Ruhul Jadid

>> Wednesday 20 May 2009

Assalamu’alaikum Warahmatullah


Uhibukum Fillahi Habban Jami’a



Alhamdulillah petamanya setinngi-tinggi kesyukuran kami rafaqkan kehadrat Ilahi yang menciptakan manusia dan sekalian alam kerana berkat inayah dan kekuatan yang diberi kini Komuniti blog serasialumi berwajah baru dengan semangat baru bagi meneruskan langkah perjuangan menyelusuri medan da’wah Islamiyah.

Sebagai medium perantara dikalangan kumuniti dan masyarakat maya laman blog ini adalah satu wadah bagi mendekati ummah secara amnya dan mengikat kembali ikatan ukhuwwah Islamiyah di kalangan komunity serasi secara khasnya




Komuniti serasi mendokong perjuangan Islam.



Islam adalah Ad Deen sebagai cara hidup yang syumul meliputi segenap hal dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besarnya.Dari segi bahasa Islam bermakna taat, menyerah, damai, aman dan tidak ada kecacatan baik dari segi zahir mahupun batin. Dengan sebab inilah agama ini diberi nama Islam. Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya:


"Dan siapakah yang lebih baik Deennya dari orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikut Deen Ibrahim dengan hanaya cenderung kepada Allah." (Surah An-Nisa':125)



Berpandukan kepada ayat ini, Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan keikhlasan hati. Bahkan inilah intipati seluruh makna Islam. Islam dengan makna induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi merangkumi segala kejadian di alam semesta seperti firman Allah:



"Apakah selain dari agama Allah yang mereka masih tercari-cari sedangkan segala yang ada di langit dan di bumi telah Islam (menyerh diri) kepadaNya dengan relah hati dan terpaksa. Dan kepadanyalah mereka dikembalikan." (Surah Aali-Imran:83)



Firman Allah:


"Dan kepada Allah sujud segala yang ada di langit dan bumi dengan rela hati dan terpaksa, dan juga bayang-bayang mereka setiap hari pada tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Ar-Ra'd:15)



Dari kedua-dua ayat ini maka dapat disimpulkan bahawa pengertian Islam tersimpul pula dalam penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan yang setepat-tepatnya di antara hubungan manusia dengan penciptanya ialah sujud kepada Allah dengan penuh kepatuhan ketundukan. Oleh itu jelas sekali di antara ketiga-tiganya; Ad-Deen Islam dan sujud mempunyai kaitan dan jalinan makna yang erat dan tabi'i.



Kewajipan menghayati Islam



Islam kini menghadapi cabaran yang sangat hebat, bukan sahaja musuh dari luar tetapi juga musuh dari kalangan ummat Islaam sendiri. Tidak ganjil Islam menghadapi cabaran, kerana memang sejak ia dilahirkan lagi perkara ini telah berlaku. Walau bagaimana pun yang ganjil ialah kerjasama yang dilakukan oleh penganutnya sendiri dengan musuh dari luar laknatullah. Itulah ujian pahit yang dihadapi oleh gerakan Islam dan para Mujahidin di seluruh dunia pada waktu ini. Dikepung dari segenap penjuru oleh musuh. Umat islam berada di dalam kebingungan dengan apa yang sedang berlaku pada waktu ini.




Terdapat di kalangan ummat Islam yang bertanya mengapa terdapat di kalangan ummat Islam yang aktif di medan politik lebih daripada di medan ibadah? Mereka ragu dengan kebangkitan harakah Islamiyyah yang menyeluruh kononnya tiada hubungan dengan pengertian Islam dan organisasinya yang berbentuk sedemikian rupa.


Islam tidak pernah membezakan orang yang beribadat di masjid sambil mengeluarkan air mata yang khusyu dan tawadhu kepada Allah dengan mereka yang mengalirkan dakwat penanya yang menulis kerana Islam, dan juga peluh dan darah yang meleleh dari badan para Mujahid di medan peperangan kerana menegakkan kalimah Allah. Al-Imam Abdullah Bin Al-Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang beriktikaf dengan meninggalkan tugas berjihad di medan peperangan:



Wahai sahabat yang sedang beribadat di tanah suci, kalau saudara melihat kami, saudara akan tahu bahawa saudara hanya bermain dengan ibadah, siapa yang pipinya berlumuran air mata, maka leher kami berlumuran dengan darah. Kalau kudamu penat di dalam kebatilan makan kuda kami akan penat di medan perang.



Sesungguhnya membezakan orang yang beriktikafdi masjid dan berjuang menegakkan masyarakat dan Negara Islam dengan mangatakan bahawa yang pertama sebagai orang dakwah yang menghayati Islam dan kedua dipanggil orang politik berjuang untuk duniawi, adalah perbezaan yang ditunjukkan oleh musuh Islam dan menunjukkan betapa jahilnya orang Islam yang terpengaruh dengan fahaman sesat ini.




Tidakkah para Rasul merupakan ahli ibadah yang sangat tekun. Di samping itu, berjuang menentang thaghut yang menjadi pemerintah di zaman mereka? Tidakkah Saidina Abu Bakr yang menangis kerana taqwanya itulah yang melancarkan serangan hebat menetang orang murtad yang menentang Negara Islam. Begitulah Islam dikelirukan sehingga terkeluar dari apa yang sepatutnya. Sebenarnya kita memerlukan penjelasan sebagai Ad-Deen dan memahami kewajipan menghayatinya.


Kesimpulannya Islam adalah Ad-Deen (cara hidup) untuk dihayati dan dipraktikkan, bukan hanya sebagai suatu teori yang boleh dicabar dan diuji kebenarannya. Sesungguhnya Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah.

Kembalilah kepada Rabbmu yang menciptakan kamu dari segumpal darah



AL HAYA BIL ISLAM HIL ISLAM



Maraji':



1. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya


Ciri- ciri Khusus Islam

Kem Motivasi Kempipinan Islam

KEMIS 98



2 Abdul Majid Aziz Al- Zandani


Tauhid Pendekatan Saintifik

Bahagian Hal Ehwal Islam

Jabatan Pedana Menteri 1992



3 Abu Urwah Risala Usrah












0 komentar:

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP