Memaknakan Ramadan kali ini....

>> Monday, 25 July 2011



Sabda Rasulullah s.a.w:
((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))


(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan berapa ramai yang bangun malam dia tidak memperolehi apa-apa kecuali berjaga)). Riwayat Imam Ahmad
Hadis di atas membayangkan bahawa pada bulan Ramadan terdapat juga golongan yang berpuasa namun mereka tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala kerana mereka berpuasa dalam keadaan jahil atau ketika berpuasa mereka turut melanggar syariat Allah Taala. Justeru bagi memastikan ibadah puasa Ramadan tidak dilalui dengan sia-sia sewajarnyalah kita berusaha membuat persediaan rapi demi memperolehi ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah Taala sepanjang Ramadan.
Berikut adalah beberapa persiapan yang boleh dibuat oleh seorang muslim bagi menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna:

1) Persiapan Diri:

Sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan semestinyalah menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia. Juga hendaklah mengetahui amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

Kita juga hendaklah mengetahui bahawa ketika Ramadhan kita bukan sahaja dituntut menahan lapar dan dahaga tetapi hendaklah juga memelihara aurat, tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, tidak mengunjungi pusat-pusat hiburan dan kelab malam, tidak bersentuhan dengan bukan muhrim, tidak membeli tiket loteri dan berjudi, tidak menghabiskan masa membuat perkara sia-sia seperti menonton tv dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan tidak terlibat dengan mengumpat dan menfitnah orang lain.

Seorang muslim yang akan menempuh bulan Ramadhan sewajarnya menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala.

Cara yang terbaik untuk meningkat ilmu dan kefahaman berkaitan puasa khususnya ialah dengan menghadiri ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang menyentuh tentang persediaan Ramadhan dan ibadah puasa.

Bagi memastikan amalan harian kita lebih teratur dan tersusun sepanjang Ramadhan, kita bolehlah menyusun satu jadual ringkas seperti berikut:

Subuh :
  • Bangun awal dan solat sunat dua rakaat (tahajjud).
  • Bersahur sekurang-kurangnya seteguk air.
  • Solat Subuh di masjid atau surau.
  • Membaca al-Quran atau mendengar tazkirah subuh.

Pagi:
  • Ke pejabat dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.
  • Solat Sunat Dhuha
  • Bekerja seperti biasa.

Tengahari:
  • Solat Zohor berjamaah samada di masjid berdekatan atau di pejabat.
  • Tadarus al-Quran bersama rakan-rakan di pejabat atau belajar membaca al-Quran.
  • Rehat atau tidur lebih kurang sepuluh minit.
  • Bekerja seperti biasa.

Petang:
  • Solat Asar di masjid atau surau.
  • Membaca al-Quran.
  • Pulang ke rumah dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.
  • Menyediakan juadah berbuka/membantu isteri.
  • Bertadarus al-Quran dengan keluarga.
  • Berbuka puasa dengan tamar dan air kemudian solat maghrib berjamaah di masjid (bagi lelaki).
  • Solat Maghrib Berjamaah di Masjid (Kaum lelaki).
  • Pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga.
Malam:
  • Solat Sunat sebelum Isyak
  • Solat Isyak.
  • Solat Sunat selepas Isyak.
  • Solat Sunat Tarawih.
  • Bertadarus al-Quran di masjid atau surau.
  • Tidur awal untuk bangun awal.

Ketika waktu cuti pula sebaiknya dipenuhi dengan amalan beriktikaf di masjid samada seorang diri atau membawa isteri dan anak-anak yang sudah dewasa. Sewajarnya bulan puasa ini dikurangkan aktiviti berjalan-jalan ke pusat membeli belah atau pusat pelancongan kerana biasanya akan terdedah kepada memandang kepada sesuatu yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Segala perancangan amalan di atas tidak boleh dilakukan secara mengejut atau tergesa-tergesa, oleh itu kesempatan di bulan Syaaban ini wajar digunakan bagi membiasakan diri dengan amalan-amalan tersebut.

2) Persiapan di Rumah:

Sebagai ketua keluarga seorang bapa adalah bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana iman di rumah ketika bulan khususnya ketika bulan Ramadhan. Isteri dan anak-anak hendaklah dibiasakan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan bilik atau sudut khusus di dalam rumah untuk beribadah. Sediakan al-Quran secukupnya untuk ahli keluarga dan tetapkan waktu untuk solat malam berjamaah atau waktu membaca al-Quran bersama-sama. Sediakan vcd kuliah agama dan dokumentari Islam untuk ditonton ketika waktu lapang. Pastikan ahli keluarga tidak menghabiskan masa di hadapan tv menonton rancangan atau filem yang tidak bermanfaat.

Ketua keluarga juga mestilah memastikan isteri dan anak-anak yang sudah dewasa benar-benar menutup aurat ketika keluar dari rumah.

Sebelum Ramadhan elok juga diadakan satu taklimat khusus kepada ahli keluarga untuk menerangkan fadhilat-fadhilat Ramadhan dan disiplin yang mesti dipatuhi sepanjang Ramadhan.

3) Persiapan di Masjid.

Masjid atau surau adalah tempat tumpuan sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu ahli jawatankuasa masjid hendaklah membuat perancangan rapi bagi menyediakan tempat yang kondusif untuk beribadah sepanjang Ramadhan khususnya. Persediaan rapi ini juga wajar dibuat supaya ada ahli jamaah yang datang dapat terus istiqomah berjamaah di masjid walaupun selepas tamatnya Ramadhan.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah menyediakan Imam yang baik bacaannya untuk mengetuai solat Tarawih kerana ia memainkan peranan penting membangkitkan keseronokan melakukan solat Tarawih. Imam ini juga hendaklah diberi taklimat terlebih dahulu agar membaca al-Quran tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek ketika solat Tarawih. Amalan membaca sejuzuk al-Quran satu malam perlulah diukur dengan kesesuaian ahli jamaah. Kerana fenomena yang sering berlaku ialah tempoh yang panjang ketika solat Tarawih menyebabkan ramai makmun yang lari dan meninggalkan jamaah. Begitu juga dengan jumalah rakaat solat Tarawih samada 8 atau 20 hendaklah dilihat dari sudut keberkesanan dan peluang menyampaikan untuk berdakwah.

Di samping itu satu ceramah atau kuliah khusus perlu diadakan sebelum Ramadhan bagi meningkatkan kefahaman tentang ibadah puasa. Manakala di sepanjang bulan Ramadhan hendaklah diatur aktiviti tazkirah 7 ke 10 minit setiap hari selepas 4 rakaat solat Tarawih.Tazkirah ini hendaklah menfokuskan kepada hikmah-hikmah berpuasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keindahan Islam. Kerana kebanjiran umat Islam di masjid ketika Ramadhan wajar dijadikan peluang menyampaikan mesej dakwah dan menanamkan kefahaman Islam kepada mereka.

Penutup.

Demikianlah beberapa cadangan persiapan yang boleh dilakukan oleh setiap individu muslim bagi memastikan keagungan bulan Ramadhan yang ditempuhi tidak berlalu dengan sia-sia.

Rujukan: Al-Fadhil Ustaz Al-Teminie

Read more...

Ramadhan Quiz (Just Spend 5 minute)

>> Friday, 22 July 2011



How much do you really know about Ramadan? Test your Knowledge now using our specially designed Ramadan Quiz exclusively for Islam21c. Test your brain power and tell us how you found it by leaving a comment. There are 10 specially designed questions based on the blessed month. Take a 5 minute breather and have a go.

Curtsy of The Riddler

Click to Play

Read more...

Update Masjid An-Nasr Bet Hanuon







Sumbangan boleh di salurkan kepada
TABUNG GAZA MAPIM AKAUN BIMB
08013010075820

Read more...

