3M untuk melakukan muslihat secara besar-besaran bagi memenangi pilihan raya iaitu melalui 'Machinery' (Jentera), 'Media' (Media) dan 'Money' (Wang).

Adalah menjadi satu kesalahan untuk menggunakan dan mengumumkan belanja dana awam selama tempoh kempen dan pembubaran parlimen untuk melaksanakan projek-projek dan perancangan seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil lalu di Ijok, Selangor iaitu:-

1.Di Ijok, Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo mengumumkan peruntukan Kerajaan Negeri RM36 juta untuk dibelanjakan dalam tempoh kempen bagi membina atau membaiki kemudahan awam seperti jalan, parit, lampu jalan dan sebagainya.

2.Timbalan Perdana Menteri pula mengumumkan peruntukan yang besar jumlahnya bagi membina masjid (RM5 juta) dan membaiki masjid lama (RM800,000), serta juga kuil dan pelbagai lagi.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyalahgunakan kuasa ketika menjadi 'kerajaan sementara'(caretaker governement) menjelang hari pilihan raya umum ke-12 setelah Parlimen dibubarkan.

Malah rakyat perlu tahu apakah batas-batas kuasa yang ada bagi sebuah Kerajaan sementara sebelum sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya diperolehi.

Presiden Teras Azmi Abdul Hamid kesal kerana selama 11 kali pilihan raya umum, kerajaan sementara telah menyalahguna kuasa dengan sewenang-wenangnya sehingga semua agensi disalahguna untuk membantu kempen kerajaan yang memerintah.

"Selama ini parti pemerintah tanpa segan silu mengguna premis sekolah, masjid, TV, semua agensi dan kakitangan kerajaan untuk berhabisan-habisan membantu kempen atas nama program kerajaan.

"Peruntukan hak kerajaan diguna sepenuhnya sehingga parti lawan tidak punya peluang sama sekali untuk menyaingi kempen pihak parti yang memerintah," kata Presiden Teras Azmi Abdul Hamid dalam kenyataannya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Bagi pensyarah salah sebuah universiti swasta yang juga aktivis media, Wong Chin Huat menyifatkan sistem pilihan raya sekarang akan menjurus kepada 'electoral corruption' seperti 'campaign opportunity', 'campaign finance' dan 'voting'.

Katanya wang kempen (campaign finance), menyebabkan 'perlawanan yang tidak sama rata' antara parti pemerintah dengan pembangkang.

"Lazimnya wang kempen lebih berpihak kepada parti pemerintah kerana mereka ada dana yang banyak, sama ada secara sendiri, dibantu oleh ahli perniagaan, korporat ataupun menggunakan dana awam.Sedangkan pembangkang mengalami masalah kekurangan wang." katanya dalam satu wawancara dengan Harakahdaily tahun lalu. - mks.

Read more...

JANGAN LUPA BORANG HARAM SPR 10(A)

>> Wednesday, 13 February 2008

Somebody has forward this important messege to us.

Mesy PAS dgn SPR Selangor + SPR Pusat 6-Feb-2008 baru2 ni, satu borang HARAM diperkenalkan. .. Borang 10(A)...!

Pada 4-Feb-2008, semua akhbar + media menerangkan dengan gambar sekali untuk PRU-12 akan diwajibkan (dikuatkuasakan) penggunaan DAKWAT yang (hanya) akan dicalit pada atas kuku jari telunjuk tangan kiri.

Memang diakui, dakwat tak hilang selama 48jam, dah test oleh pimpinan kita 6-Nov-2007 dulu. TAPI kalau di KIKIS dengan "pisau cukur" sekali pun, dalam beberapa saat terus terhakis. Itu isu no satu....! Yang kita mintak adalah CELUP bukan CALIT, so that bila kena kulit tak hilang, tak ada orang waras nak kikis kulit jari sendiri.

Isu kedua, dlm mesy dengan SPR tersebut, selepas ditanya barulah kita tahu rupanya sekali lagi rakyat Malaysia di TIPU hidup2... Penggunaan dakwat akan dikuatkuasakan, tapi kalau ada yang tak mahu juga guna dakwat, mereka diminta isi Borang 10(A), atau borang declaration bahawa "saya" adalah pengundi sebenar dan bukan menipu, lebih kurang kandungan Borang 11. Borang 10(A) baru dibuat oleh SPR utk PRU-12 ini...

