Kelahiran di Nanti. Syariat di tuntuti.
>> Tuesday, 19 January 2010
Alhamdulillah beberapa hari nie banyak berita gembira yang di terima mengenai warga serasi jemputan walimah dan berita kelahiran cahaya mata.
Hidup kita ini sememangnya penuh dengan warna warni. ada suka dan ada duka. Namun sebagai seorang muslim kita sebenarnya telah diberikan banyak panduan dari Allah S.W.T. Hanyalah kita sebagai hambanya yang perlu sentiasa mengamalkan segala tuntutan dariNya. Panduan yang diberikan oleh Allah inilah yang dipanggil Syariat dan apabila memiliki ilmu tersebut, perlulah diamalkan pula dan ia dipanggil amalan syariat.
Kehidupan kita dan permulaan amalan kita perlu diterapkan sejak kita dilahirkan. Penting nya kita tekankan di sini terutamanya bagi mereka yang bakal menjadi ibu dan ayah.
Semasa bayi dilahirkan, kita perlulah memberi khabar gembira dan ucapan tahniah di atas kelahiran baru ini kepada saudara kita yang baru mendapat cahayamata. Ini merupakan salah satu amalan yang baik dalam mewujudkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.
Berikut merupakan perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan dengan kelahiran bayi:
- Melaungkan Azan dan Iqamat
- Bertahnik
- Memberi Nama-nama yang baik
- Akikah dan bercukur rambut
- berkhitan
Ulasan mengenai Melaungkan Azan dan Iqamat dan Bertahnik dahulu pada ruangan artikel kali ini.
Melaungkan Azan
Ketika bayi baru dilahirkan, kita disunatkan untuk melaungkan azan kepada bayi tersebut. Laungkan azan di telinga kanan manakala iqamat di telinga kiri. Berikut merupakan fadhilat (kebaikan) daripada amalan ini:
- Kalimah-kalimah memuji kebesaran ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati seorang bayi yang baru lahir
- Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.
Bertahnik
“Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.” Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.
Tahu x apa itu tahnik? Biasanya sebut ‘Belah mulut’. Biasanya selepas bayi dilahirkan, orang tua-tua akan lakukan operasi belah mulut. Gerun pula apabila disebut belah mulut. Sebenarnya, nama Islamiknya dipanggil sebagai tahnik iaitu dengan kata lainnya dipanggil sebagai memecah atau membuka mulut bayi yang baru dilahirkan.
Sebelum ini, apa yang biasanya diamalkan oleh orang tua-tua,bertahnik dilakukan dengan mencalitkan asam garam,emas, perak, tembaga ke mulut bayi yang dilahirkan. Tetapi sebenarnya tahnik yang betul dari segi Islam adalah dengan membuka atau memecahkan mulut bayi yang dilahirkan dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa.
Cara-caranya adalah dengan meletakkan isi buah tamar yang dikunyah itu di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ia perlulah dilakukan sehingga kurma tadi terkena keseluruhan mulutnya sehingga ke rongga tekak bayi,
Rujukan: Gedungilmu.com (nozi) ;Indahnya Hidup Bersyariat (daripada Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid)
0 komentar:
Post a Comment