Dr. Lo'Lo' sekadar yang saya kenali

>> Tuesday, 19 July 2011

http://drmaza.com/home/wp-content/dr_lolo.jpg


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut ‘insyaAllah’.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo’ Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:

“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan Jawatan Mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’ Lo’. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’ Lo’ sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum.

Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’ Lo’ menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.

Antara yang beliau sebut

“..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin UMNO.

Selepas Mufti

Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo’ Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya:

“Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Masuk UMNO

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:

“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk UMNO. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya:

“mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk UMNO. Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk UMNO? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk UMNO”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata:

“Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk UMNO, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk UMNO”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Kritik PR

Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama PR, Dr Lo’ Lo’ kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya ‘tegas’. Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya ‘Ulama atau professional Jadi Pemimpin’ . Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Ziarah Hospital

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo’ Lo’ meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:

“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz Sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata;

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau ‘pendakwah’. Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata Dr Lo’ Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan. Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Read more...

Du'a Syifa'

>> Thursday, 14 July 2011





Read more...

Harapan Ramadhan



Read more...

Peludah Warna

>> Wednesday, 13 July 2011

Read more...

The Truth that Cannot be Cover

>> Monday, 11 July 2011







Read more...

Egypt police pledge no intervention in today's protest at Tahrir Square

>> Friday, 8 July 2011




Al-Masry Al-Youm
CAIRO, Jul 8: Egyptian police will not be present in Tahrir Square during Friday’s expected million-man protest, said the Interior Ministry on Thursday.

Tahrir Square is now a symbol of Egypt's post-Mubarak freedom for peaceful assembly

Several political forces called for the mass protests demanding the speeding up of trials of senior figures of the former regime and those responsible for killing protesters.

In a statement, the ministry said that Interior Minister Mansour al-Essawy issued instructions to his aides to respect people’s right to protest, and for the police to stay out of Tahrir Square unless called in. He said police presence would be limited to the streets around the square.

The statement said that Essawy, together with a number of police chiefs, reviewed the security plan on Thursday to ensure that all protests in all governorates would be secure. They also reviewed various means of dealing with any acts of vandalism to public or private property.

According to the statement, Essawy warned police officers and his aides to be alert to attempts at incitement to violence. He also called on police forces to resolve any acts of confrontations aimed at creating chaos.

The minister told Al-Masry Al-Youm that a number of police officers would be in charge of securing all roads leading to the Interior Ministry, other ministries, and embassies.

Read more...

Theme Song for BERSIH 2.0

>> Thursday, 7 July 2011

Read more...

Eksklusif BERSIH 2.0

Read more...

مشارى العفاسى 2011 - أغيب

>> Wednesday, 6 July 2011

Read more...

Forum Perdana Israk & Mikraj 2011

>> Tuesday, 5 July 2011

Read more...

Jin, manusia, masing-masing dibayangi syaitan - Tafsir Surah Al-An'am ayat 112

>> Friday, 1 July 2011

MENURUT satu pendapat lain daripada Ikrimah, Allah SWT jadikan bagi manusia dan jin itu syaitan syaitan untuk diri masing-masing. Di mana syaitan-syaitan berkenaan akan bertemu antara satu sama lain menceritakan bagaimana cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka.



Tidak ada dinamakan syaitan di kalangan jin dan manusia tetapi Allah telah lahirkan bagi mereka syaitan-syaitan yang menggoda dan menyesatkan manusia dan jin.
Mereka saling bantu membantu antara satu sama lain untuk menyesatkan manusia dan jin sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.” (Surah al-An’am: 112)


Ikrimah juga dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa syaitan manusia dimaksudkan dengan syaitan yang menyesatkan manusia, sementara syaitan jin dimaksudkan syaitan yang menyesatkan jin. Syaitan- syaitan berkenaan bertemu antara satu sama lain.


