Tersenyum Puas

>> Friday, 21 May 2010


Bissmillahhirahma nirahim

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh


Alhamdulillah, summa Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Allah kerana masih memberi ruang waktu untuk mencatatkan dan menyusun ayat dan perkataan buat tatapan sahabat-sahabat yang di cintai.

Sesungguhnya tiada kekuatan dan upaya yang dapat kita nikmati melainkan kekuatan kurniaan Ilahi memberi nikmat untuk mecintai Allah dan RasulNya menjadikan diri sentiasa mencintai sahabat-sahabat yang mencintai Allah dan Rasulnya.


Perjalanan warna-warni hidup untuk mengenali keindahan mencintai sahabat cukup indah terasa sehingga masih berbekas dan terkenang di hati dan sanubari ini. Samaada yang berjauhan ada pun yang dekat, Hatta yang terlalu jauh meninggalkan diri ini sehingga tidak dapat kita mendengar pekhabaranya lagi, tetap akan diabadi dalam hati dan bait-bait doa kepada Allah agar Allah kurniakan kepadanya perlindungan dan keberkatan hidup didunia dan diakhirat.

Peluang untuk hidup untuk beberapa jangka masa hayat yang Allah takdirkan sehingga ke saat ini menjadikan diri sentiasa sedar bertapa Allah masih bermurah hati pada diri ini untuk masih lagi memberi peluang di saat diri masih penuh dengan kekurangan bekalan untuk kita bersedia meyambut jemputanNya nanti.

Madah dari sahabat yang amat kita rindui ketika ini, menyebabkan hati ini gelisah dan resah tidak menentu, kekadang waktu diri terasa amat hina disisiNya, ketika kurnia hayat usia pada diri ini masih ada, bertapa bnyak peluang waktu belum di sempurnakan dengan bekalan-bekalan saksi yang bakal mendampingi dan membela diri ini di akhirat nanti.

Selagi lidah boleh menuturkata,
Selagi Anggota mampu bergerak,
Selagi jantung dan nadi bisa berdenyut,
dan
Selagi nyawa belum diambil

Ingatlah bahawa andai kita membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu melancarkan segala urusan kita.. Jika tidak hari ini, esok, jika tidak esok, kelak....

Yakinlah kepada pertolongan Allah SWT.


Cukup lengkap dan cukup mencengkam dan menusuk kalbu bila di tatap dan diteliti satu persatu,

Bertapa diri belum sempurna mencari bekalan untuk kita persembahkan kepadaNya,
Sesungguhnya diri ini sedar dan memahami hidup ini hanya pinjaman bukan kekal selamanya.

Ya Allah adakah kami benar-benar sedia untuk dijemputMu tika saat itu?
Adakah sudah kami tunaikan segala tanggungjawap kepadaMu?
Adakah sudah kami laksanakan segala amanah yang kami terima dari Mu?

Bertapa diri ini tersentak dengan peringatan ini, untuk kami mengatur langkah-langkah seterusnya agar diri ini benar-benar bersedia bertemu denganMu.

Bertemu dalam suasana rahmat dan kasing sayang Mu
Bertemu dalam suasana Engkau Redho Islam cara hidup kami,
Menuruti jalan para Rasul,
Para Solihin,
Para perjuang-perjuang yang menegakan agamaMu,

Ya Allah ambil kami dalam keadaan itu.

Ameen Ya Rabbal a'lamin


Firman Allah Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa ( Al Baqarah ayat 197)

Maka Carilah Taqwa ketika Allah masih mengurniakan Ruang dan peluang, agar kita tidak berduka cita disaat nafas sudah terhenti untuk bertemu Rabbul Izzati.

"Di saat kelahiran engkau menangis dan mereka gembira. Berjuanglah. ..agar disaat kematian, mereka menangis dan kau tersenyum puas"

11.44 a.m , 7 Jamadi Akhir 1431 H, 21 May 2010









1 komentar:

An-Nasrullah 3 June 2010 at 01:37  

Allahu Rabbi....sedih dan pilu menatap tiap patah kata.....smg diri snts diberi peringatan olehNya

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP