Mendidik Jiwa Hamba
>> Tuesday, 9 June 2009
Firman Allah dalam surah Ali' Imran.
190)
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
191)
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
Meneliti perngertian ayat yang Allah ini kita melihat bagaimana sifat-sifat orang yang berakal di perjelaskan. Sesungguhnya orang yang berakal orang yang mengenali sifat Rabbnya dan megenali diri sangat lemah disisiNYa. Menuruti kembali peristiwa ketika wahyu ini di turunkan kepada Baginda nabi S.A.W, sesuatu yang lain dari kebiasaan berlaku apabila nabi tidak keluar untuk mengimamkan solat subuh, lantas membuat para sabahat keresahan.
Lalu Bilal terus menemui Rasulullah dan melihat Baginda sedang menangis dan Bilal bertanya apakah yang menyebabkan Baginda menangis. Rasulullah menceritakan penurunan wahyu dari Allah (10 ayat terakhir dari Surah Ali' Imran) dan sabda Rasullullah
"Kebinasaanlah bagi orang yang membaca ayat ini tetapi tidak memikirkan maknanya"
Sejak penurunan Ayat ini menjadi kebiasaan kepada Rasulullah S.A.W ketika bagun berqiamulail baginda akan jenguk ke langit melihat Kebesaran Allah.
Sekiranya diri kita kini berada di rumah dan di tanya di mana rumah kita berada kita akan menjawap nama kampung atau kawasan perumahan kita..
Seterusnya di tanya di mana kg. kita berada? kita akan menjawap di daerah kita berada.
Lalu di tanya di mana daerah kita berada ? kita akan mejawap di negeri kita berada, terus menerus soalan demi soalan akan berpanjangan sehingga membawa kepada sistem cakerawala ciptaan Allah yang Esa.
Justeru jikalau ada diantara kita yang berasa dialah lah yang cerdik, bijak, bergaya dan di hormati datangkanlah persoalan kepada diri Di mana kita di BUMI ini?
Maka lahirkanlah sifat seperti Rasulullah, apabila baginda melihat langit merasa diri kerdil pada sisiNya lalu baginda sujud dengan penuh jiwa kehambaan.
Dan natijahnya apabila datang pelbagai dugaan yang meguji diri, hadirlah perasaan sememang layak untuk diri insan yang bergelar hamba pada RabbNYa untuk di uji. Beriman dan besabarlah seperti Firman Allah dalam ayat terakhir surah Ali' Imran
200)
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Wallahu'alam
Maraji'' Kuliah maghrib Ustaz Hasrizal " Insan Dan Tuhan"
0 komentar:
Post a Comment