Saya terus bangkit menyatakan bahawa kalau diberi pilihan saya-lah yang pertama tak mahu dicalit kuku...! Buat apa kita nak kotorkan jari jika ada pilihan utk isi borang sahaja! Kita tanya sebab & ratioanale Borang 10(A) tersebut, tak ada jawapan yang mampu diberi oleh SPR, selain mereka menyatakan itu adalah arahan Rashid sendiri..! SPR Negeri pun tak tahu apa sebab.

Lainya ~ juga pasal UNDI POS, pun negeri tak mampu utk menerangkan apakah janji yg Rashid katakan nak izinkan parti pembangkang pantau proses tersebut, dia dok minta kita tanya terus pada SPR Pusat, pd Rashid.

Dan ketiganya isu orang yang dah MATI dlm rekod JPN pun dah MATI (umur >109 tahun) berjumlah 24,000 di seluruh Malaysia, tapi masih AKTIF sebagai pengundi dalam DPI yang digazetkan. Kita nyatakan bahawa SPR tak pernah bersungguh2 bak buang, walau dalam PRESS STATEMENT mereka menipu rakyat kata DPI kita dah BERSIH setelah SPR link-kan database SPR dengan JPN menggunakan Sistem ALIS Kerajaan Malaysia (8-Jan-2008) .

Ternyata SPR memang menipu!. It's too much Rat-Shit...!

PAS beri ultimatum sehingga 12-Feb-2008 utk isu ini diberi jawapan rasmi. Cukup rakyat tak sanggup DITIPU hidup2...

Wallahu'alam,
assayuti - s/alam


Read more...

Ke Arah Menafikan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat

>> Tuesday, 12 February 2008

Dipetik dari site Roslan SMS

Semalam TV3 menyiarkan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan Rabu ini sempena hari mesyuarat Kabinet. Jika demikian berkemungkinan Pilihan Raya Umum ke 12 diadakan sewal 1 Mac, 2008. Namun siaran TV pro BN itu turt meramalkan dua tarikh lain. Apa pun tidakkah kita kini menjadi bahan gelak ketawa dunia luar, kita mengaku sebuah negara demokrasi namun tarikh pilihan raya terus dimanipulasi untuk kepentingan parti pemerintah.

Semalam Junta tentera Myanmar mengumumkan akan mengadakan pilihanraya pada tahun 2010. Sebuah negara yang dikuasai tentera yang tidak akur kepada kehendak dunia itu pun boleh mengumumkan tarikh pilihanrayanya tetapi kita yang mendakwa serba maju dan terkehadapan, berterusan bermain-main dengan tarikhnya.

Biarlah 13 Febuari atau bila sekalipun tarikh pembubaran Parlimen, yang pentingnya rakyat perlu mempergunakan kesempatan ini untuk menaikkan pemimpin dan parti yang benar-benar dapat memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat dan negara. Jangan lagi kita terus dihimpit oleh kos hidup yang menyusahkan, jenayah yang membimbangkan dan keruntuhan moral yang diluar kawalan. Negara ini perlu maju dan dalam waktu yang sama bersih dan adil untuk semua.

Dalam keghairahan Umno dan BN menonjolkan dirinya sebagai juara dan bakal terus meneraju negara, hakikatnya kebimbangan dan kesangsian terus bermain di kepala mereka. Apakah pengundi Cina akan terus menyokong mereka? Apakah pengundi India yang penting khasnya di Pantai Barat Semenanjung akan terus bersama mereka? Apakah pengundi Melayu khasnya di kawasan bandar akan setia pada mereka?

Umno dan BN menang atas sokongan kelompok ini, jika sekadar bersandar pada pengundi Melaytu tradisional yang taksub pada partinya semata-mata belum tentu Umno dan BN dapat bertahan, lantas jika berlaku swing dari kelompok ini kepada pembangkang, Umno akan melalui transformasi politik diluar dugaan mereka!

Dalam NST hari ini perancang strategik DAP, yang juga Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang mensasarkan kemenangan di 38 kerusi Parlimen. DAP diberitakan akan bertanding di 54 kerusi Parlimen dan mampu menang di 38 iaitu 7 masing-masing di Pulau Pinang dan Perak, 6 di Sarawak, 5 di Wilayah Persekutuan, 4 masing-masing di Selangor dan Sabah, 2 masing-masing di Negeri Sembilan dan Johor dan 1 di Melaka.

