Apa yang perlu didahulukan?
>> Tuesday, 7 July 2009
Bermula dari peristiwa pecabulan kuasa di Perak nama DS NTR mula menjadi bualan, dari kisah ini seterusnya membawa ke pelantikan beliau sebagai presiden dan penganti PM membuatkan tiada lagi watak yang paling menonjol melainkan beliau...
Apa pun jua yang berlaku, imej setiap individu seperti beliau mesti sentiasa di jaga bagi memulihkan keyakinan masyarakat umum kepada parti yang di jangkakan akan tamat riwayatnya tidak lama lagi.. Insya'Allah
Sejurus pelantikan beliau sebagai PM mengantikan TAAB, Seperti biasa perkataan-perkataan memukau mesti ditalukan dan dicanangkan bagi memeperlihatkan corak perubahan kepimpinan.
Kini tiada lagi ISLAM HADHARI, tidak di cari di mana imam Assyafi'e dan Al-Ghazali.
Yang ada kini adalah Pedana Menteri, mencari di mana kubur partinya nanti.
Justeru tidak hairanlah kepentigan rakyat mula di beri penekanan...
Alhamdulillah mungkin ini sedikit sebanyak perubahan baik yang berlaku
Namun di mana IKHLASnya.....
Setiap menteri mula di nilai pencapaianya, Agenda Rakyat mula di dahulukan dari pekara lain
Namun apalah ertinya kerana yang di dahulukan adalah soal material semata....
Mereka gagal memahami penyakit dan duka rakyat.
Kini Rakyat di serang dengan pelbagai penyakit, Akidah di selewengkan, anak-anak muda runtuh akhlaqnya diembam dek serangan pemikiran yang menyesatkan, Syariat di Abaikan sewenang-wenangnya. Institusi Rumahtangga bergolak dengan statistik penceraian yang menakutkan..
Inilah rintihan rakyat.. lelah dan penat di perlakukan sebegini rupa berpuluh-puluh tahun.
Tidakkah mereka yang begitu ingin mendahulukan rakyat nampak akan apa yang hendak didahulkukan?
Soalanya di sini ialah Keimanan dan Ketaqwaan.
Bawalah mereka mengenali siapa Tuhan? dan kembalikan lah rakyat kepada erti hidup Bertuhan.
Bila hidup tidak bertuhan, sungguh apa pun kepentingan yang di dahulukan akan menjadi umpama meyiram sabun ke kerbau di Lubuknya. lumpur tidak berubah wangi hanya seketika..
Fikir2kan lah....
Wahai manusia setiap apa Amal yang kamu lakukan mula kan lah dengan Basmallah
Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Amat Mengasihani...
Jadi Apakah yang hendak di dahulukan kepada Rakyat?
Maka dahulukan Allah dan Rasulnya..
Wallahu'alam
0 komentar:
Post a Comment