Mutiara Tarbiyah
>> Monday, 9 November 2009
Bismillahirahmanirahim...
Assalamu'alaikum Warahmatullah..
Alhamdulillah, betemu lg buat kesekian kali.. dengan izin dariNya.
Di harap warga serasi yang di kasihi sentiasa tenang gembira, makmur dan berbahagia dengan lindungan Rahmat Kasih Sayang Allah yang berpanjangan..
Kami di komuniti serasi sentiasa berdoa agar semua warga serasi berbahagia selalu, baik yang berkeluarga,beristeri , bersuami, yang bakal bersuami dan beristeri mahupun yang masih bujang menunggu taqdir Ilahi, agar tetap istiqomah memelihara mutiara tarbiyyah yang diperolehi..
Sekadar ingin mengingat diri dan warga serasi khususnya agar tidak lalai dan leka, hanyut dengan arus duniawi yang memenuhi ruang kehidupan kita kini. Ingin kami kongsikan pengertian dan matlamat dan arah pentarbiyahan kita bagi renungan kita bersama agar tidak tersasar dari apa yang dikhendaki Jemaah.
Sedar dengan realiti jemaah yang kita dokongi adalah galang ganti kepada khilafah yang tidak tertegak, maka kita perlu sentiasa meneliti diri, sungguhpun kita berkata diriku sudah ditarbiyah..
Wallahu'alam sama -sama kita renungan. Smoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua.
1.1 PENGERTIAN TARBIYAH ISLAMIYAH :
Berdasarkan petikan Wasail Tarbiyah Ikhwanul Muslimin adalah :
“Suatu nidzhom terbaik yang mampu bertindakbalas bersama fitrah insan, dikemukakan secara langsung (perkataan) dan tidak langsung (qudwah), bertujuan mengubah manusia ke arah yang lebih baik, melalui dan menepati manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.”
1.2 MATLAMAT TARBIYAH ISLAMIYAH :
Tarbiyah Islamiyah secara umumnya bermatlamat ke arah membina, membentuk, dan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, untuk mewujudkan ahli jamaah yang soleh dan musleh bagi mencapai kesejahteraan, serta memberi sumbangan terhadap kemajuan jamaah dan ummah, berdasarkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
Justeru, penekanan tarbiyah mestilah berasaskan hablum minallah wa hablum minannaas :
• Al-Iman Al-‘Amiq (keimanan yang kental)
• Al-Fahmu Ad-Daqiq (kefahaman yang mendalam)
• Al- ‘Amal Al-Mutawasil (kerja yang berterusan)
0 komentar:
Post a Comment