Carilah Taqwa

>> Friday 16 April 2010


Assalamu'alaikum Warahmatullah..


Uhibukumfillahi haban Jami'a


Alhamdulillah. summa Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.w.t , kerana masih lagi memberi peluang dan ruang untuk kita bertemu di alam maya ini buat kesekian kalinya.




Terlebih dahalu kami di pihak komuniti serasi memohon seribu kemaafan di atas kekurangan pengurusan blog mukthahir ini.
Banyak bahan-bahan perkongsian adalah hasil penulisan dari pihak-pihak tertentu yang di copy dan pastekan untuk menjadi tatapan para tetamu yang berkunjung di blog ini. Namun demikian, apa yang kami fikirkan, adalah sajian pengisian perlu di teruskan walaupun bahan pengisian itu bukan dari hasil penulisan kami, agar tetamu komuniti serasi tidak lesu dan kosong dari pengisian-pengisian yang mampu mendidik jiwa agar mengukuh dan melancarkan gerak kerja sebagai pendakwah dan pendokong Agama Islam.



Bagi posting kali ini, suka untuk kami berkongsikan beberapa pekara yang penting untuk di periksa dan di kemaskini semula oleh kita. Dalam muqadimmah bekalan di sepanjang jalan da'wah kata-kata aluan oleh Al -Ustadh Umar Al- Tilmisani Rahimahullah ada menceritakan ciri-ciri peribadi dan sumbangan dua tokoh Ikhwan Muslimin yang terkenal iaitu Imam Hassan Al-Banna dan Al- Ustadh Mustafa Masyur. Di ceritakan kelaziman mereka yang sentiasa mencari bekalan dakwah dengan sentiasa berinteraksi dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullullah S.A.W, di katakan Imam Hassan Albanna tidak menghabiskan masa untuk menulis karangan-karangan yang panjang lebar, tetapi beliau memberi tumpuan berbekalkan i'lmu kurniaan dari Allah untuk menyediakan risalah ringkas dan padat, memadai orang beriman dan ber'amal untuk menjadikan sebagai bekalan.



Sehingga ada ungkapan dari Asyahid Imam Hassan Albanna yang menyatakan "aku tidak tinggalkan, banyak kitab-kitab untuk dijadikan panduan, tetapi aku tinggalkan kader-kader da'wah agar meraka menjadi ikutan dan penerus risalah da'wah.


Berikut kami kongsikan kata-kata aluan yang di berikan beliau dalam muqadimmah Bekalan Jalan da'wah tulisan Al-Ustadh Mustafa Masyur.


Sesungguhnya buku "Bekalan Di Jalan Da’wah" ini adalah pendamping yang terbaik untuk mereka yang ingin mencari penunjuk jalan dan mengesan tempat jejak-langkahnya.


Dari buku "Bekalan Di Jalan Da'wah" ini anda akan dapat mengetahui jalan Allah yang selamat untuk diikuti, agar anda tidak terpesong dari jalan yang sebenar. Sebelum anda berada jauh dari jalan yang benar dengan sangkaan anda masih berada di jalan benar.



Buku "Bekalan Di Jalan Da’wah" membolehkan anda mendapatkan bekal apa yang diperlukan untuk mengharungi jalan yang menyampaikan kepada matlamat yang dicita-citakan; Allah adalah matlamat kami. Tiada sesuatu yang lain selain daripada Allah. Dengan buku ini anda bersama dengan Ustadh Mustafa Masyhur untuk berpuasa, sembahyang, menunaikan haji dan berzakat. Bukanlah untuk mencari hikmah di sebalik perintah menunaikan rukun-rukun Islam. Tetapi tunduk dan patuh kepada arahan dari langit dan mentaati perintah Allah.


Saya tidak katakan kepada anda; carilah hikmah pada setiap perintah Allah, agar dapat dilaksanakan suruhan itu tanpa ragu-ragu. Sebaliknya, tunaikanlah rukun-rukun itu sepertimana yang diperintahkan sehingga anda merasai lazat dengan ketaatan dan perlaksanaan perintah; Allah akan membuka kepadamu pintu-pintu hikmah yang dapat menambah ketenangan kepadamu.



Seorang muslim beriman terlebih dahulu, kemudian ia membaca kitab Allah lalu bertambahlah imannya. Inilah jalan golongan salafussalih yang suci yang terdiri daripada sahabat dan tabi'in. Mereka beriman terlebih dahulu tanpa keraguan dan kesangsian.


Sehinggalah mereka melaksanakan rukun-rukun Islam bertepatan sepertimana suruhan itu diturunkan dengan tujuan-tujuannya yang tersendiri. Sembahyang mencegah perkara yang dikeji dan kemungkaran; puasa adalah perisai yang menyampaikan kepada ketaqwaan; haji adalah syariat per'ibadatan dan menghasilkan pelbagai manfa'at; zakat menyuci dan mengembangkan harta.





Wahai saudara-saudaraku yang tercinta! Bekalan yang terbaik adalah taqwa. Sebaik-baik ketaqwaan adalah apa yang membawamu kepada apa yang dikehendaki Allah. Alangkah baiknya Ustadh Mustafa Masyhur, beliau telah menghimpunkan untuk kita pelbagai jenis bekalan ini yang dilimpahi dengan kebaikan dari hidangan Al-Qur'an.


Beliau menghulurkannya bukanlah untuk kita memilihnya. Di dalam bekalan orang yang bertaqwa, tiada apa yang harus diambil dan ditinggalkan, dan tiada apa yang istimewa dan tiada apa harus dipilih, tetapi ia adalah suntikan yang menyembuhkan. Keseluruhannya mestilah diambil dan menjadi bekalan dalam perjalanan menuju Allah.


Semuanya mestilah memakmurkan (mengisi) hati pencinta, sehinggalah ia mengimaninya dengan rela hati. Lantas ia ber'amal dengan berbekalkan keupayaan 'amal. Setetelah itu, bekalan yang ada memberikan manfa'at kepada yang sahih, menegakkannya dan membantunya. Sesungguhnya bekalan tidak memberi manfa'at kepada hati yang sakit. Maka carilah bekal:


Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa

(Surah Al-Baqarah: Ayat 197)


Dapatkanlah pertolongan dengan bekalan ini nescaya anda akan berbahagia dengan perlepasan dari apa yang anda khuatirkan. Anda akan mendapat apa yang anda idam-idamkan. Sesungguhnya Tuhan kamu menyerumu dari atas tujuh lapisan langit dan melalui lembaran-
lembaran kitabNya yang mulia menyeru:



Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah Al-An'am: Ayat 153)


Kita memperolehi dari bekalan ini apa yang memantapkan hati. Ianya bukanlah bekalan semata-mata, bahkan merupakan perniagaan yang ditawarkan, berdasarkan ayat-ayat pada penghujung Surah Al-Saff:


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

(Surah Al-Saff: Ayat 10)


Wahai sidang pembaca "Bekalan Di Jalan Da'wah";

Bacalah, belajarlah, bertawakallah dan ber'amallah.


Dan itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (berbuatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(Surah At-Taghabun: Ayat 16)


Diharapkan perkongsian dari Muqadimmah Bekalan Jalan Da'wah ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Semoga Allah terus kekalkan kita dalam pemeliharaaNya. Insya'Allah

Sehingga bertemu lagi pada masa akan datang.

Wallahu'alam

0 komentar:

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP