Kembara Ramadhan
>> Wednesday, 16 September 2009
Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Salam Ramadhan
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana mengerakan hati untuk menemukan kita pada posting kali ini stelah sekian lama sepi membisu..
Petama dan selama-lamanya marilah kita merafaq syukur pada Ilahi kerana masih lagi diberi kekuatan untuk berada nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini.
Lebih-lebih lagi masih lagi berpeluang bernafas untuk menghirup udara Ramadhan sehingga ke hari ini yang semakin menjauhkan diri untuk meninggalkan kita.
Sesungguhnya peluang yang Allah kurniakan ini adalah anugerah besar dari Allah bagi Hamba-hamba nya yang sentiasa dahagakan kemanisan Ibadah dan Kasih SayangNya tambahan pula diberi peluang untuk menambah bekal amal untuk di persembahkan pada Hari Perhitungan.
Ramadhan telah menawarakan pelbagai pakej menarik kepada kita. kita di belai dengan kemerduaan alunan Ayat-ayat Allah. Di tepuk mesra untuk bersahur dan Di lambung enak dengan latihan-latihan Solat sunat tarawikh dan Halaqah Tadarus Terus-menerus tanpa rasa jemu dan bosan selama sebulan. Inilah Bulan Tarbiah Mesra pada Hamba-Hambanya
Jesteru ruh Ramadan yang hadir ini amat bermakna bagi orang-orang meghargainya. Maka hari-hari bebaki ini adalah masa yang paling sesuai untuk kita bermuhasabah kembali untuk menilai Kembara Ramadhan yang kita tempuhi. Agar kita sedar dan peka hakikat Anugerah Ramadan Yang Allah Kurniakan kepada kita..
Pada saat-saat bersama akhir ramdhan ini marilah kita medekati Allah. Bertemu menghadap sujud sembah kepadaNya. Menitiskan air-air keinsafan bagi mengharap Redho DariNya. Bulan ini adalah bulan Al-Quran Bulan ini juga bulan Tangisan bagi orang-orang beriman.
Nilailah Amalan dan Akhlak kita sebagai Hamba padaNya
Semoga Segala amal ibadah yang kita lakukan diterima Allah sebagi amal-amal soleh yang menjanjikan ganjaran Pahala yang berlipat kaliganda. Mudah-mudah han kita memperoleh Taqwa yang Allah Janjikan.
0 komentar:
Post a Comment