Sementara itu Kit Siang berharap PKR dan PAS akan dapat memenangi antara 40 ke 50 kerusi.
Jika senario ini berlaku bermakna pembangkang akan menang antara 78 ke 88 kerusi iaitu cukup untuk menafikan BN dua pertiga majoriti. Memang ianya tampak terlalu baik untuk pembangkang, tetapi bagi saya ianya tidak mustahil kiranya masalah yang berlaku disekeliling kita serta reaksi rakyat terhadapnya berlarutan sehingga ketarikh pembubaran Parlimen.

Penipuan dan salahgunakuasa serta rasuah politik mungkin boleh mencederakan harapan kita tetapi ia tidak akan mampu membunuh semangat kita kiranya kita bekerja dengna istiqomah, pintar dan tidak putus dari mengharapkan keridhaan dan bantuan Allah swt.

Kita bersama boleh melakukannya, kita bersama mampu mengubahnya.

Read more...

PAS Lancar Dana Pilihan Raya Umum, Rakyat Dijemput Beri Sumbangan

>> Saturday, 2 February 2008

Dipetik dari Harakahdaily.net

AMPANG, 31 Jan (Hrkh)- Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang hari ini melancarkan Dana Pilihan Raya Umum ke-12 bagi menggerakkan jentera PAS menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama PAS, ahli perniagaan dan kumpulan bukan kerajaan (NGO).

Image








Dalam majlis itu PAS mendapat sumbangan hampir RM 315,000, yang diterima daripada individu, korporat, syarikat serta sayap parti pada majlis tersebut.

Antara pimpinan tertinggi yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS , Mohamad Sabu dan Ustaz Ahmad Awang serta Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali.

Ustaz Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya mengharapkan pihak yang memberi sumbangan tidak 'terpedaya dengan bisikan syaitan' kerana terdapat kalangan penyumbang yang berprasangka dana tersebut akan digunakan untuk tujuan lain jika sekiranya PAS mencapai kemenangan.

"Sebagai mana yang dinyatakan dalam Al-Quran, seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul tidak ragu dan berjihad bersungguh-sungguh ke jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga.

Image








"Oleh itu sumbangan ke jalan Allah amat besar. Ia satu hikmah yang besar kenapa Allah memberi pahala tujuh kali ganda kepada orang yang memberi sumbangan ke jalan Allah" katanya.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Md Hatta Mohd Ramli yang juga pengarah program tersebut dalam ucapan alu-aluannya mengharapkan jumlah dana meningkat di kawasan dan negeri.

"Jika di negara lain seperti Amerika Syarikat program 'fund raising' untuk membiayai pilihan raya agak meriah sebagai satu cara berkempen.

Malahan ia mendapat sokongan masyarakat di semua peringkat apabila terdapat 'fund raising' seperti ini.

"Pihak pembangkang di negara tersebut tidak menghadapi masalah untuk berkempen bagi mengumpul dana dan berani mengisytiharkan derma mereka.Tetapi keadaan ini berbeza di Malaysia, jika terdapat pihak yang menunjukkan sokongan terbuka kepada pembangkang, aktiviti serta karier mereka pasti terhad," katanya.

Image







Katanya, sumbangan yang diterima sebahagiannya akan digunakan untuk dibayar kepada petugas parti, walaupun mereka bertugas secara sukarela.

Tambahnya, bukan hanya sumbangan dari segi kewangan, PAS juga bersedia sumbangan berbentuk material seperti membekalkan poster, termasuk menyumbangkan petrol untuk kegunaan hari mengundi.

Jelas Hatta lagi, pelancaran untuk mengumpul dana di kalangan orang ramai akan dibuat secara terbuka di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar pada waktu yang akan ditentukan nanti.

Pada majlis tersebut turut diadakan persembahan multimedia dana pilihan raya serta penyerahan sumbangan.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya melalui nombor akaun Bendahari, 1402 3010 0008 85 (BIMB) atau 1449 0000 0171 04 (CIMB). Sumbangan juga boleh diserahkan secara terus di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dan menghubungi 03-2692 5000.


Read more...

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP