Beserah.
>> Thursday, 9 July 2009
Mengenal diri yang hidup sebagai seorang hamba kepada Allah yang Esa,seharusnya menghasilkan perasaan takut dan pengantungan harapan yang tinggi kepada Allah.
Dalam menjelajahi arus kehidupan kita di hadirkan pelbagai bentuk perasaan yang bermacam rupa. Adakalanya indah dan adalanya suram yang menjadikan kita lebih matang dan berpengalaman dari hari sebelumnya.
Posting kali ini hanya lah perkongsian rasa seorang hamba yang hina yang teramat memerlukan bimbingan, kasih sayang, perlindungan dan hidayah dari Allah, tuhan yang mengurniakan nikmat hidup sebagai seorang muslim di tanah ladang tempat mengumpul bekalan.
Hidup ini sentiasa memerlukan peningkatan, tidak kira lah apa pun bentuk atau jenis peningkatan samada dari segi biologi, physical , material apatah lagi spiritual dan emosi, yang mana semuanya menjurus kepada peningkatan iman dan taqwa kepada Allah.
Erti hidup seorang muslim yang mana membawa pegertian penyerahan segala apa yang ada kepada Allah. Maka serahkanlah segala hidup ini pada Allah. Serah lah hidup dengan mengikut segala syariatnya. Serahlah keyakinan kepada Janji-janji Allah. Serahlah tawakal yang sebenar-benar tawakal kepada Allah setelah berusaha seupaya nyawa.
Serahkanlah pengharapan, kasih sayang,perlindungan, cinta, harta bahkan jiwa kepadaNya.
Penyerahan yang sebenar-benar penyerahan, sehinnga kita sering berdoa mengikut Doa Rasullullah S.A.W di dalam ma'thurat agar Allah tidak biarkan hidup kita ditentukan oleh diri kita sendiri ,walaupun dalam seketika, sekelip mata atau lebih cepat dari itu.
Melihat detik hidup manusia yang tidak berkuasa terhadap diri sendiri apatah lagi pada insan yang lain. menjadikan kita sentiasa berwaspada terhadap setiap tindak tanduk keputusan yang di ambil. Maka Allah sedar atas keperluan hambaNya. Amalan sunah, dengan menunaikan solat sunat isthikarah menghasilkan natijah hidup ini
bergantung kepada ketentunNYa.
Ayuh hampirkan lah diri pada Allah,
Ruquk dan bersujudlah dengan penuh jiwa kehambaan pada Allah,
Mohonlah Hidayahnya di setiap kelapangan ruang waktu yang ada.
kerana Hidup ini adalah pinjaman untuk di nilai Ketaqwaan dan kepatuhan kepadaNYA.
Wallahu'alam.
Al- Haya Bil Islam Hil Islam.
0 komentar:
Post a Comment