Berkatalah salah
seorang dari mereka kepada rakan-rakannya: “Sesungguh aku telah menyesatkan pengikut-pengikut ku dengan cara demikian, demikian. Manakala engkau pula menyesatkan pengikut engkau dengan cara begini, begini.” Mereka belajar cara menyesatkan pengikut-pengikut mereka antara satu sama lain.



Sementara Ibnu Jarir mengambil kefahaman daripada penjelasan ini dengan menyatakan bahawa, yang dimaksudkan dengan syaitan-syaitan manusia itu sebagaimana dijelaskan oleh Ikrimah dan as-Suddi ialah syaitansyaitan daripada kalangan jin yang menyesatkan manusia bukan yang dimaksudkan syaitan-syaitan manusia yang menyesatkan sesama manusia. Tidak syak lagi inilah zahir percakapan Ikrimah. Manakala pendapatan As-Suddi pula (pada pandangan Ibnu Jarir) tidak seperti makna yang dimaksudkan itu.


Ertinya manusia dan jin ada syaitan masing-masing. Manusia ada syaitannya yang

menyesatkan mereka dan jin pula ada syaitannya yang menyesatkan mereka.
Sesungguhnya telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim seumpama itu daripada Ibnu Abbas daripada riwayat ad-Dhohhaq. Berkata Ibnu Abbas, sesungguhnya bagi jin ada syaitan yang menyesatkan mereka daripada kalangan jin, manakala manusia ada syaitan yang menyesatkan mereka daripada kalangan manusia.



Bertemu kedua-dua mereka (syaitan daripada kalangan jin dan manusia) sambil menceritakan cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka masing-masing sebagaimana dijelaskan dalam ayat ini yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya.” (Surah al-An’am: 112)



Apa yang sahihnya ialah apa yang terdahulu disebut daripada hadis Abi Zar bahawa
sesungguhnya bagi manusia terdapat syaitan-syaitan terdiri dari kalangan mereka dan begitu juga jin terdapat syaitan-syaitan di kalangan mereka. Sesungguhnya apa yang dimaksudkan dengan syaitan itu ialah setiap sesuatu yang mendurhakai Allah SWT.



Yang demikian itulah telah dinyatakan dalam hadis sohih Muslim yang diriwayatkan dari Abi Zar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Anjing hitam itu adalah syaitan.”
Allah sahaja yang mengetahui maksud sebenar hadis ini.


Ertinya ada terdapat syaitan di
kalangan anjing. Untuk menjelaskan perkara ini banyak riwayat lain menjelaskan bahawasyaitan akan merupakan dirinya seperti binatang termasuk anjing, ular dan seumpamanyadengan merupakan tubuhnya berwarna hitam terutama di waktu senja. Oleh sebab itu jika ditemui binatang yang dalam keadaan mencurigakan di waktu senja dan badannya berwarna hitam maka halaulah mereka dan ada ulama menasihatkan supaya jangan membunuh mereka.



Jika ditemui binatang dalam keadaan situasi berkenaan maka berkatalah kepadanya: “Wahai binatang, jika engkau syaitan, pergilah kamu dari kami sejauh-jauhnya dan janganlah kamu mengganggu kami lagi.”




Jika didapati ia masih tidak bergerak, masih berada di situ dan ia boleh mengancam
keselamatan nyawa kamu, maka bolehlah ia dibunuh kerana ia bukan syaitan tetapi binatang biasa. Allah sahajalah yang Maha mengetahui segala-galanya.



Sementara itu berkata Mujahid dalam menafsirkan ayat ini, sesungguhnya orang-orang kafir di kalangan jin itu adalah syaitan, mereka membisikkan sesuatu kepada syaitan daripada kalangan manusia yakni orang-orang kafir dari kalangan mereka dengan kata-kata dusta yang indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya
.


-------
Sumber :Harakah Edisi 1652 M/s F10

Ditulis oleh Presiden PAS
Jumaat, 01 Julai 2011 10:01

Read more...

Save Gaza - BomBing Victims- Boicot Israel's Product


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP