Bersedia Dua Puluh 4 Jam
>> Thursday, 30 September 2010
Cuba bayangkan sekerinya siang berlalu terus tanpa hadir nya malam, sudah tentu bumi dan penghuninya pasti kepenatan bekerja tanpa ada waktu rehat untuk berhenti. Dan sekiranya malam terus berlalu tanpa hadirnya siang sudah tentu manusia akan berkeluh kesah menanti waktu siang untuk bekerja mencari rezeki sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.
Begitulah Adilnya Allah dalam menetapkan peredaran masa di alam ciptaaNya. Sifat ArRahman dan ArRahiim Allah tidak terhitung dari sebesar-besar nikmat sehingga sekecil-kecil yang kita peroleh dalam kehidupan sementara di muka Bumi ini. Hidup adalah peluang dan ujian yang Allah berikan kepada setiap makhluknya.
Manusia di turunkan kemuka bumi dengan memikul amanahkan untuk Bertanggungjawap memakmurkan muka bumi,berdasarkan Peraturan dan undang-undang syariat yang telah termaktub di dalam Al-Quran. Segalanya telah diperjelaskan di sampaikan oleh Allah kepada RasulNya Rasulullah S.A.W, yang menjadi utusan dimuka bumi ini untuk menyeru dan mengajak ummat manusia mentauhidkan Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Sungguhpun begitu manusia ternyata seorang insan, iaini perlupa dan sering teralpa dengan kenikmatan hidup dunia yang sementara. Terkadang manusia terperdaya dengan pujukan dan rayuan dunia yang melambai-lambai menyambut ketibaan maraikan keseronokan melalui cara dan perbuatan yang menyimpang. Kekadang manusia tersasar dari matlamat asal tujuan hidup di dunia.
Bumi adalah tempat hidup dan menetapnya Manusia bagi melakukan segala amal ibadah di dunia. Di Akhirat.. Syurga dan Neraka adalah tempat yang ditetapkan bagi membalas segala kerja buat manusia sewaktu mereka berada di alam dunia. ternyata manusia tahu akan tujuan Hidup mereka di bumi ini.
Namun demikian, tahu tidak cukup untuk menghasilkan tindakan yang sejajar dengan matlamat. Tahu yang hadir tanpa keinginan dan kemahuan menjadikan matlamat sekadar agenda kosong tanpa manifetasi. Justeru perlu ada rasa keinginan dan kemahuan yang kuat untuk membawa manusia ke Arah matlamat hidup yang telah Allah ungkapkan dalam surah azzariyat- Tidak aku jadiakn manusia dan jin melainkan untuk beribadah.
Manusia perlu mengenali Allah. Sekiranya manusia gagal mencari jalan mengenal Allah. Nyata manusia akan sesat dan tersasar jauh ke lembah hina dan dina. Allah yang mencipta kan manusia bermula dari alam roh. Setiap roh yang Allah jadikan di Soal siapakah tuhan mereka, dan roh patuh mengakui keEsaan Allah.
Roh kemudian di pindah kealam Rahim.. alam yang kini mereka menpunyai jasad. Namun masih dalam tumpangan seorang wanita bernama Ibu yang bakal melahirkan mereka. Hidup berada dalam 3 kegelapan, bayi dalam kandungan memejamkan mata ternyata gelap dan kelam, di dalam perut ibu juga gelap dan kelam dan tiba di waktu malam melengkapkan hari seorang bayi berada dalam 3 kegelapan. Namun Allah tetap menjanjikan rezeki, setiap roh kini sudah begelar bayi dalam kandungan.. menerima segala Zat makanan melaui ibu yang menjamah rezeki kurniaan Allah. nyata rezeki ibu itu adalah untuk rezeki si bayi yang dalam kandungan, dan Allah tidak menyekat rezeki setiap manusia.
Sehingga lah manusia melaui fasa selama 9 bulan 10 hari...bertukar dari sekecil2 penciptaaNya kepada seorang bayi yang sempurna sifatnya. Si bayi yang dulu di dalam kandungan ibunya kini bersedia menempuh alam baru iaitu Alam dunia.
Alam dunia di menyambut kehadiran bayi kemuka bumi, mereka di Azan dan Di Qamat di kedua-dua telingga kanan dan kiri. Membesarkan Allah memanjatkan pujian dan rasa syukur Atas Anugera yang tidak terhingga. Kini bayi memasuki alam sebenar, alam untuk bekerja dan beramal untuk di nilai oleh Allah.
dan Pada Fasa inilah kita kini berada... Justeru kemana arah dan Fasa kita selepas ini?
Alam yang akan menanti kita nanti adalah Alam barzakh dan Alam Akhirat. Dan manusia yang boleh berpindah ke alam ini melalui kematian. Janji Allah setiap yang hidup pasti akan mati. Tidak di kabarkan bilakah tarikh dan waktu kematian. namun sekiranya ia sampai ia tidakan akan dilewatkan mahupun dipercepatkan.
Justeru perlulah manusia hidup bersedia dengan sepenuhnya pada setiap masa untuk berpindah ke Alam seterusnya.. sudahkah kita bersedia?
Fikir-Fikirkan dan marilah kita merenungya bersama.. Sesungguhnya orang mukmin yang yakin dengan janji Allah sentiasa bersedia menanti jemputan dari Allah untuk meninggalkan dunia yang sementara.
Bersama mempersiapkan diri
Sekian Wassalam Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang -orang mukmin
-Misi Di Teruskan Kemenangan Semakin Hampir- Allahu Akbar.
22 Syawal 1431 Hijriah