Ucapan Perasmian
>> Tuesday, 26 May 2009
TEKS UCAPAN PERASMIAN BLOG
Bismillahirahmanirahim… segala puji dan syukur kepada Allah taala diatas peluang dan kesempatan yang diberikan kepada kita untuk terus bergerak kerja dalam memartabatkan agama Islam.
Terima kasih dan tahniah kepada tuan moderator, kerana berjaya membuat transformasi kepada blog kita ini, sumbangan masa, idea, dan tenaga bagi mencanggihkan lagi blog ini, moga-moga diperhatikan oleh Allah taala sebagai kerja dakwah yang diredhoi Nya.
Dalam dunia moden hari ini, terdapat pelbagai method-method dakwah yang berkesan untuk kita laksanakan, termasuk juga dalam bentuk maya seperti, blog, laman web, facebook, friendster, yahoo messenger, email dan sebagainya. Medium-medium yang tersedia ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya bagi menarik minat golongan –golongan belia terutamanya, untuk dekat dengan Islam.
Sebagai sebuah pertubuhan yang meletakkan Islam sebagai landasan utama, dan meletakkan matlamat, mengislamisasikan masyarakat, dan dengan locality ahli yang bertebaran diseluruh semenanjung Malaysia dan Malaysia timur, kewujudan blog seperti ini, dapat memberi peluang kepada ahli-ahli kita, menyumbang idea, menimbulkan persoalan dan berkongsi maklumat. Kewujudan blog ini juga , menjadikan kita lebih dekat dengan masyarakat dan tidak hanya terkongkong didalam kelompok kita sahaja, seperti didalam yahoo group.
Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama memenuhi tuntutan masa kini, untuk terus mendidik masyarakat, tidak kira jenis medium ataupun pendekatan dakwah, selagi tidak bercanggah dengan syariat. Kepada sahabat semua, marilah kita bersama-sama memenuhi setiap kekosongan dan kelompangan didalam pengisian blog ini. Kepada tuan moderator, diharap dapat mengup-load artikel yang bermanfaat dan memenuhi aspirasi kita, dan sahabat-sahabat boleh turut sama menyumbangkannya.
Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan moderator, sahabat-sahabat kepimpinan dan semua warga serasi ini, atas pengorbanan yang di beri, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim… saya merasmikan BLOG SERASI ini…
0 komentar:
Post a Comment