Anak pengasas Hamas Murtad dan Pengkhianat

>> Thursday, 25 March 2010




NEW YORK - Mosab Hassan Yousef (gambar) iaitu anak salah seorang pengasas pergerakan Hamas menegaskan bahawa dia tidak takut mati selepas mengaku menjadi pengintip untuk sebuah agensi perisikan Israel.


"Secara jujurnya, dibunuh bukanlah perkara paling buruk yang boleh terjadi. Jika mereka mahu membunuh saya, biarkan. Mereka akan bertanggungjawab ke atas darah saya," katanya pada satu temu ramah yang disiarkan kelmarin.


Di dalam buku mengenai kisah hidupnya iaitu Son of Hamas, Mosab yang berusia 32 tahun dan merupakan anak seorang pengasas Hamas, Sheik Hassan Yousef mendakwa dia ialah aset terbaik agensi keselamatan Shin Bet milik Israel dan digelar sebagai Putera Hijau.


Sepanjang temu bual selama 50 minit itu, Mosab yang datang bersama pegawai keselamatan bersenjata mengkritik para pemimpin Hamas termasuklah ketua politiknya, Khaled Meshaal.
Dia mengutuk Hamas, menyatakan bahawa organisasi itu hidup pada zaman pertengahan.


Mosab yang kini menjadi penganut Kristian kemudiannya mengeluarkan komen paling biadap dengan menyifatkan Islam ialah agama yang mengajar manusia untuk membunuh.


Dia mula berkhidmat dengan Shin Bet selepas dia ditangkap dan menyaksikan kekejaman anggota Hamas di penjara



Apabila dibebaskan pada tahun 1997, dia mula berhubung dengan Shin Bet dan berjinak-jinak dengan agama Kristian. Dia beranggapan boleh melakukan kebaikan dengan menghalang kematian penduduk Israel dan Palestin.
"Saya mendapat peluang untuk menghentikan pembunuhan," katanya.
Di dalam bukunya, Mosab dengan jelas menyatakan kepentingan dirinya buat Shin Bet.



Dalam bukunya itu dia menyatakan merangka sendiri misi-misinya termasuklah memperdayakan Khaled yang tinggal di Damsyik.
"Saya sangat sukakan kerja-kerja perisikan ini, terutama apabila perisik Israel menunjukkan jalannya.


"Dengan cara ini, satu saluran komunikasi yang baru dijalin dengan Damsyik, walaupun Khaled tidak tahu bahawa percakapannya didengar oleh Shin Bet," tulisnya.



Pada Isnin lalu, bapanya yang dipenjara selama enam tahun di sebuah penjara Israel tidak lagi menganggap Mosab sebagai anaknya.
Bapanya membuat keputusan itu selepas Mosab mendedahkan dia menjadi pengintip untuk agensi perisikan Israel dan keluar daripada agama Islam.


Namun, Mosab tidak berkecil hati.
"Saya tahu isi hatinya. Bapa saya seorang yang penyayang. Dia tidak akan membuang saya. Pada satu masa nanti, kami akan bersatu kembali. Saya sayangkan bapa dan dia sayangkan saya," katanya yang kini menetap di AS.



Copy and Paste From KALAM 1409 Details Here

1 komentar:

An-Nasrullah 1 April 2010 at 10:32  

masyAllah...teruknye makhluk ni...

iman x dpt di warisi...

dr seorang ayah yang bertaqwa...

(raihan)

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP